Monday 27 May 2013

WEEKEND Vs WEDDING

Assalamualaikum


Weekend hari tu wedding cousin aku. Disebabkan dia adalah cousin pertama sebelah mak aku yang berkahwin jadi kami sekeluarga dikerahkan bekerja membanting tulang membantu perjalanan majlis nih. Penat tapi serius sangat2 happy plus excited!

Ni la gambar pengantin




Masa akad nikah, aku dan sorang kawan baik cousin aku jadi bridesmaid


3 hari majlis, bersambung dengan majlis sebelah lelaki. Ya Allah penatnyer tuhan je yang tau. Makcik aku (mak cousin aku) masa aku gi tolong kemas2 dapur petang habis majlis tu siap nangis lagi sebab penat. Tapi nangis manje je la ngn aku cakap penat sangat plus mungkin sedih kut anak dia dah jadi milik orang. (memandai je aku. ngeeh) 

Overall within all the events, the best part which i like so much is during solemnization. Waa, perasaan masa saksi cakap 'SAH' Subhanallah.. rasa nak nangis. Syukur. U know its like miracle, 2 people within a second become husband and wife which of course has a huge responsibility to carry on. The most important things are loving and complete each other.

Haish rasa nak je cepat2 kahwin.. hahaha


Thursday 23 May 2013

SWEET LIKE CANDY =)

Sweet ngat semalam dapat message dari someone cakap mtk maaf sebab xleh sambut birthday sama-sama.. so apa yang dia buat.. jeng jeng jeng


Haaa.. sweet tak.. Terharu sangat ^_^  Tapi dia laa yang makan kek tu sebab aku jauh kan.. takpe2 next year wajib sambut sama-sama insyaAllah..

Housemate aku hadiahkan aku kasut favorite aku tau.. hikhik.. pun terharu gak.. Ni gambar aku pakai kasut tu. THANKS. Love it so much!!



Alhamdulillah yesterday was a wonderful day for me. Such a colourful day. I hope today and tomorrow, day after... the colour never fade away.. Ya Allah, permudahkanlah...

Wednesday 22 May 2013

Its My Birthday ^_^

Alhamdulillah I'm officially 25 today. Syukur padaMu Ya Allah

Dah suku abad dah hidup rupanye. Macam-macam telah di lalui, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Yang pasti atas bawahnya aku itu kerana adanya Allah yang mengatur segalanya. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Tak terucap dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku pada segala nikmat pemberianMu.




Mak
Mesti la orang pertama yang patut aku ucap terima kasih. Dah call dah pagi tadi. Ngeee.. Terima kasih sebab mengandungkan anak mak ni, sanggup bertarung nyawa lahirkan kite, sanggup susah payah jaga kite yang nakal lagi banyak songeh ni. Walaupun dah besor lagi gemok ni pun mak masih risaukan kite.. tima kasih mak. sayang mak sampai bila-bila.

Abah
Terima kasih abah, walaupun tak lahirkan  kite tapi takda abah takda la kite kan. hikhik. Terima kasih sebab besarkan kite, tau dah susah giler nak besarkan kite. Tima kasih ajar kita masa kite kecik dulu supaya tak tinggal solat. Cubitan abah sebab kite tinggal solat dulu masa darjah 2 kite ingat sampi sekarang. Xmo dan x kan buat lagi dah lepas tu. hehehe. Tima kasih sebab selalu jaga kite bila kite sakit. Sampai sekarang pun masih layan kite macam budak-budak. Kite dah besar la abah. Sayang abah sampai bila-bila.

Abg Jun, Abg Kri, Kakya, Naimah dan Najwa
Abang-abang kite Abg Jun dan abg Kri, kadang-kadang over protected mengalahkan mak ngn abah. hahaha. Terima kasih abang-abang sekalian, syukur dapat jadi adik korang. Tak penah gaduh pun ngn abang2 aku ni sebab diorg dah tua banyak kut.. hehhehe Kakya, kakak kite yang paling baik skali ngn kite. dah macam best frend da. terima kasih kakya. Adik-adik naimah dan najwa, diorang pun macam kawan baik kite walaupun kadang-kadang suka cari gadoh. hehehe

Kakna, Kak Irma, Abg Zam
Ni semua kakak2 ipar dan abang ipar aku. Semuanye sangat baik. Untung mak dapat menantu yang baik hati camnih, hehehe. Harap aku pun dapat jadi menantu kesayangan gak nanti (Aceh berangan je lebeh! Dushh Hahhaha) Thanks to be part of our family. I do feel like you are my own sisters and brother. 

