Thursday 27 June 2013

Bulan Berkursus

Assalamualaikum

Hurm, rasa dah lama tak buka blog sendiri.. asyik buka facebook je. Tu pun sebab ada apps kat phone. hehe.

3 minggu berturut-turut bulan ni aku kena menghadiri kursus.

12-14Jun: Kursus Chemical Forensics & Intelligence Sampling
Kursus ni berkisar pasal macam mana kita nak ambik sample untuk di test kat lab, memandangkan aku bekerja under penguatkuasaan. It's quite interesting course. So many input that we grabbed within 3 days there.

17-21Jun: Program Transformasi Minda
Actually ni induksi yang ditukar nama kepada program tranformasi. Memang jadi tranformer la 5 hari kat situ.. Mmg suffer, Nasib baik sekali seumur hidup je kena pergi. hehehe

24-26Jun: Kursus Halal dan Ubat
aku baru balik semalam, kursus ni memang menarik. Baru la aku sedar betapa banyaknya ubat yang tak halal di producekan kat malaysia ni. Haish, sebab kes darurat di haruskan makan. Nanti aku eleborate kat post yang lain ye..

Hari ni barulah boleh masuk ofice macam biasa. Alhamdulillah.

Punch kad bulan ni mmg kosong la.. hehehe

Apapun Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dapat sijil tu yang best tu.. hoho


Tuesday 11 June 2013

Peringatan untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum

Huish dah lama tak menjengah blog sendiri. Sibuk kalah kerja kat jabatan perdana menteri. heehee

Disebabkan aku ni adalah manusia yang seringlah lupa dan lalai, aku nak catatkan jadual hari aku kat blog ni. Sekurang-kurangnya nanti bila aku lupa aku boleh buka balik dan ingatkan diri sendiri yang selalu lupa ni.. huhu.

Untuk jadi manusia yang produktif kena usaha lah sikit walaupun kadang2 musuh dalam selimut iaitu MALAS selalu menjadi penghalang kan.. Aduhai. kuat sikit ye wahai diri.

ok wake up now!!!

5.00pagi: Bangun, Mandi. Solat sunat. (sekarang subuh dah awal, bangun la awal sikit)
Jangan malas2 ye. Kuat sikit!! Lembik sangat nih. nak tidur lama2 buat apa, nanti kat kubur tidur la puas2. Sekarang siapkan diri untuk tidur dalam kubur dulu. Sehari Allah bagi 24jam kut. Takkan dalam masa 30 minit takleh nak spend masa untuk dating ngn Allah. Dengan bf boleh plak berjam2 kan. huhuhu.. (Astaghfirullah)

6.00pagi: Dah masuk subuh ni. Solat subuh. (kusyuk2 sikit)
Macam nak mati hari ni jugak. (Astaghfirullah) Then siap2 la gi kerja.

7.00pagi: Ok time utk keluar rumah pergi kerja
Jangan lupa baca ayat kursi setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah. Ayat kursi tu macam askar yang akan jaga kita sepanjang hari kita kat luar.. Allah yang jaga la actually, perumpamaan jer =) pastu masuk kenderaan jangan lupa baca doa kenderaan. So gerak. Bismillah, aku gi kerja kerana Allah.

8.00-5.00pm: Kerja la betul2. Rezki tu yang nak makan nanti kan. Jangan nak buat benda lain. (Astaghfirullah)

5.00ptg: Balik, klu sempat dan takde kerja sebelum tu boleh la solat asar siap2 kat tempat kerja. Takda la melewatkan solat sangat bila dah sampai rumah. Kalau perlu pergi la bersenam petang2. Macam pergi main badminton kat taman belia. Kalau puasa tu dikecualikan lah, Kang pengsan sapa nak angkat. Dah ler badan saya macam gajah obesiti.. hukhukhuk

7.00pm: Balik, mandi. Prepare bahan nak masak. Pastu dah masuk maghrib solat dulu. Baca quran. Kalau dah x sempat sangat baca sebelah muka surat pun takpe, asalkan baca jugak! tak kira quran wajib kena baca jugak dalam sehari. Train diri mcm tu.

