Friday 24 April 2015

Dugaan Breastfeeding mummy :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Sekarang ni aku kerja kat cawangan penguatkuasa farmasi Perlis, baru 2 minggu bertukar kerja kat sini. Alhamdulillah setakat ni semuanya baik-baik aje. Takde geng nak hu-ha-hu-ha macam kat Penang tapi still best sebab bos kat sini baiikkkkkk sangat. Suruh kitorang panggil dia kakak instead of Puan ke Cik ke.. Hui respect ler bos camnih.

Kerja pun semua perfect. Idak ler nak kata bos kat Penang tak perfect. Perfect jugak tapi kat sini macam boleh buat kawan gitew.  hewhewhew

Yang nak citernye, tadi waktu lunch bos ajak pergi melawat office mate bersalin. Aku pun ikut la.. Pergi ramai-ramai. Sampai sana kakak yang bersalin ni tengah susukan badan kat baby dia. Alahai rindunyer masa mula-mula lahirkan Airis dulu. Kakak ni pun mengadulah, baby dia asyik nak menyusu je. Mak dia dah suruh topup dengan susu formula dah. Haish aku pun dengan semangatnye cakap Jangannn kak..hehehe

Actually tu lah salah satu dugaan nak susukan baby ni. Benda baik kan memanglah banyak dugaan nye.

Meh aku list kan dugaan yang aku lalui sepanjang 3 bulan lebih susukan Airis.

1. Hari kedua lahir, Airis menangis walaupun lepas menyusu.
So aku ingat susu badan aku takde. Sekali ada kakak ni kata bukan dik, baby ni takut. Dia biasa duduk dalam perut 9 bulan, rasa macam orang tengah peluk dia. Ni baru 2 hari lahir terlentang tidur sorang-sorang ko expect dia nak relax je ke. Mestilah nak ibu dia peluk dia. Nak rasa panas-panas kulit ibu sentuh ngn pipi dia, sebab tulah dia nak menyusu je. Atau kata lain nak mengempeng je. Aduhh kesian Airis. Ibu budak baru belajar nak..hehehe

2. Breast aku membesar 3 kali ganda
3-4hari lepas bersalin production milk aku memang banyak. Breast membesar sampai 3 kali ganda daripada biasa. Owh mestilah aku gabra. Adakah akan kekal begini. NOOOOO!!! Perlukah aku berhenti menyusu kalau begini.. hukhuk
Pastu kakak lactation consultant kata, tak dik.. Badan awak tengah belajar nak adapt. Otak pun taktau lagi berapa banyak dia kena produce milk untuk baby awak so dia buat la sesuka hati dia. Nanti lepas 3-4 hari ok lah. Memang betul kot.. Lepas 2-3hari breast dah kecut balik. Tapi still besar sikit pada biasa lah sebab ada susu kan. hehehe. Alhamdulillah

4. Baju sentiasa basah dengan susu
Ni masa dalam pantang, memang tak pakai bra sebab bra tak muat. mihmihmih
Baju memang akan selalu basah. Memang berbau satu badan. Bayangkan, basah yang lencun tu. Kena tukar selalu baju. Kalau baby hisap belah kanan, belah kanan komfom basah. Tersangatlah tak selesa.
Aku memang spare tuala mandi bila nak menyusu Airis. Nak tidur pun aku letak tuala dalam baju. Kalau tak bangun tengah malam basah lencun.. huhu. Tapi bila dah start aktiviti mengepam susu, Alhamdulillah masalah ni beransur hilang.

5. Nipple luka
Ya Rabbi sakit yang amat tiap-tiap kali baby nak menyusu. Mak aku petua lepas habis menyusu sapu susu aku kat kawasan nipple tu pastu biar dia kering. Alhamdulillah memang berkesan.

6. Bengkak Susu
Masa mula-mula bersalin susu aku tersangat banyak. Kalu lambat sikit menyusu memang akan bengkak susu dan bengkak susu adalah sangat menyakitkan!!! Seriously!!!
Kali pertama aku bengkak susu, suami oncall. Seorang diri dengan baby kat rumah mertua. Allahurabbi.. memang menangislah sorang-sorang. Baby pulak merengek-rengek.

