Tuesday 24 December 2013

berkursus untuk kahwin :p

Assalamualaikum

Hujung minggu haritu aku dengan kawan aku menghadiri kursus kahwin, nasib baik wajib pergi kalau tak memang tak la aku nak pi secara sukarela..hehe

2 hari je pun, ada banyak input yang berguna dan ada jugak yang tak ada gunanye.. kihkih.

So aku nak share lah sikit apa yang aku dapat sepanjang 2 hari berkursus kahwin tu

1.Akhlak
Ni ceramah pertama, dari ustazah apa ntah dia tak kenalkan diri pun. Ustazah ni kelakar tahap maharaja lawak 2013, so xdelah ngantuk sangat. Antara inputnya.. bagaimana nak menjaga akhlak bila dah berumah tangga.
Suami: jaga isteri elok2 sebab itu amanah dari ibu bapa perempuan tu dan jugak amanah dari Allah
Isteri: Jaga suami elok2, suami ibarat rezeki. Rezeki dah dalam tangan jangan lah sia-siakan. Kepentingan berakhlak dirumah mertua, kepentingan air tangan isteri, menjaga rahsia keluarga.. etc..

2.Pengurusan kesihatan
~Test HIV buat sebulan atau dua bulan sebelum tarikh pernikahan. tempat di klinik kesihatan berdekatan.
~Kalau perlu, buat test thalassemia. Untuk mengelakkan kita dan pasangan adalah pembawa dan memberi kesan pada bakal zuriat nanti
~Penjagaan diri selepas bersalin, kepentingan suami dari segi moral support..etc

3.Ibadah/Perkhidmatan runding cara
Satu penipuan terbesar adalah apabila dikatakan perkahwinan tanpa sebarang masalah.. mihmihmih
Pasti akan timbul masalah, tapi kalau ada asas agama insyaAllah segalanya jadi mudah untuk diselesaikan.

Terkejut jugak aku, bila ustaz tu tanya sorang2 peserta lelaki dan ramai tanpa segan silu mengaku tidak bersolat subuh hari tersebut. Allah..sedihnya..

"Wahai tuhan, jadikan kami dan pasangan kami serta zuriat keturunan kami adalah golongan yang mendirikan solat serta sentiasa bersyukur padaMu"

4.Pembubaran perkahwinan/pengurusan sumber
Yang ni cerita pasal penceraian ataupun pembubaran perkahwinan
-talak
-fasakh
-Khulu'
-Lian
Ada dua jenis penceraian, di luar dan di dalam mahkamah. Menjadi satu kesalahan jika penceraian dilakukan di luar mahkamah sebab prosedure dia jadi banyak dan menyusahkan, kena buka banyak fail, banyak kali turun naik mahkamah etc..
Walaupun begitu kat mana pun dilafazkan, penceraian tetap sah kalau mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam islam. Malas lah nak huraikan. Sila buat research sndiri. kihkih

Bak kata ustaz tu, kita tak tahu nasib dan takdir hidup kita, siapa jodoh kita itu hanyalah kita tahu apabila sahnya lafaz akad nikah. Selagi belum sah lafaz tersebut, belum tentu pun tunang kita adalah jodoh kita.
Boleh jadi orang yang kita benci yang menjadi jodoh kita, mungkin bercinta yang lain, bertunang yang lain, berkahwin yang lain.. drama sangat! tapi siapa tahu.. Ya Allah Nauzubillah..biar seorang aje lah sudah..

Lepas tu hari kedua, aku buat rumusan je lah sebab hari kedua ni lebih mendalam pasal hubungan suami dan isteri.

Rumusan hari kedua, bagaimana kita menguruskan sebuah hubungan yang di bina, Pentingnya kekuatan akidah, bagaimana menangani stress dalam rumah tangga.. Procedure perkahwinan..etc

Ada satu tips buat bakal isteri dan sudah menjadi isteri di luar sana ye.. Silalah baca ayat terakhir surah Al-Imran (3;200) semasa membasuh beras untuk memasak.


Niatkan dalam hati, moga Allah eratkan hubungan kita dengan suami dan anak2. Moga lahir generasi al-quran dalam rumah tangga kita InsyaAllah..

p/s: siapa yang tak pergi lagi kursus kahwin sila-silalah ye pergi, banyak input yang berguna sebenarnya jika anda tidak tertidur semasa kuliah =)


Ni bahan bacaan yang diorang kasi, content dia lebih kurang sama dengan ceramah2 yang diberi


Friday 20 December 2013

Complicated ke...?