8.00pm: Masak untuk dinner. walaupun tak pandai masak, bak kata orang practice makes perfect kan. hihi. Masak yang simple2 pun xpe untuk alas perut je. Selalu aku masak sup atau bubur nasi je. Kalau lebih boleh hangatkan buat sarapan atau sahur esok =)

8.50/9.00pm: Solat isyak. Kalau tak sempat baca quran time lepas solat magrib tadi, bacalah lepas solat isyak.

9.00-10.30pm: rehatkan diri. reward diri sebab hari ni dah buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau rajin, beleklah buku apa2 kejap tambahkan ilmu yang sememangnya sentiasa kurang tu ye cik diri sendiri. Usahakan tidur awal supaya esok boleh bangun awal.

Jum elakkan benda2 nih jum..


Semoga Allah redha dan permudahkan segala urusan =)

Tuesday 4 June 2013

Banana Muffin

Assalamualaikum

Haa sapa suka makan muffin kat kenny rogers? Saya! (aku ler tu. hikhik) Obsess yang agak melampau dgn muffin dan dibantu lagi dengan aktiviti sorang kenalan yang buat banana muffin with walnut, aku pun mencuba lah buat sendiri. Tapi aku punya takde walnut (kurangkan kolestrol. hoho. Tipu sgt!)

Alhamdulillah percubaan pertama menjadi.

Nak resepi? senang je..

Bahan A

Pisang 5/6 biji
(lenyekkan)

Bahan B

Tepung Gandum 2 cawan (~400gm)
baking powder setengah sudu teh
soda bikarbonat setengah sudu teh
(ayak tepung dan gaulkan semua sampai sebati)

Bahan C

Gula 1/2 cawan (~150gm)
Garam 1/2 sudu
Essence vanilla satu sudu teh
Buttercup yang dah dicairkan terlebih dahulu (~125gm)
Telur 2 biji
(Campurkan semua bahan, gaul sampai sebati)

Lepas siap buat adunan, masukkan bahan B dalam bahan C sikit2 sambil gaul. Pastu masukkan pisang. 

Masukkan dalam oven, 180 degree celcius selama 30 minit.

then SIAP!!! Tadaaa.... hasilnya..



Lepas ni kita buat durian muffin lak ye.. hahaha

Monday 3 June 2013

Teruskan Perjalanan

Assalamualaikum

Pernah di uji? tipu beno kalau tak penah. huhu. Sebab ujian tu tanda kasih Allah pada kita. Tak ujian besar pun, ujian senang pun dikira ujian la. Macam mana kena ambik exam masa darjah 1, bukan study pun. sekali keluar result mak dah sibuk marah. Nape tak baca buku nih! ampunnn mak..kihkihkih.

Hidup ni macam tu la, kadang2 kita rancang A.. Allah bagi B. Tunggu punya tunggu, lepas beberapa ketika baru lah tau ooooooooooowh B tu yang terbaik sebenarnya.

Macam tu jugak bila ada orang buat kita sedih, kecilkan hati kita.. Sebenarnya bukan apa, Allah nak suh kita ngadu byk2 kat Dia sebab kadang2 kita terlalu bergantung pada makhluk.

Allah.. kadang2 susah nak telan.. tapi bila tau ni la cara Allah nak kutip kembali kita yang hina ni kembali sujud, terduduk hina, menangis di hadapan Dia.. barulah tersedar hakikat kehidupan ini hanyalah senda gurau untuk menguji setiap insan yang bernyawa. Kepada Allah jua kita akan kembali.

Ni nak kempen 1 buku ngn korang.. hehehe. lepas baca buku ni rasa macam kena penampar pun ada gak. Hahaha..

(buku yang amat menyentuh hati sampai ke hempedu, xcaye bacalah. hihi)

Semoga kita semua di beri kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Semoga redha Allah tu sentiasa ada dalam perjalanan kita. Cubalah tersenyum walau sepedih mana pun hati diguris. Mengadulah segalanya pada Yang Maha Mendengar. Pasti ketenangan itu milikmu.. <3