Tuesday 30 December 2014

wonderful Year 2014!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Dah 30 Disember 2014 hari ni. Esok last day 2014!!! How time flies.. Aceewah yeye je kan, sedangkan setiap hari aku merungut lambatnyaa masa berlalu. Cepatlahhh nak beranak nihhh. hikhikhik

Jom throwback apa jadi sepanjang 2014 nih. Subhanallah banyaknya yang dah berlaku.

Januari

Masa ni saat-saat aku menghabiskan sisa-sisa kehidupan zaman bujang. hehehe. Banyak spend masa dengan family, keluar dating dengan adik-adik.

Celebrate birthday abah ramai-ramai 


keja-keja kahwin.. 

Masa ni pun sibuk uruskan pasal majlis kahwin, Adoilaa memang kakak aku jadi mangsa temankan aku kesana sini hehehe.


Februari

Pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah melawat sahabat baik aku Zati! Pergi sorang diri tau.. hehehe. Thank you Zati for your warm welcome! InsyaAllah nanti saya datang melawat lagi dengan baby. =)


Dua orang je jalan2 keliling sabah 4 hari 3 malam. memang awesome trip!!


Mac

Kahwin!! hehehe Alhamdulillah =)




Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Fadzly bin Ahmad



April

Honeymoon kat UK. Pertama kali jejak kaki kat sini, jakun tak ingat dunia. hehehe, Banyak la pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Salah check in hotel la, Salah beli tiket train la... tapi yang salah sana sini tu lah yang jadi kenangan sampai hari ni =)

Rindu! nak travel jauh-jauh lagi.. tapi kena kumpul duit tebal-tebal dulu =P

Orang cakap doa orang yang bermusafir ni takde hijab tau, maksudnya mudah dimakbulkan permintaannya. So sapa yang pergi travel jauh-jauh tu ambiklah peluang untuk bangun malam solat dan doa banyak-banyak ye. InsyaAllah termakbul! tak caye try la =)

Mei

I'm getting pregnant! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Happy dan nervous dalam masa yang sama. Tak sangka dapat peluang jadi ibu secepat ni tapi takut jugak mampu ke dengan perangai macam budak-budak aku ni nak jadi mak orang tapi apa-apa pun syukur..

ketar tangan dan kaki masa buat UPT ni. hikhik

Jun

Dah hampir 3 bulan pregnant, perut flat je. Eh aku pregnant ke tak ni. So bulan ni kitorang buat first baby scan. Wow dengar je ada heartbeat dalam perut aku subhanallah macam tak percaya ada orang lahh kat dalam perut nih.. hehehe. Alhamdulillah

3.4cm, kecik kan.. macam nak nangis masa first tengok T_T


Julai

First time sambut raya dengan suami. raya pertama kat rumah mertua, pastu baru balik rumah sendiri. Sama je, tak de beza sangat cuma kena tambah dose sopan tu sikit berbanding sebelum-sebelum nih. hehe


hari raya kedua, baju raya sehelai je so raya kedua pakai baju biasa-biasa je. Tapi raya tetap raya! =P

Ogos

Jalan-jalan KL, temankan Khairul pergi Conference Annual Scientific Meeting in Intensive Care (ASMIC) 2014.


Masa ni aku pun ambiklah kesempatan jalan-jalan kat Pavillion, Nak shopping tak mampu, cuci-cuci dan gosok biji mata jelah. hukhuk


September

Jalan-jalan kat Cameron Highland. Babymoon sepuas hati! hehehe

Errrkk gemokkkkks!! berat badan naik mendadak. huuuu T_T

Bulan yang sama jalan-jalan Zoo Taiping, tujuan utama nak makan mee udang Mak Jah je pergi sini. hikhik

Excited tengok rusa!


Kedai Mee Udang Mak Jah still tak buka masa kitorang sampai, tapi aku menggunakan kuasa diktator mengidam aku so tunggu jugak sampai bukak.. Nyummm Nyumm.. hehehehe 


Oktober

Jalan-jalan lagi tapi kali ni kat Pulau Langkawi, pergi 2 hari 1 malam je, tapi besttt tau sebab dapat naik dapat cabel car dan makan makanan sedap!

Excited tau sebab first time nak naik, sebelum ni tengok dalam tv je =)


Dinner kat restoran Wan Thai. memang terbaik! recommended! sedap sampai menjilat siku =P

Jalan-jalan kat Pantai Cenang sebelum bertolak balik. Pantai cenang dalam 200meter je dari chalet tempat kitorg stay.



November

Usia kandungan aku dah masuk 8 bulan tapi masih gigih berjalan-jalan. hehhe

Kali ni kitorang ke Johor lawat anak sedara baru kat Skudai

Adra Khadeeja. Omeyy omeyyy!!