Umar, Elya, Rayyan, Hasya
Anak buah ateh yang comel lagi anjee. Trm ksh sbb comel. Eh salah, trm ksh ye sbb korang suma mcm princesses and princes yang boleh rumah kita jadi happy dan berseri-seri. macam ada bunga api sebab korang bising sangat, hehehe. Doakan ateh kaya nnt ateh belikan coklat kat semua. huahaha.

                                                          (Rayyan, Umar, Hasya, Elya)


My future husband
terima kasih sebab sudi terima saya seadanya. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita. Sama-sama perbaiki diri, sama-sama tambahkan ilmu dan iman, sama-sama bina diri sendiri sebelum kita bina sebuah keluarga yang mawaddah wa rahmah, insyaAllah dalam redha Allah. amin.

Kawan-kawan
terima kasih semua, anda lah penyeri hidup aku. kihkih.

Apap pun hari ni tetap hari yang sama macam hari-hari yang lain cuma bezanya mungkin ramai yang tiba-tiba text aku hari ni. Fb pun tiba2 penuh post. hehehe. Apapun terima kasih semua. Aku doakan semoga Allah sentiasa merahmati kita semua, sentiasa dalam iman dan jauh dari segala mara bahaya.

I Love You All.. Muahhh ^_^



Wednesday 15 May 2013

Cara Menghadapi Masalah Cara Aku =)

Macam bagus je kan tajuk ni. Hehe. Saja nak berkonsi macam mana aku membelasah semua masalah aku dalam kata lain, how I beat my emosion to settle my problems. Manusia ni mana boleh lari dari masalah betul x? biasa la tu, namun yang membuatkan manusia itu berbeza ialah macam mana ia menangani setiap masalah yang dihadapi.






ok meh aku citer sikit macam mana aku hadapi masalah aku.

1. Menangis Sepuas Hati
    Ni adalah cara yang paling berkesan buat aku. Aku akan berada di suatu tempat secara bersendirian dan menangis sepuas hati. (jangan la nangis kat tengah2 shopping mall plak kang popular kalah siti nur haliza. ngeegee) Cara ini sebenarnya akan membuang semua beban didada. Tak usah nak tunjuk macho or cool, simpan je dalam hati. Ok dah puas nangis kan? dah stop. Jangan berlarutan! cukup selepas aku rasa lega dan puas. Takkan nak nangis berhari-hari silap hari bulan nanti buta macam kassim selamat. Owh No No No.

2. Beristighfar sebanyak-banyak nye
kalau boleh sejuta kali, sejuta kali laa istighfar. Sebab apa? sebab kadang-kadang masalah dan kesedihan itu adalah kafarah atas dosa-dosa kita. Sambil-sambil istighfar tu dalam hati bisik la "Ya Allah ampuni aku, kuatkan aku, keluarkan aku dari setiap permasalahan ni". Aku selalu mempraktikkan cara ini kadang-kadang seiring dengan menangis. Yang penting ikhlaskan hati. InsyaAllah lepas tu aku akan rasa lega. Kan Allah janji, siapa yang mengingatiNya hati akan menjadi tenang. Sweet macam gula2 kan =)

3. Berfikir untuk membaiki diri sendiri
Ni dalam erti kata lain, ala2 macam cuba berfikiran positif. Selalunya aku akan sibukkan diri aku dengan perkara-perkara yang membuatkan aku semakin sayang akan diri aku. Sapa nak sayangkan kita kalau bukan kita sendiri. betul? Contoh, aku aku akan berfikir apa yang boleh aku lakukan untuk menyibukkan diri aku sesibuk-sibuknya dan pada masa yang sama ia memberi manfaat pada aku. Meh aku bagi situasi bagi clear like crystal siket. hehehe

 Situasi: Sedih sebab kucing aku taknak layan aku (contoh ni! sedih mesti la sebab benda yang lebih tragis kan) Dan lepas nangis dan istighfar sebanyak2nye. Langkah seterusnya aku akan ingatkan diri, Sudahlah aku ada kehidupan aku yang perlu diteruskan. Biarkan kucing itu. Tak usah la nak benci si kucing tu. Mungkin dia dibesarkan sebegitu rupa. (Ciann kucing jadi mangsa contoh aku. Aku cayang kucing tau. Fakta bukan auta) hehehe.