Suatu hari

Tettt. Tett. Bunyi mesej masuk

Dari Ahmad kepada Aminah

Ahmad: Salam, sihat? busy ke kja skrg?
Aminah: wslm. Sihat je. X busy sgt.
Ahmd: Tinggal dengan sapa kat situ?
Aminah: Kejap, sy nak bgitau ni.. Sy dah bertunang dan nak kahwin tahun depan.
Ahmad: So?
Aminah: So harap tak perlu kut mesej kalau tak ada hal penting
Ahmad: Hurm ok

esoknye..

Ahmad: salam. Apa pendapat saudari pasal ubat X?
Aminah: wslm. Entah tak ingat 
(dalam hati.. Grrrrr kalau aku boleh cakap bahasa india ke jerman ke kan best)
Ahmad: hai takkan dah lupa
Aminah: ok lah sy ada kja
Ahmad: Hurm ok

Dengan sepantas kilat, tanpa perikemanusiaan Aminah menekan butang di kiri handphone beliau dan menekan butang Block Ahmad. The end. Problem solved! kekekeke

Peringatan buat diri sendiri dan buat mereka yang berkenaan..


Haram mengganggu tunang orang dan haram mereka yang dah bertunang mencari orang lain untuk dikahwini selagimana belum diputuskan ikatan tunangan tersebut.
tahqiq / takhrij hadith dari Jab Hadith:
hadith sahih -
لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ


Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Dikeluarkan oleh Malik dalam Muwatta, alSyafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) 

Haa faham semua. Kalau tak faham silalah buat2 faham. hehe

Complicated ke? takda complicated mana sebenarnya. Terpulang pada diri sendiri untuk menyelesaikan masalah sendiri. Kalau pikir complicated jadi complicated lah. Risau ke? biasalah risau tu memang kadang-kadang hadir tapi bak kata sahabat baik aku...

"Alah buat apa nak risau, kalau dah memang jodoh..bagi Neelofa kat dia pun, dia x nak, Kalau bukan jodoh, awak cantik macam Neelofa pun dia x pandang" Kihkihkih

Nasihat lagi best..

"Biarlah calon suami tu berubah pun asal jangan diubah cita2 jadi yang solehah buat suami"

Terbaik dari ladang..so tak payah nak pikir banyak-banyak, baik pikir cara nak buat nasi tomato sampai jadi, hari tu aku buat jadi bubur kut terlajak air. kahkah =)

Semalam pergi melawat baby kawan aku. Alahai comel giler. nasib baik suami kawan aku ada sekali semalam so macam control la sikit tahap geram aku kat budak tu, hehehe

 Kiri: masa umur 1 bulan. Kanan: Umur 4 bulan

Haih, tomei3! rasa nak curi bawak balik.. hikhik
Semoga membesar jadi anak soleh ye Adam Darwisy =)





Wednesday 18 December 2013

MERUNGKAI HIKMAH

Assalamualaikum

Wah pantasnya masa berlari, tak terkejar aku. Sudah pertengahan Disember dan hampir menuju ke tahun baru, sedang aku berpikir2 mahu memasak visi yang baru tersedar aku, hampir aku terlupa visi dan misi yang lalu belum sudah pun aku penuhi. Allah.. cepatnya waktu berlalu pergi..

Merungkai hikmah, dalam setahun perjalanan ini semestinya banyak yang aku lalui. Daripada aku yang dulu terlalu lah keanak-anakan, kini insyaAllah boleh berhenti sejenak berfikir sebelum melontarkan keputusan mahupun jawapan. Tapi tak pastilah keputusan mahupun jawapan itu masih di tahap bawah umur atau sudah boleh memenuhi requirement jawapan sebenar.. hehe

Jika Allah panjangkan umur menuju ke tahun depan, sudah jelaslah di hadapan ku lagi banyak ranjau dan dugaan yang bakal aku hadapi. Mungkin tahun ini, Allah hidangkan aku dengan secebis dugaan untuk aku belajar erti sebenar kehidupan. Betapa diri ini sebenarnya sering kali memandang dan menghakimi orang lain melebihi diri sendiri.. Diri sendiri yang terlalu banyak salah, di salahkan pula orang lain. Diri sendiri yang terlalu ego, dianggap pula orang lain yang tak mahu mengalah. Muhasabah diri semalam membuat aku tersedar, terasa seperti ditampar laju2. Memang layak ditampar mahupun dihayun tong gas pada diri sendiri kot. Dushhh! huhu