Balik singgah MAHA kat UPM, Ni tujuan utama sebenarnya disebabkan Khairul peminat tegar tumbuh-tumbuhan. hehehe

Tangkap gambar berlatar belakang kan bangunan tertulis MAHA tau! nak jugak. hehehe


Disember

Bulan ni kenduri adik ipar aku kahwin, meriah lah sebab semua adik-beradik Khairul balik, cantik pelamin dan meja makan dia.. jeles tau.. kiter kahwin takde pun camgituh.. hukhuk

Sekarang ni tengah menghitung saat, minit, jam, dan hari untuk lahirkan baby ni.. haiii tak sabarnya..

Apapun Alhamdulillah, tahun ni penuh dengan kenangan. Kenangan yang pasti di kenang sampai ke akhir usia insyaAllah =)






Monday 17 November 2014

Happy birthday dear husband!

Assalamualaikum

Hari ni taknak cerita pasal diri sendiri tapi penulisan hari ini khas buat encik suami yang dikasihi. hehe

Esok hari lahir beliau. Happy birthday abang. Dah hampir 9 bulan perkahwinan kita. Subhanallah tak terasa masa berlalu. Syukur pada Allah atas anugerah terindah ini.

Selepas hampir 9 bulan bergelar suami isteri sebenarnya kami masih dalam tempoh mengenali satu sama lain. Kami berbeza. Banyak benda. Tapi alhamdulillah perbezaan itu membuatkan aku belajar sesuatu setiap hari.

Dia doktor. Aku farmasi. Kerjaya kami dalam bidang kesihatan tapi banyak bezanya. Obviously he is more busier than me. hehe. But we still manage to find time to spend together. Walaupun masih belum menetap sebumbung tapi kami tetap berhubung. Terima kasih smart phone. Terima kasih whatapps. hehe

Jauh itu mungkin dugaan buat kami. Minggu ni aku usia kandungan dah hampir 8 bulan, tapi kami masih jauh. Sedih. Memanglah. Tapi aku selalu cakap kat hati aku kat paling dalam.
Xpe... ada orang lagi susah.
Xpe.. Allah ada..
Xpe.. Maryam dan Siti Hajar sendirian juga waktu mengandung..

Nangis ni tak usah cakap, kalau tadah dah cukup setempayan kot. Ehh.. terbanyak tulis pasal aku pulak.. huhu

Okay.. he's a very determined person, Kalau dia nak atau suka something dia akan baat sehabis baik untuk benda tu.

Dia suka makan durian, jadi dia sanggup pergi penang berulang kali untuk beli buah durian, even pergi Johor pun cari durian, hehe

Dia suka gardening. Aku kadang-kadang konfius, dia ni doktor ke pekebun. Sanggup berhabis untuk beli anak pokok, beli barang-barang buat para pokok, beli tanah berguni-guni. MashaAllah. I never met such a person like him before.

Siap invent a grow box lagi tau.

Grow box, anak pokok melon yang diimport dari UK. Pengsan!

Aku taktau bila masa dia buat, tengok-tengok dah siap. Siap anak pokok yang dah besar plak tu. Dah macam ladang melon dah belakang rumah dia. hehe. Aku saje tanya kalau pokok-pokok dia mati macam mana, kalau takde buah macam mana. Jawapan dia "takpe, It's about satisfaction" Wow speechless.. 

Beza la ngan aku. Aku ni selalu hangat-hangat taik ayam. Beli pokok kaktus 6 pokok, siram la dua tiga hari pastu mati camtu jeh.. hukhuk

He is a very organized person. Ada jadual setiap benda, Ada list untuk setiap perkara. Sangat teratur. Aku ni tersangat kontra. Last minute person. Bertabur semua benda. kuikuikui

Banyak lagi benda yang menarik pasal dia, biarlah aku simpan je yang lagi banyak-banyak tu. 

Semoga bertambahnya usia beliau seiring dengan bertambahnya iman. Dimurahkan rezeki, dimudahkan setiap langkah dan urusan. 

I might not be a perfect wife for him but I always wish that I can be his spouse forever till Jannah. 

I love you mr husband..

Friday 7 November 2014

Dugaan ibu mengandung

Assalamualaikum

Hari ni genap 30weeks of pregnancy! Alhamdulillah

Rasa makin berdebar-debar nak bersalin. Tapi tak sabar jugak sebenarnya nak bersalin sebab rasa dah macam penguin yang berjalan dalam bangunan je. hukhuk. Tapi aku masih boleh jalan laaju-laju. Kalah orang tak mengandung. hehe. mungkin dah terbiasa kut jalan laju.

