Wednesday 15 May 2013

Cara Menghadapi Masalah Cara Aku =)

Macam bagus je kan tajuk ni. Hehe. Saja nak berkonsi macam mana aku membelasah semua masalah aku dalam kata lain, how I beat my emosion to settle my problems. Manusia ni mana boleh lari dari masalah betul x? biasa la tu, namun yang membuatkan manusia itu berbeza ialah macam mana ia menangani setiap masalah yang dihadapi.






ok meh aku citer sikit macam mana aku hadapi masalah aku.

1. Menangis Sepuas Hati
    Ni adalah cara yang paling berkesan buat aku. Aku akan berada di suatu tempat secara bersendirian dan menangis sepuas hati. (jangan la nangis kat tengah2 shopping mall plak kang popular kalah siti nur haliza. ngeegee) Cara ini sebenarnya akan membuang semua beban didada. Tak usah nak tunjuk macho or cool, simpan je dalam hati. Ok dah puas nangis kan? dah stop. Jangan berlarutan! cukup selepas aku rasa lega dan puas. Takkan nak nangis berhari-hari silap hari bulan nanti buta macam kassim selamat. Owh No No No.

2. Beristighfar sebanyak-banyak nye
kalau boleh sejuta kali, sejuta kali laa istighfar. Sebab apa? sebab kadang-kadang masalah dan kesedihan itu adalah kafarah atas dosa-dosa kita. Sambil-sambil istighfar tu dalam hati bisik la "Ya Allah ampuni aku, kuatkan aku, keluarkan aku dari setiap permasalahan ni". Aku selalu mempraktikkan cara ini kadang-kadang seiring dengan menangis. Yang penting ikhlaskan hati. InsyaAllah lepas tu aku akan rasa lega. Kan Allah janji, siapa yang mengingatiNya hati akan menjadi tenang. Sweet macam gula2 kan =)

3. Berfikir untuk membaiki diri sendiri
Ni dalam erti kata lain, ala2 macam cuba berfikiran positif. Selalunya aku akan sibukkan diri aku dengan perkara-perkara yang membuatkan aku semakin sayang akan diri aku. Sapa nak sayangkan kita kalau bukan kita sendiri. betul? Contoh, aku aku akan berfikir apa yang boleh aku lakukan untuk menyibukkan diri aku sesibuk-sibuknya dan pada masa yang sama ia memberi manfaat pada aku. Meh aku bagi situasi bagi clear like crystal siket. hehehe

 Situasi: Sedih sebab kucing aku taknak layan aku (contoh ni! sedih mesti la sebab benda yang lebih tragis kan) Dan lepas nangis dan istighfar sebanyak2nye. Langkah seterusnya aku akan ingatkan diri, Sudahlah aku ada kehidupan aku yang perlu diteruskan. Biarkan kucing itu. Tak usah la nak benci si kucing tu. Mungkin dia dibesarkan sebegitu rupa. (Ciann kucing jadi mangsa contoh aku. Aku cayang kucing tau. Fakta bukan auta) hehehe.

Aku dengan automatiknya akan merangka jadual harian aku. First update blog, petang main badminton, baca buku, malam masak, basuh baju, tambahkan ilmu (belajar grammar english ke, belajar betulkan tajwid bacaan quran ke, belajar baking resipi kek baru ke, belajar main dota ke) ngeege.. etc..
Maksudnya jangan terus layan perasaan sedih tu. Tapi bangkit untuk diri sendiri. Lepas tu aku rasa lega.

Masing-masing ada cara nak atasi rasa sedih kan. Yang penting kna bangkit dari setiap kesedihan. hidup ni tak lama pun. Hargai setiap saat yang diberi tu sampai kita rasa, aku dah buat terbaik untuk aku sebab aku layak yang terbaik. Cubalah sedaya upaya jadi orang yang positif. InsyaAllah semuanya baik-baik saja nanti. wink2 ;)






No comments:

Post a Comment