Kadang terlalu memikirkan kesulitan menyebabkan aku terlupa nilai sebuah kesyukuran.. Contoh, aku selalu gelisah memikirkan masa depanku, bakal bersuamikan seorang doktor yang semestinya tidak punya banyak masa buatku nanti.. Ahh kenapa harus aku berpikir begitu, sepatutnya aku bersyukur, diberi peluang oleh Allah untuk menemani seseorang yang banyak berbakti kepada manusia yang lain. Bukankah Allah sudah berjanji, kita mudahkan kesulitan orang lain Allah mudahkan kesulitan kita. Bakal suamiku membantu manusia lain, InsyaAllah pasti Allah bantu urusan kami sekeluarga pula nanti. Masih tak mahu bersyukurkah aku..

Diakhir-akhir tempoh pertunangan ini, sudah semestinya lah banyak dugaan yang datang tanpa diundang. Insan yang ditolak berkali-kali datang lagi menyapa tanpa jemu, kesibukan kerja yang menghalang dari menyapa bertanya khabar, dan banyak lagi persepsi yang diwujudkan sendiri tanpa usul dan periksa. Dan aku pasti, dugaan mungkin menyapa si dia di sana. Ya Allah.. tetapkan hati kami. Mudahkan urusan ini. Jalan ini jalan menuju syurga, jalan untuk meraih kasih Ilahi sudah semestinya dugaan datang tanpa henti.

Berdebar jantung rasanya, masa terus berlalu. Tidak pasti bila ajal menjemput namun selagi peluang hidup masih diberi, diri harus diperbaiki.

Tahun hadapan, tahun baru dan jika sempat status baru. kehidupan baru. Allah.. mudahkan lah.. semaikan lah benih kasih-sayang dalam jiwa kami. Jauhkan benci. Singkapkan hikmah diatas setiap yang terjadi.

Allahhuma yassir wala tuassir, Rabbi tammim bil khoir




Tuesday 10 December 2013

IBU

Assalamualaikum

Hari ni nak citer2 pasal ibu, mak, ummi, mama, mum, mummy, mok, mek (eh ada ke.. hihi) dan seangkatan dengannya la..

Besarnye makam ibu ni, fuh hanya tuhan yang tahu.. yelah tercakap uhh pun dah kira menderhaka.. gulp!

kenapa terlalu besar makamnye? makam ke mekam? hehehe.. tak kisahlah yang penting kenapa tinggi ngat darjat ibu ni? 

Sebab dia yang bersusah payah muntah2 pening2 masa mengandungkan kita, mungkin terpaksa berlapar kerana terlalu teruk morning sickness.. 

sakit pinggang, sakit belakang mengusung kita selama 40minggu..

Tu tak kira lagi mood swing masa mengandung sebab hormone changing, semua benda tak kena.. hati sedih, cepat nak marah, tapi dikuatkan jugak sebab nak jaga kita dalam kandungan..

Nak lagi? 

Masa melahirkan, tuhan je tahu sakitnya ibu bertarung nyawa.. 

lepas lahir..

Sakit pula dijahit luka untuk mengeluarkan kita..

Tengah letih lagi lepas melahirkan.. kena berjaga malam pulak untuk menyusukan kita.. tukar lampin.. dodoikan... kalau dapat anak yang macam aku ni (yang kuat nangis mak aku kata..huhu) lagi la...

masa kecik, mak yang masak, suapkan makanan, basuhkan baju, kemaskan barang kita..

pastu proses tu berterusan.. dan selain membesarkan, di didiknya juga kita sampailah besar..  

(Saje je aku bold kan biar aku ni ingat sikit jasa mak aku.. huhu)


Semuanya dilakukan dengan kasih sayang.. Tak mengharapkan balasan. Subhanallah

"maka nikmat tuhanMu yang manakah yang engkau dustakan" -surah Ar-Rahman;13

Tanpa kita sedari, sebenarnya ibu itu adalah salah satu nikmat terbesar yang Allah anugerahkan buat kita, cuma kadang2 kita terlupa. Mungkin dia sentiasa ada dengan kita, jadi kadang2 kita ambil mudah nikmat tersebut.. ibarat nikmat tangan.. bila hilang barulah terasa betapa besarnya nikmat tangan tersebut.