Last check up berat naik mendadak within 2 weeks. Ya Allah terkejut tengok penimbang. Apa lagi nurse pun mengancam aku dengan pelbagai benda yang menakutkan untuk memastikan aku jangan makan banyak-banyak. Seriously aku makan tak delah banyak sangat pon. Ntah dari mana datang lemak -lemak nih pun tak taulah. huhuhuhu

Next 2 weeks kena repeat OGTT. oooommyyyy. tak sukanya. tapi apa nak buat sapa suh berat naik banyak-banyak. Bak kata suami aku better be safe than sorry. huuuuu


Waktu pregnant benda yang paling aku tak suka..

1. Bentuk fizikal,
Rasa sangat-sangat mengembang. Tak suka tengok cermin. Tak suka tangkap gambar. Tak suka tengok baju-baju yang dah tak muat. Jelous dengan kawan-kawan yang slim macam lidi.

2. Tahap Emo yang tinggi kalah KLCC.
Cepat nau nak nangis. Tak boleh salah sikit. Kalau ada benda yang sedih, sedih tu akan berpanjangan. Hati ni cepat je nak pikir bukan-bukan. Sedih tak tentu pasal. Orang cakap jangan ikutkan hati yang sedih tu, ye cakap senanglah,. Tapi kalau dah tersedih ko cakap apa pun memang tak jalan dah.. huuu

3. Tahap stamina yang makin berkurang
Cepat rasa letih, Kaki rasa cramp cepat kalau jalan banyak-banyak. Nafas tercungap-cungap. Kalau solat nak bangun dari sujud hanya tuhan je tau siksanya.


Apa pun susahnya, lagi 2 bulan je lagi. Tak lama dah. Sabar banyak-banyak ye wahai diri. Allah ada... Allah tau awak susah. Allah tau awak letih. Allah tau awak tak kuat mana. Dan yang penting Allah tau awak mampu harungi semua ini.

Ada orang lagi susah. Ada orang lagi lemah.

Asalkan anak ini sihat, syukur tak terhingga pada Pencipta. Biarlah diri lemah tak terdaya asal si kecil sihat sejahtera kerana dialah harta dunia akhiratku nanti.

Ini tarbiah sebelum bergelar ibu. Tarbiah terus dari Allah.




Wednesday 15 October 2014

Tummy getting bigger :)

Alhamdulillah minggu ni cukup 27 minggu pregnancy.

Masa berjalan begitu pantas kan? so much changes happened. My tummy getting bigger and so do I. hahaha

Berat badan dah naik 7kg dahhhhh. Aduidui mengembang je rasa nih. perut, pipi, paha, hukhuk. setiap kali tengok baju yang semakin banyak yang dah tak boleh pakai, sentiasa rasa cepatlah bulan Januari pleaseeee.. nak bersalin cepat-cepat pastu nak diet balik!! huuuuuuu




Baby sangat aktif so far, alhamdulillah. terutama pada waktu malam. adehhh. Time aku nak tido tulah dia baru nak main tepuk amai2 dengan bersilat kat dalam tu. Hurm takpe lah bagi chance, asalkan dapat rasa awak gerak ummi awak dah rasa happy dah, I know that you are fine inside there :)




Sekarang dah mula rasa tak cukup nafas, kalau jalan banyak lagilah. Mengah tak tau nak cakap. macam baru lepas lari 10km. tarik nafas dalam-dalam pastu rehat kejap, then ok balik. uii semangat!

Semalam tak dapat nak tido sebab rasa heartburn. Sakit yang tersangat kat ulu hati. Pusing kanan tak kena, pusing kiri lagi tak kena.Huk huk huk. T_T last-last msg encik suami pukul 12 malam tanya apa nak buat. Bangun makan buah sikit alas perut pastu tido sambil duduk, pastu barulah terlelap sampai pagi. Alhamdulillah.



banyakkan dugaan. Itulah harga pengorbanan seorang ibu. Aku ni kira ok lah, Ada lagi teruk kut dugaannya sampai dah bengkak-bengkak kaki, Alergik time pregnant, Diabetes time preganant dan banyak lah lagi penyakit yang datang time pregnant.

tapi orang cakap semuanya terbalas bila dah keluar seorang hamba Allah yang comel lepas 40 minggu mengusungnyer. hehehe. dan Allah yang Maha baik akan buat kita lupa akan kesakitan yang kita tanggung tu. Subhanallah.

It's a long and challenging journey yet will be rewarded at last. In Sya Allah.

weekend ni nak jalan-jalan pi langkawi insyaAllah, then plan nak pi scan baby lepas balik tu, Buat 4D scan insyaAllah.. :)

Apapun perjalanan masih panjang. Ada 13 minggu lagi untuk di harungi dengan tabah. hehehe

Semoga dipermudahkan semuanya.. aminnn












Tuesday 9 September 2014

Inikah dinamakan Takdir

Pernah bayangkan tak seorang yang dilahirkan dan di campak ke tepi longkang, lalu dikutip diletakkan di rumah anak yatim. Dia dibesarkan tanpa mengenal kasih sayang ibu dan ayahnya. Itu takdir hidupnya. Siapa kita yang mahu merubah takdir.