Langkah-langkah yang boleh diambil kalau bengkak susu ialah
 a)Tuam dengan tuala suam - setengah orang berkesan, tapi aku tak jalan pon. huhu
 b) Mandi dengan air suam - yang ni pun aku tak jalan, setengah orang ok.
 c) Susukan baby sekerap mungkin - yang ni memang betul. Kalau pump ko mahal tahap ribu riban pun takkan mampu nak lawan babynyer hisapan. Baby punya hisapan lah penolong sebenar hilangkan bengkak susu.
 d) Kalau tak jalan, minum air suam. Minum milo suam ke, pastu susukan baby. Ni cara aku. Memang berkesan!! Sekejap je rasa bangkak tu surut.


7. Berjaga malam
Ni adalah benda wajib ye. Baby akan lapar setiap 2-3 jam. Memang kena bangun susukan dia. Huii masa mula-mula tu aku demam kut sebab tak cukup tidur. Tapi sekarang dah biasa dah. Dapat tidur 3 jam straight tu dah kira besar tuah lah. Memang segar dah lepas tu. Airis pun dah macam tidur lama dah sekarang.

8. Nipple cracked
Yang ni aku alami masa start bekerja. Kawasan nipple sangat-sangat kering. Bila pam dan baby menyusu terus terluka. Arrrghhh sakitttt. Lepas tu bila luka makin besar, baby pun refuse nak menyusu sebab mungkin rasa luka tu, apa lagi bengkak susulah. huaaaaaaa sakittt lagi T_T

Masa ni rasa down giler, ye lah aku baru start keja. Seharian tinggalkan Airis kat rumah pengasuh, balik rumah aku tak boleh nak direct feeding dia. Sedih sedih. Setiap dua jam aku kena bangun pam susu untuk bagi dia minum. Letih, mengantuk, sakit breast lagi..Hukhukhuk

9. Susu kering
Aku pergi penang, seharian tinggalkan baby kat rumah. Masa tu untuk buat serahan tugas sebelum pindah ke Perlis, disebabkan terlalu banyak kerja nak kena setel aku tak pam susu seharian. Balik-balik terus demam dan susu aku tak de langsung.

Airis menangis giler-giler, ye lah hisap angin je kan. Sedih sangat-sangat. Nasib baik ada stok susu yang aku dah freezekan. Bolehlah Airis minum. Alhamdulillah. Lama-lama bila selalu pam susu pun ada balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..

 10. Nursing Strike
Apa benda ni, ni adalah bila baby refuse nak direct feeding. Sanggup nangis kuat-kuat lapar tapi bila offer bagi susu by direct feeding dia tak nak. Bila bagi by botol baru dia hisap. Ni disebabkan baby trauma, adalah kita terjerit kat dia masa dia tengah menyusu ke ataupun kita tercubit dia masa menyusu ke.. contoh lah. Nak lagi senang ni fasa baby merajuk dengan mak dia. huhuhu

Airis pernah "merajuk" dengan aku. Sebabnye aku terjerit dan tekan pipi dia masa dia tengah menyusu sebab tak tahan sangat sakit bila dia gigit nipple aku yang luka tu T_T huuuu soooorry baby..

Untuk selesaikan masalah ni, aku kenalah pujuk dia balik. Usap dia cakap, sayaaaangg Airis.. Belai kulit dia. then lama-lama dia nak susu badan balik Alhamdulillah.



Banyak lagilah dugaan yang aku hadapi, tapi yang ni je mampu aku senaraikan.

Tau tak bila aku selalu dapat dugaan-dugaan macam ni, contohnye bengkak susu, nipple cracked.. selalunye bila aku merajuk dengan suami ataupun tercakap pasal orang ke. Allah nak bayar cash gamaknye, huhuhu.

Jadi, setiap kali ada dugaan menyusu ni penyelesaian yang terbaik selain usaha-usaha lain ialah istighfar banyak-banyak. Mintak maaf kat suami kalau ada salah silap.

Kalau mampu, buatlah solat sunat, mengadu pada Allah. Tak buat solat sunat, solat fardu pun boleh. Yang penting mengadu pada Allah, Ya Allah aku nak susukan anak aku ni, mudahkan lah Ya Allah.. Sebab yang bagi susu ni Allah kan..