Ni petikan nasyid faveret aku.. dari kump Far East

..setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan.. 
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam.. ~azimat ibunda (Far East)


Ibu kita juga manusia, biasalah kalau dia tersilap dan mungkin menginggung perasaan kita. Pemikiran mereka yang sudah menginjak usia tua jua semestinya berbeza dengan pemikiran orang muda seperti kita.. tapi ingatlah taraf kita ini hanya sekadar anak. Darjat kita terlalu rendah dibandingkan dengan darjat seorang ibu. Syurga kita diatas keredhaan ibu. Jadi andai ada tersalah faham, kita lah yang perlu memohon maaf biarpun kita rasa itu bukan salah dan silap kita..

Bagi yang masih mempunyai ibu, syukurilah kehadiran mereka. Kita tak tahu sampai bila Allah sudi pinjamkan kita dengan ibu kita.

Kelak, tika kita bergelar ibu.. moga2 Allah hadirkan pula kita dengan anak2 yang sentiasa menghargai.. menyenangi.. dan  menggembirakan hati kita. Amin..Amin..Amin Ya Rabbal Ala Min =)

~mood rindu mak


gambar zaman kita muda2 dulu.. kekeke 








Monday 2 December 2013

Si Arnab dan Si Beruang

   

Tersebutlah al-kisah dia dalam hutan belantara yang sangat luas, hiduplah seekor arnab yang sangat comel di muara sebatang sungai. Si arnab hidup seorang diri dengan tenang, setenang air sungai yang mengalir. Manakala di puncak gunung di dalam hutan tersebut tinggallah seekor beruang yang gagah dan baik hati bersama keluarganya.

     Pada suatu hari, sedang si beruang berjalan-jalan di dalam hutan, si beruang berasa sangat dahaga. Lalu si beruang pun berjalan menuju ke sungai. Sampai di sungai tiba-tiba si beruang tergelincir lalu terjatuh. Si arnab yang berada berhampiran mendengar lalu datang memberi pertolongan kepada si beruang. Maka terjalinlah persahabatan diantara si beruang dan si arnab.

     Selang beberapa ketika, musim hujan tiba. Hujan yang tidak henti-henti menenggelamkan rumah si arnab. Si beruang dengan tidak ragu-ragu mengajak si arnab untuk tinggal bersamanya di puncak gunung, dan menjalani hidup bersama keluarga si beruang. Si arnab berfikir dan berfikir dan akhirnya bersetuju namun dengan meletakkan syarat. Syaratnya mereka perlulah berkenalan lebih lama dahulu sebelum proses perpindahan itu agar si arnab tidak kekok untuk menetap bersama dengan keluarga si beruang nanti. Maka tarikh perpindahan pun ditetapkan.

     Dalam tempoh persahabatan dan perkenalan mereka itu si arnab dan si beruang di uji dengan berbagai dugaan. Si arnab mahu si beruang selalu menemaninya mengutip lobak merah namun si beruang lebih suka menangkap ikan. Berlainan pula dengan si beruang, si beruang sangat berharap si arnab tahu menangkap ikan sehandalnya namun si arnab masih tidak mampu menangkap walau seekor pun ikan.

     Masing-masing mememdam rasa. Masa terus berlalu dan tarikh untuk si arnab berpindah semakin dekat. Si arnab berasa sangat takut. "mampukah aku hidup dengan keluarga si beruang?" itulah yang selalu bermain-main di fikiran si arnab.

     Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba, Si arnab pun mengikut si beruang berpindah ke puncak gunung. Sungguh tak disangka oleh si arnab, keluarga si beruang menyambutnya dengan meriah sekali. Masa terus berlalu, si arnab dan si beruang terus belajar memahami dan terus hidup aman dan bahagia sampai ke akhirnya =)


Pengajaran
1. Tak perlu terlalu takut memandang masa depan, kadang2 Allah sembunyikan bahagia dan hanya beri bila tiba waktunya
2. Berterus-teranglah, barulah kesepakatan dapat dicapai
3. Terimalah kebaikan dan keburukan sahabat kita seadanya, kita tidak boleh mengharap dia menjadi 100% seperti yang kita inginkan jadi bersabar dan berlapang dadalah untuk menerima dia seadanya.
4. Teruslah bersangka baik, dengan sahabat dan dengan takdir Allah

Eh2 tiba-tiba je ada rusa sekor kat belakang.. nyibok jer. hehe

Sekian je citer kanak2 kite pada hari isnin ini..terima kasih. hikhik =)