Begitu juga takdir hidup seorang janda yang kematian suaminya. Terpaksa membesarkan anak-anak sendirian, Itu juga takdir hidupnya.

Takdir manusia juga bila berkahwin namun dibenci ipar duai.. bercerai berai, hidup porak peranda..

Ahh siapa kita untuk menentukan takdir hidup sendiri. Takdir itu di tangan Nya. Kita? Ya memang kita tidak boleh merubah apa yang telah berlaku. Tapi kita mampu merubah bagaimana cara kita menerima takdir tersebut.

Hidup tak selalunya indah. Dugaan datang tak kira masa mahupun usia. Layakkah kita menghukum manusia lain kerana terlalu sedihkan takdir hidup kita. Dan patutkah kita menyalahkan diri sendiri atas takdir yang telah tertulis.

Tuhan itu tahu, Maha Tahu. malah Maha Mendengar serta Melihat. Tatkala hambanya jatuh tersungkur meratapi nasib hidupnya, merintih hiba mengharap belas kasihan dariNya.. Itulah mungkin saat terbaik seorang hamba dengan Tuhannya.

Mungkin kita lah manusia paling hina disisi manusia, tapi sanggupkah kita juga menjadi manusia paling hina disisi Tuhan. Menyalahkan takdir dan membuat perkara yang di murkai Nya. Biar.. Biar manusia menilai, mengutuk, mengeji..asalkan tuhan masih di hati.. istighfar masih di hujung nafas..

Dunia ini hanya sementara. Mungkin esok atau lusa kita kembali pada Dia.. biarlah kembalinya kita dalam keadaan redhanya tuhan menerima kita.

Allah.. terasa kerdil dan hinanya diri ini.. :(

Monday 25 August 2014

Diary Ummi

Assalamualaikum

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Pantas sekali masa berlalu. This week is my 20 weeks of pregnancy. Subhanallah. How time flies. Syukur Ya Allah..

No more morning sickness, Alhamdulillah.

Weight gain is my concern now, I gained 2kg within a month! owh no!!! nanti boleh jagi GIANT kalau tak mampu kawal makan nih.. huhu

Baby bump still tak bape nak nampak kalau pakai baju kurung tapi diri sendiri boleh rasa perut dah makin buncit dah.. hehehe

And the best part is I can feel my baby's movement. My little baby is so active so far. Alhamdulillah

And today I want to write my journey as being a mother.. moga2 si kecil ummi dapat baca tulisan ummi bila anakanda besar nanti. :)


9/5/2014

3 minggu balik dari UK honeymoon dengan ayah, terasa selalu je nak demam, pastu rasa breast tenderness. Macam nak period tapi tak period pun. Dah sehari lewat tarikh period, tapi masa ni dah decide nak try buat pregnancy test sebab memang dah tak sabar sangat nak tahu. hehhe


Alhamdulillah positif!!

Tangan ummi dah ketaq2 msg ayah bagitau berita gembira ni. Ayah tengah oncall masa tu. Ummi rasa ayah pun terkejut. hehehe. Alhamdulillah baru sebulan kahwin Allah dah bagi awak sebagai hadiah buat kami.

27/5/2014

7 weeks of pregnancy. Ummi dan ayah decide buat buku merah hari ni.

and we also do the first scan to see you. Yes everything is positive except there is no fetal heart beat seen yet, You so tiny at this moment. The doctor rescheduled next scan on 24 June 2014.

Masa ni ummi rasa berdebar-debar. Harap2 semua okay nanti. You can growth well inside me.


3/6/2014
Ummi dah start rasa morning sickness. ya Allah siksanya.. 

Rasa malas nak buat semuanya, air mata ummi macam air hujan. terlalu sensitif.

Rasa loya sepanjang hari. Berat ummi turun dari 49kg ke 47.8kg


20/6/2014
Bulan puasa adalah bulan yang paling mencabar buat ummi, Ummi muntah setiap kali lepas berbuka.

Air liur sentiasa mengalir keluar, tak boleh nak bercakap dengan sesiapa pun. mood swing 360 degree time ni.. huhu

Hari ni ummi tengok ayah tanam pokok bunga kertas, tiba2 rasa pening dan ummi jatuh pengsan. Mujurlah ayah ada dekat dengan ummi masa tu. Alhamdulillah, takda bleeding atau apa2. Esoknya ummi dan ayah ke Mahsuri Medical Centre buat scan untuk check kalau ada apa2 masalah. Alhamdulillah semuanya ok.