Aku dengan automatiknya akan merangka jadual harian aku. First update blog, petang main badminton, baca buku, malam masak, basuh baju, tambahkan ilmu (belajar grammar english ke, belajar betulkan tajwid bacaan quran ke, belajar baking resipi kek baru ke, belajar main dota ke) ngeege.. etc..
Maksudnya jangan terus layan perasaan sedih tu. Tapi bangkit untuk diri sendiri. Lepas tu aku rasa lega.

Masing-masing ada cara nak atasi rasa sedih kan. Yang penting kna bangkit dari setiap kesedihan. hidup ni tak lama pun. Hargai setiap saat yang diberi tu sampai kita rasa, aku dah buat terbaik untuk aku sebab aku layak yang terbaik. Cubalah sedaya upaya jadi orang yang positif. InsyaAllah semuanya baik-baik saja nanti. wink2 ;)






Tuesday 14 May 2013

MENGIGAU



Tiba-tiba entry second terus pasal mengigau kan. Haha. Ini memandangkan ia berkait rapat dengan hidup aku walaupun berkali-kali aku jerit NYAH KAU MENGIGAU DARI HIDUP AKU! hoho

Nak dijadikan cerita, pagi tadi semasa bersiap nak gi keja, housemate aku yang selalu tido kat sebelah aku cakap “Akak nak tau, akak mengigau semalam. Pastu akak cakap Tetttttttt” Aduh malunya aku. Rasa nak telengkup muka dalam tanah. Apesal la ko ni kalam, mengigau je kojenye. Dengan muka selamba je aku cakap, "dah stop xnak dengar" sambil sengih. Dalam hati terjerit2 malu.





Terus pagi ni aku nak google apakah itu mengigau. Kalau ikut sorang pakar psikiatrik dari Universiti Hassanudin, Dr. Erlyn Limoa, dia kata mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam.

Yang part bagus siket nyer Doktor Erlyn ni ada gtau mengigau tidak berbahaya kerana ia hanyalah mainan tidur. Tapi part tak bestnyer dia kata setakat ni, belum ada cara untuk menghentikan kebiasaan itu. Huhuhu cedih kut. Ni ayat yang dia guna "Selagi ia tidak mengganggu dan tidak merugikan orang yang mengalaminya, tiada sebab ia perlu dirawat,"

Tapi doctor, ia mengganggu emosi sy, apabila rasa nak telengkup muka dengan guni beras akibat malu kut. Haha. So apa yang aku buat, search lagi. Apa punca orang mengigau ni. Dah tau punca baru kita rawat. Setuju?? Mesti la setuju dah panadol tak leh guna untuk rawat. Hehe.

Ni internet la kata, kalau dia tipu marah dia ye. Tapi rasa macam betul dah. Haha. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat.  Haa dah kena dengan diri sendiri tak. So apa yang perlu aku buat sekarang adalah mengamalkan hidup sihat tanpa tekanan dan emosi memandangkan aku mngigau something yang melibatkan emosi.. DUSSHHH tumbuk muka sendiri. X_X

Lagi satu caranya, jangan lupa basuh kaki sebelum tido. Baca doa tido. ni tak main tido je. hehe. Malam ni kita try buat eksperimen ye. pasang cctv skali. ;)

Hi Blog World

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya dapat create blog setelah sekian lama.
InsyaAllah akan ku isi blog ini dengan info yang bermanfaat. InsyaAllah.

Idea nak buat blog ni tercetus sebenarnya selepas berfikir, mungkin ini adalah cara untuk menambah ilmu dan berfikiran lebih kritis ( cewah)

Anyway, mood sangat happy... biar la tiada pembaca asalkan suatu hari nanti aku dapat baca balik apa yang ditulis. kut2 dapat jadi pedoman =)