Banyak kali aku suarakan kat suami, patutkah kita bagi anak kita susu formula.. Tapi kitorang sentiasa hold dulu, takpe selagi kita ada stok susu kita bagi Airis minum dulu. Kalau betul-betul takde stok baru kita bagi. Alhamdulillah stok tu sentiasa ada sampai sekarang.

Aku taktau sampai bila aku mampu susukan Airis, tapi selagi aku termampu, aku akan usaha yang terbaik. Moga usaha aku ni dikira satu jihad seorang ibu buat anaknya.

 "Nanti Airis besar jangan lupa doakan ibu bila ibu dah takde ye sayang..."





Wednesday 22 April 2015

Pengalaman Bersalin First Baby

Alhamdulillah

Syukur atas nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya.

Airis dah 3 bulan setengah. Cepat betoi dia membesar. Pejam celik pejam celik pejam lagii pastu celik aikkk tengok-tengok eh dah makin panjang anak aku nih. hehe Alhamdulillah

Airis 2nd day of life

Masa mula-mula nak bersalin punyalah drama. 

Aku start cuti bersalin 2minggu awal dari tarikh bersalin. 3hb Januari dah start cuti. EDD 18 Januari 2015

3 Januari
Rasa sakit sikit-sikit, so decide nak jumpa doktor esoknye.

4 Januari
Pergi Pusat Perubatan Mahsuri, Dr Rohana O&G consultant cek bukaan. Dah 1cm dia kata. Mungkin dalam masa terdekat akan bersalin.. Ceyy aku pun punyalah syok. Maklumlah dah tak sabar-sabar nak tengok baby dan nak kuruskan badan. hakhak

5 Januari
takde strong contraction pun, ada la contraction tapi macam contraction manje2 gitu. tak betul-betul sakit.

6 Januari
Petang, tiba-tiba keluar discharge lendir warna coklat gelap. aku pun gelabah tahap z. mintak tolong adik bawak ke klinik. Sekali check bukaan still 1 cm.. Huaaaa sedih, balik lah semula ke rumah. Kat klinik aku pun dengan gelabahnye sibuk bertanya, macam mana ye sakit bersalin? bila ni saya kena pergi hospital? Saya kena pergi sekarang ke?

mesti nurse tu dalam hati, isshhh budak ni tak sabar-sabar sunggoh! haha

8 Januari 
Sekali lagi kami ke Pusat Rawatan Mahsuri untuk check bukaan, sekali baru buka 2cm. Ishhh geram betoi. Dr Rohana offer untuk induce on that day tapi disebabkan husband kerja dan tak bersedia lagi so kitorang pun balik dulu. Tapi lepas berbincang dengan Dr Rohana, Kami decide nak induce pada 12 Januari if still tak buka jalan.

11 Januari
Harini aku berjalan banyak yang amat, pergi survey rumah naik tangga tingkat 3. Fuhhh! petang keluar jalan-jalan lagi. Pastu husband ajak makan nasi beriani kat Penang. Pukul 6petang kitorang gerak ke Penang. Tapi otw ke Penang tu aku dah rasa strong contraction every 10-15mins. Husband cakap tak per lambat lagi. Disebabkan dia pun Doktor aku pun layan je lah. Lambat lagii.. hahaha

Masa balik, kitorang singgah R&R untuk solat magrib, aku tengok panty aku basah. Hah sudah! air ketuban ke ni. So instead of balik rumah kitorang terus ke Mahsuri. 

Dr check, haa memang betul lah air ketuban dah leaking, bukaan dah 3cm masa tu. Kitorang decide nak tunggu dalam bilik je, kalau sakit betul-betul baru turun labor room. Nak tunggu dalam labor room sejuk kot. huhuh

Malam tu rasa contraction dan sakit, so nurse cucuk nubain. Ubat tahan sakit.

12 Januari
Pagi Dr Rohana buat round, cek bukaan still 3cm. Cisss xnak jugak buka. 
Dr Rohana suruh kitorang turun labor room. apa pun terjadi kita kasi beranak jugak harini Dr Rohana kata. Hehehe aku pun apa lagi syoklah.