23/8/2014
Alhamdulillah, we decide to do another scan today. maybe the last one before third trimester.

The doctor said you are normal and looks healthy since you are actively moving around during the scan. Alhamdulillah!!

And the doctor also tell me your gender today. hehehehe. I'm so happy!!! 

lepas scan ummi dan ayah pergi survey barang baby. wahh tak sabarnya bila tengok baju2 baby.

Tak sabar nak jumpa awak sayang!!!



Masa akan terus berlalu, InsyaAllah doa Ummi sentiasa untuk baby ummi, semoga membesar dengan sihat dan sempurna, lahir dengan mudah dan selamat. Aminn

Setakat tu je untuk hari ni, nanti Ummi tulis lagi.. :)

Monday 23 June 2014

My Precious

Dear my precious,

21/6/14 Ayah and ummi went to Mahsuri Medical Centre, to do scan to see you.
Subhanallah, we saw you my dear. You are so tiny, only 3.4cm. Your head and body are formed although not completed yet. My dear, you looks so cute and adorable. Ummi loves you sayang.

When we heard your heart beats, Its so fast, 150bt/min. ummi felt so happy. I guessed ayah was happy as well since he is the one who always worried about your growth. I can't describe the feeling when I saw and heard your heart beats. You are growing inside me! I never imagine that. Never. Subhanallah. Alhamdulillah. Thank you Allah, one of the greatest gifts I had so far. It's you my dear. Ummi loves you so much.

My little angel,

Ummi sorry because sometimes ummi always feel down when ayah so busy at work and because of the morning sickness that I had. Ummi always feel so lazy to do anythings even to recite al-quran. I'm sorry, Ummi felt bad about it. I forgot that you are here with me. My little baby, thank you for be there, inside me. I love you even I din't meet you yet. I can't wait to hug and kiss you. Surely I will give you all my love soon.

My baby,

Do grows healthy inside me. We will see each other next year insyaAllah. I will do my best to protect you. Ummi prays everyday to Allah for your safety, your growth and your future. Allah will always protect you. Owh, I forgot to tell you, ayah loves you so much as well. He always asked me to eat healthfully, take folic acid everyday and to gain weight to make sure you are growing well.  He even downloaded application in his phone to update your growth. Ummi sure he will be a good and loving father to you soon. So don't worry, keep growing, be healthy and be strong for us.

We love you sayang <3

lots of love,
Your ummi <3

  

Wednesday 28 May 2014

Anugerah Tuhan

Diary Ummi

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. setelah 2 hari lewat datang period aku buat keputusan untuk membuat Urine pregnancy test. Alhamdulillah positif.. Tak tergambar perasaan gembira tu..

Syukur Ya Allah..

Masa tu baru 4 minggu prenancy, tiada apa-apa tanda, selera makan macam biasa, cuma rasa letih je.

Minggu ke 5 pregnancy, sudah terasa lain. Selera makan semakin bertambah dan sangat letih. Pantang ada peluang untuk tidur pasti aku akan tidur.

Minggu ke 6, aku tekad mahu bertukar ke Perlis. Dekat dengan suami. Simptom-simptom kehamilan makin terasa. Bila tengahari terasa mual sehingga malam. Lapar tetapi tidak mahu makan kerana takut muntah. Susah hendak tidur bila terasa sangat mual. Saat ni hati rasa sangat sedih. Sangat berharap ada orang yang tersayang sentiasa menemani.

Semalam 27 Mei 2014 suami datang menemani aku membuat buku merah, Allah.. prosedurnya sangat banyak tapi hati girang sebab ada suami di sisi. Alhamdulillah selesai urusan tersebut. Scan juga turut di buat, Fetus Heart masih belum nampak dan perlu repeat scan lagi sebulan nanti. Ya Allah hati ini runsing memikirkan hal tersebut.

Hari ini 28 Mei 2014, ketika datang pejabat dengan semangat berkobar-kobar ingin memohon pertukaran, skali lagi aku di uji. Bos tidak mahu tandatangan surat pertukaran selagi tiada pengganti yang akan menggantikan aku dari cawangan penguatkuasa negeri lain. Allah... sedih..

 Tapi takpe, untuk baby ummi kena kuat. Tak boleh sedih sebab perkara macam ini. Tiba-tiba aku bersembang dengan seorang kerani yang juga hamil 11 minggu, menurut beliau ketika scan untuk ketiga-tiga anaknya, fetus heart juga tidak kelihatan walaupun sudah 10 minggu. Allah.. hati terubat.. terus hati terasa tenang. Takpelah tiada pertukaran buat masa terdekat. Hati gembira asalkan anak ummi membesar dengan sihat.

InsyaAllah sayang, berkat doa ayah, tok, tokwan.. insyaAllah ummi akan dapat bertukar nanti. Ummi dan ayah akan besarkan sayang bersama-sama insyaAllah.

Apalah sangat dugaan aku jika nak di bandingkan dengan orang lain.. Pengorbanan Siti Hajar contohnya. Ditinggalkan seorang diri di padang pasir saat mengandungkan Nabi Ismail. Mengandung dan melahirkan bayinya bersendirian, tiada sebarang pertolongan, tidak dapat menghubungi suami tersayang apatah lagi keluarganya.. Subhanallah. Hebat. Sangat Hebat. Kerana hatinya yakin ada Allah yang akan menjaga dia dan bayinya..

Ya Allah kuatkan hamba lemah ini, lindungi anakku ini, bagilah dia membesar dengan sihat dan sempurna di dalam rahim ku. Permudahkan dan selamatkan kelahirannya nanti. panjangkan umurnya, murahkan rezekinya, baikkan akhlaknya dan cantikkan lah rupa parasnya. Jadikan lah dia anak soleh/solehah penyejuk mata, penawar hati buat aku dan suamiku .. aminn ya rabbal alamin..



Rindu.. Allah kuatkan hambamu ini..

Monday 5 May 2014

I am married! Yeay Alhamdulillah

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog. Maklum la busy kalah menteri.. kihkihkih

Alhamdulillah aku dah selamat dah bergelar puan. Acehhh.. Ada orang tanya aku, best tak kahwin?
Aku pun dengan confident jawab "Giler ko x best. Of coz la best. Best mengalahkan naik roller coaster kut" kuikuikui.

Mestilah best, macam aku yang baru nak belajar-belajar becinta ni kira macam cinta lepas nikah lah mcam dalam novel tuh. ok over! Sanggup balik kg tiap-tiap minggu, jarak berulang alik dari penang nak balik rumah mertua kat alor setar rasa macam 10km je walaupun jarak sebenar 100++km. Giler kan!

Letih.. memang letih tapi bila dah jumpa suami terus hilang letih. Acehh poyo sgt! Dush2!!!

Masa mula-mula kahwin, 2-3 hari lepas kahwin memang stress sebab tahap segan aku tinggi mengalahkan menara KLCC. Lapar tapi segan nak cakap so tahan lapar, Nak keluar tapi segan nak bagitau so diam je dalam rumah.. Ya Allah tuhan je tahu betapa tahap stress aku dah macam nak ambik final exam dah kut. kihkih. Dalam hati cepatlah habis cuti.. teruknya akuuu masa tu!!! hukhuk

Tapi lepas 2 minggu kahwin kami pergi bercuti kat United Kindom selama 2 minggu. Masa tu aku dengan suami aku je ada. Kat tempat yang aku tak pernah jejakkan kaki. Suami aku pernah stay sana 8 tahun so dia dah biasa. Jadi time tu dialah tempat aku bergantung harap. Dah kira macam penyelamat dunia lah masa tu pangkat suami aku. kuikui. Lepas balik bercuti barulah rasa indahnya kahwin.. hehehe

Nak share gambar kawin sikit kat sini. Gambar honeymoon nanti next post :)


Masa akad nikah



  Reception kat rumah aku




Reception rumah suami



Pastu ada lah gambar out door tapi memang takleh nak upload lah sebab gambar tu macam over romantik la pulak. Aku sendiri pun segan nak tengok balik so kena simpan, tengok sendiri2 je lah. hehehe

Apapun Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. Nikmat apa lagi yang hambamu ini dustakan.. terlalu banyak nikmatMu buat hamba hina ini.. Syukur ya Allah.. Alhamdulillah.

Doakan kami agar bercinta sampai syurga tau. Aku pun doakan korang yang belum kahwin cepat2 kahwin dan yang dah kahwin semoga bahagia sampai syurga. aminnnn...

Nanti ada masa aku post pasal trip honeymoon pulak okehh.. :D

 lots love, me =)

Thursday 6 March 2014

Ukhwah itu keranaNya

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam sempat meluangkan masa di USM bersama sahabat-sahabat yang baik hati lagi comel-comel, hikhik. Alhamdulillah semua dah ada haluan masing-masing.

Kakwana, Husna dan Naimah. 

Plannyer nak jumpa husna dan kakwana je, tapi Alhamdulillah Allah temukan sekali Naimah. Diorang semua ni masih single and available lagi tau. hakhak. Tolong promote jap.