10pagi, Dr Rahman as anaest specialist, cucuk epidural.
lepas tu contraction ada tapi tak banyak. 

12.30tgahri, Nurse decide masukkan pitocin (induce labor). Masuk je pitocin, lebih kurang 5 minit heart rate baby drop.
Drop for about 8-9minutes. Nurse stop pitocin, heart rate back to normal tapi terus call Dr Rohana.
Dr Rohana datang, terus decide, we need an emergency ceaser. Maybe baby dah terbelit tali pusat sebab tu heart rate drop. Korang boleh bayangkan tak perasaan aku bila dengar Dr cakap macam tu. Berdebar, Sedih, Takut, Risau. Semualah..
Air mata aku dah gugur macam hujan dah. tak boleh nak henti-henti menangis. Risaukan baby yelah dah 9bulan lebih aku kandungkan dia, saat-saat akhir nak tengok dia doktor cakap macam tu, pastu takut pulak nak ceaser sebab memang dah ready nak normal delivery. huhuhu

Nasib baik husband aku ada je kat sebelah. Cakap ok, semua akan ok. 

1.30pm masuk Operation theatre, dan baby aku keluar pukul 2.08pm Alhamdulillah. Keluar je terus dengar suara dia nangis punyalah kuat, haiiii lega rasa, hilang semua risau dan takut. hehehe

Kejap je.

Dan sekarang dah 3 bulan berlalu.. Semuanya masih segar di ingatan. Ceyyy macam lirik lagu pulak.

Tadaaaa

3months old Airis Humaira

Alhamdulillah, banyak benda yang aku rancang untuk dia tapi disebabkan kesibukan waktu. Keluar rumah 6.30 pagi. Balik 6.30petang tak dapat lagi aku nak buat.

Apapun akan aku usahakan jugak. Nak seribu daya taknak seribu dalih kannnn!!! :)

Thursday 16 April 2015

Alhamdulillah 4 bulan sudah!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Dah 4 bulan tak update blog, harini baru ada kesempatan.

Terlalu banyak yang dah jadi dalam tempoh 4 bulan ni.

1. Aku dah jadi ibu!

Alhamdulillah selamat bersalin pada 12 Januari 2015. Baby girl. 2.95kg
Kitorang namakan dia Airis Humaira binti Mohd Khairul Fadzly


2. Preparation nak masuk rumah baru

Rumah baru kat Mergong, dan siap prepare dalam 90%, tinggal nak cuci dgn tunggu kabinet dapur pastu boleh pindah masuk. Yeayyy Alhamdulillah


3. Aku dapat transfer ke Perlis

Syukur tak terhingga. Punyalah risau macam mana nak jaga Airis sorang-sorang kat Penang, tapi Alhamdulillah dah dapat pindah balik.. Cuma kena berulang alik la dari Kedah-Perlis, apapun asalkan dapat besarkan anak sama-sama dengan suami dah cukup baik dah. Syukur


 4. Dah start bekerja selepas cuti 3 bulan

Alhamdulillah, dapat bahagian cawangan penguatkuasa farmasi jugak kat Perlis ni. Takde lah kekok sangat nak mulakan tugas. Kat sini yang bestnye dapat bilik sendiri. Ada la privacy nak pam susu. Lepas tu state ni kecik ketot je jadi beban tugas tak banyak. hehe

Yang tak bestnye, ada jadual jaga pintu masuk kat Padang Besar dan Wan Kelian. Kenapa x best? Sebab Padang besar tu jauuuuhh, pastu kena kerja 8-6pm, dan kena kerja weekend T_T
Dulu tak kisah sangat kerja weekend maklumlaa nak kumpul off hour, tapi sekarang hadoiiii stressnye nak kna tinggalkan anak kalau kerja weekend.. hukhukhuk

Tapi takpelah. Apapun mestilah ada pro and cons kan.. Nak best semua berenti kerja dok rumah je jaga anak.. huhu

banyak sebenarnya aku nak kongsi kat blog ni pasal pengalaman membesarkan Airis Humaira. Apapun nanti akan aku update lagi blog ni. Ada bilik sendiri ni senang. kihkihkih :)