Kata-kata diorang subhanallah, walaupun kelakar tak ingat dunia tapi sentiasa menyelitkan setiap yang diucapkan dengan kebesaran tuhan. Terasa tersentuh hati. Hebatkan diorang nih. Boleh jadi isteri-isteri solehah nih. Eh promote lagi :p

Apa yang menarik pada perjumpaan semalam, kita bincang pasal syiah yang makin menular dalam kampus, so adik-adik serta kakak-kakak atau sesiapa sahaja silalah berhati-hati ye. Antara pegangan yang dibawa syiah. 

-tak perlu sembahyang jumaat bagi lelaki
-hidup ini adalah perjalanan/musafir, so boleh postpone dan kumpul ibadah seperti solat dan buat bila dah nak mati (erkkk konpius caner diorg boleh tau bila nak mati tuu)
-kalau nak kahwin, asalkan suka je terus dah boleh jadi suami isteri. tak perlu nak susah-susah buat kebenaran nikah, imam, saksi, doorgift, hantaran etc.. errrr  

Dan macam-macam lagilah. Kesimpulannya pegangan mereka mahu memudahkan semudah-mudahnya islam yang dah memang mudah ni. So senang lah diorang tarik pengikut. Sapa tak nak mudah kann.. Hurm ni dah macam promote mudah.com la pulak. hee

Apa yang penting, kenalah ada pegangan/asas agama yang betul. Jangan mudah percaya tapi carilah guru yang betul. Baca dari sumber bacaan yang betul. Caner nak tahu betul.. Jangan berpegang pada seorang guru sahaja. Buatlah research. Baca dari pelbagai sumber, kalau boleh penulisnya yang memang dikenali. Nak senang tengok je tanyalah ustaz pagi-pagi tu :)

Pastu topik lain kitorang bincang ialah topik kahwin, semua tolong bagi tips nak jadi isteri solehah macam mana. hahaha. terima kasih yer semua. Dan paling penting insyaAllah semua nak hadir majlis aku nanti. Alhamdulillah.. hehehe

Sekejap je masa berlalu semalam, seronoknye jumpa diorang hanya tuhan je tahu. Kakwana bagi tips minuman sunnah pagi-pagi. 

-1 sudu cuka kurma + 2 sudu madu + satu cawan air suam-

Aku pun tanya, apa khasiatnyer kak? jawab kakwana.. boleh jadi isteri solehah  -________-
Ciss...Nak perli aku lettew.. huhu

Alhamdulillah.. indahnya ukhwah. moga dipanjangkan umur semua dan dapat berjumpa lagi nanti insyaAllah. Ukhwah fillah abadan abada :)





Tuesday 18 February 2014

Sabah with girlfriend

Assalamualaikum

Alhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulillah

Last thursday aku ke sabah bercuti sambil lawat bestfriend aku kat sana. Sebulan sebelum pergi punyalah dilema nak pergi ke tak nak pergi. Ye lah tinggal lagi sebulan nak kahwin, dengan ada kes H1N1 la, pastu ada jugak yang cakap darah manis la.. haihh.. Lepas tnya pendapat semua orang dan solat istikharah akhirnya aku pergi jugak. Yeayyy sangat tak mengecewakan.. hikhik

Perjalanan dari penang ke Sabah dalam 2 jam 45minit..



Day 1

Sampai je terus kawan aku bawak jalan2.. haha. kesian dia dah la penat keja pagi tu.. huhu..

Aquarium at UMS, ikan sebesar aku pun ada. heee

pastu pergi makan sanggar keju. (goreng pisang + cheese + susu pekat) Nyum3..

Masjid Bandar Raya. ala2 masjid terapung.. Majoriti penduduk sini beragama kristian so jumlah masjid tak sebanyak jumlah gereja. huhu

Musical Fountain. Air ni akan menari ikut muzik yang dimainkan.. 

Salah satu signature dish kat KK. Sayap (chicken's wing) makan bersama coconut shake kat tepi pantai.. 
Fuhhh terbaik! hehehe




Day 2

Hari kedua, aku dengan kawan aku dah keluar rumah pukul 7 lagi. Nak pergi KUNDASANG.

Lepas singgah sarapan, kitorg jugak singgah pasar kat KK. Wuii ikan jerung pun ada jual kot.. haha. Gila besar ikan2 kat situ. Murah pulak tu

Bestnye la kalau kat penang pun ikan sebesar dan semurah ni. ok berangan!

Then setelah lawat kawasan pasar tanpa membeli apa2 kuikui.. kami pun teruskan perjalanan ke Kundasang. Jalan ke Kundasang macam pergi Cameron. Berliku2. Panjat gunung. Redah hutan.. barulah sampai..

Perjalanan ke Kundasang boleh tengok gunung Kinabalu! Kawan aku cakap bukan senang nak tengok gunung kinabalu sebab selalu awan sangat tebal tutup dia.
Alhamdulillah nampak hari tu.. 
"Dia nak say hi kat awak" kawan aku kata.. Hihihihi



Ni dekat Ranau, Ikan bapak besar. dan paling scary...

taadaaa...
boleh masuk dalam air.. dan ikan2 ni akan gigit kaki.. hoho. Fish therapy katanya.. 
gigit2 kaki orang nih kang tangkap buat gulai baru tau!



Rafflesia, first day berbunga. Fakta: Hanya 20% dari rakyat Malaysia yang pernah melihat Rafflesia. Untuk berbunga ia mengambil masa satu tahun dan akan reput dalam masa seminggu. 
Ni orang kampung tu yang citer, Kalau salah marah dia ye.. hehhehehe



Canopy walkway!
Nak naik pun macam dah kena jungle trekking dah.. adehh semput nak panjat.. 

Jalan ke canopy walkway.. Inhaler please!!




Strawberry garden. Sejuk giler kat sini. Cakap pun keluar asap.. yang paling best datang sini sebab makan icecream. hahaha

Strawberry icecream. Nyummy!!!




Kinabalu Park!
Kat sini adalah Gate untuk panjat Gunung Kinabalu. 
Kawan aku Izzati dah panjat dah! hebat kan dia.. ambik masa 2 hari pergi dan balik.. Yuran nak naik kawan aku kata RM800++
Kalau lagi ramai pergi lagi murah..


lepas tu terus balik hotel. Penat tahap Z kuasa 56.. Kat Kundasang kitorang stay kat Kinabalu Pine Resort. Sangat selesa, cantik dan murah! RM210 pernight including dinner and breakfast for 2 person. Murah kannn. Dan paling best boleh nampak Gunung Kinabalu dari bilik!




Day 3

Hari ni kitorang bangun pagi2, dan terus check out lepas breakfast.  

First destination Desa Cattle (Sabah) Sdn bhd






Sangat lah cantik kawasan kat sini siap ada photography area lagi. Time kitorg datang ada shoot wedding photography kat sini. Konon ala2 New Zealand la.. hehehe



Lepas tu kitorang terus gerak ke KUDAT. Aim kitorang nak tengok sunset petang tu..

Dalam perjalanan singgah kat beberapa tempat..

Kedai jual bunga.

Gombizau Kampung Madu. Kat sini orang ternak lebah dan jual madu. Madu asli tau!

Rumah panjang. Cantik dan unik!

OTW ke kudat, Lalu Kota Belud. Ni salah satu attractions kat sini. Titi gantung. Air sungai kat bawah sangat deras. Kalau jatuh boleh hanyut sampai Penang. Ok tipu! 


Sampai je Kudat, Hujan turun. Dalan hati tak putus2 doa, hujan tolonglah stop nanti tak nampak sunset. Akhirnya hujan berhenti tetapi dalam 1km nak sampai hotel kitorg kat Tommy's place tanah runtuh sebab hujan T_T

Terpaksa lah cancelkan hotel kat Tommy's place dan tukar plan stay kat Kudat Golf & Marina Resort. 



Day 4

Kat lobby Kudat Golf & Marina Resort. Takleh tengok sunset kitorg tengok sunrise. hehehe


Sunrise pun cantik jugak apa.. ayat sedapkan ati.. kihkih



Lepas breakfast kitorg checkout dan terus ke Pantai kelambu

Pantai kelambu. Pagi2 air surut, dan kita boleh berjalan sampai kepulau tengah2 laut tu. Pukul 10pagi macam tu air akan naik. Kalau rasa nak tenggelam berdiri la lama2 kat situ. hehe, Best kan!!


Kat kaki aku tu semua rumpai laut.. maklum laa berdiri kat dasar laut.. haha



Ni adalah anjing yang kejar aku ngn kawan aku. Tragis gila!! Adrenaline terembes keluar kalah naik roller coaster kot... Nasib baik tak gigit kawan aku hahahahha. Dog can smell fears.. LOL


Lepas tu terus balik ke Kota Kinabalu. Singgah Tamu Kota Belud



So petang pergi airport balik Penang. Alhamdulillah. Ada rezeki datang lagi.. thank you Izzati! My bestfriend!! Syg awk! Semoga awak selamat pergi dan balik umrah next week. :D



Sebelum balik dapat wedding gift dari Miera dan Aisyah. Thank you Miera and Aishah. Diorg tak dapat join kitorg jalan-jalan sebab ada diving class. 
Dalam bag ni ada couple towels. Alahai sweet ngat korang!
En. suami nanti wajib guna sebab aku telah bersungguh-sungguh berhempas pulas menyumbat hadiah nih dalam beg untuk bawak balik semenanjung jugak walaupun beg dah penuh.. kuikui



Very tired but happy at the same time!! Can't wait for next trip this coming April with loved ones.. InsyaAllah.. InsyaAllah :)