Wednesday 17 July 2013

Tiada yang Mustahil

Assalamualaikum

Tetiba je kan hari ni nak cakap pasal tiada yang mustahil pulak. hehe

Memandangkan kita masih dibulan yang penuh barakah lagi mulia ni.. Saje je suka2 nak ingatkan diri sendiri dan org yang terbaca post ni.. Bulan puasa doa kita mustajab tau. Terus sampai kat Allah tanpa hijab sebab kita kan berpuasa.

Haa tunggu apa lagi jum doa banyak2 sebab aku sure setiap orang pasti ada something yang dihajati kan? kan? hikhik

Tiada yang mustahil untuk Allah kabulkan permintaan kita. "Kun Fa Ya Kun"
Tapi jangan la plk ko saje nak buat giler tiba2 mintak 'Ya Allah tukarkanlah kucing ini kepada ketulan emas sebab dia suka kacau aku tido'. Hurm *geleng kepala berkali2.. Tu mmg x dapat la. Jangn la mintak yang melawan hukum alam. Hadoii..

Aku tertarik ngn post ni yang aku tertengok kat fb pg tadi

(Tengok, hebatnya Allah.. Tak mustahil bagi pasangan yang mempunyai kekurangan untuk memiliki seorang anak yang sempurna walaupun kalau kita lihat dari konsep medical iaitu keturunan, baby tersebut ada high posibility dapat apa yang mak ayah dia ada.. Subhanallah)


Apa tunggu lagi. Jom start berdoa bersungguh2 jom, Doa nak jadi kaya ke.. Nak kawin cepat ke.. Nak jadi cun ke..CONTOH la... hehehe.. Tak payah tunggu lepas solat.. setiap saat pun boleh berdoa. Allah kan maha mendengar =)

psssst.. sambil berdoa tu jangan lupa doakan sedara kita kat mesir, syria, palestin, gaza sama okey? Kita sedap je penuh tangan dengan plastik makanan borong kat bazar ramadhan, sedara kita kat sana belum tentu dapat menjamah sebiji kurma pun untuk berbuka. Jum doakan kemenangn islam jum =)

Penutup..

Alhamdulillah wa syukrulillah. Dah masuk hari ke-8 berpuasa. Pantasnya masa berlalu.

Checklist hari ini..
Bacaan quran on track x? sempat tak khatam nnt?
terawikh ada yg dh tertinggal ke?
hari2 jaga lidah tak? ada ckap pasal org lain lagi ke?
Solat malam dah start buat belum?

Tak lama lagi ramadhan dah nak meninggalkan kita.. belum tentu jumpa ramdhan lagi nanti jadi jum tingkatkan amalan!! semangat2!! ngeee :D

Friday 12 July 2013

Sabar je laaa

Assalamualaikum

Ramadhan kareem everyone =)

Macam mana puasa? Mantop?? hehehe

Bulan puasa ni alhamdulillah semua baik2 aja.. dapat berbuka dan bersahur sampai kenyang walaupun masak sendiri dan tak la berapa sedap.. kihkih

Tapi bulan puasa kesabaran mesti la di uji betul x? Sabar menahan lapar dan dahaga.. Sabar menahan mulut tak bercakap bukan2.. Sabar menahan mata melihat yang x elok.. Sabar menahan MARAH.. Haa part marah ni terfail sikit semalam.. hahaha

Eeee.. nak tau aku nak marah kat apa.. Ni makhluk ni..

(Max, ko xyah nak buat muka innocent ea.. Eeee gigit kang! nasib baik puasa)

Max ni salah satu hobi yang tak berfaedah yang dia suka buat adalah kacau orang tidur.. Arggghhh.. streesss giler kut. Dia akan pastikan ko yang terbaring dengan tenangnya, akhirnya bangun dengan dialog " Eeeee... MAx... Pi main jauh2 laaaa"  Selagi ko tak bangun sebab kena kacau tu bukan Max namanya.. Gila Tragis kan...hahaha

Antara benda yang dia buat utk pastikan ko bangun, Dia gigit kaki atau tangan ko, Berdiri atas kepala ko, Berusaha sedaya upaya menyelinap masuk dalam selimut yang menyebabkan ko akan rasa geli segeli-gelinya. CAner? rase2 boleh tido lena tak?? hahaha. Kalau dialog aku.. Arggghhhhh... Geramnyeeee.. Nasib baik laa ko comel kalau tak, aku dah celup tepung. Goreng!

Semalam, Dari pukul 11 malam sampai la bangun sahur, setiap jam terbangun sebabkan si max ni.. Nasib baik aku tak belajar sukan lontar peluru time sekolah. Terbang ko max kalau tak.. kuikuikui

Tapi... Pagi ni lepas sahur, tengok balik muka si MAx ni.. Haih terus hilang marah.. Cayang gi ada la.. hikhik

(Ni google image je, tapi lebih kurang mcm ni la rupa kesian dia.. ok lah. Cancel marah. hehehe) 

Ok lets have positive thinking, Wahai diri.. Dengaq baik2.. Bukan apa, Allah nak ajar siap2 ni.. Ni nnt ada anak kena bangun setiap jam bagi susu, pastu kalau dia nangis sakit perut pun kena bangun jugak. Practise makes perfect. Kan? KAn? ngeehh ngehh. Nak kena penampor lagi ni. berangan je lebih! hahaha. Positive2 gak tapi time kena kacau tu.. haih.. Memang la.. Sabor je laa

Apapun.. puasa tetap diteruskan dengan semangatnya! hihi. Hari ni dah hari ke-3 puasa. Waa cepatnya masa berlalu kan.

Penutup.. 

(Pakcik Max yang tido tak hingat dunia, sweet dreams cayang)

SALAM RAMADHAN everyone =)


Tuesday 9 July 2013

Marhabban Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah, di beri peluang sekali lagi untuk menyambut ramadhan tahun ni. Sekejap je masa berlalu, tahun lepas terkontang kanting balik hospital, singgah bazar beli makanan untuk berbuka. Kalau oncall terpaksa la berbuka kat hospital. Cedih2.. hukhuk

Tapi tahun ni lain sikit sebabnya dah ada tanggungan. hahha. Takde lah..over pulak! Tahun ni dah jadi kakak kt rmh sewa, rumah pun dah ada dapur jadi kena prepare sahur dan berbuka.


Nervous?? Of coz!! huhu


Benda yang tengah bermain dalam otak ni, nnt kalau masak untuk berbuka, pastu kemas dapur. Sempat ke nak pegi terawikh, sempat ke nak khatam Al-quran, pastu bangun pagi untuk prepare sahur, sempat ke nak solat malam...

PANGGGG tampar muka sendiri! Hey!!! Come on laa!! Mak boleh buat.. semua ibu2 dan mak2 dalam dunia dan alam semesta ni boleh buat. Apasal plak ko tak boleh!! (Ayat sedapkan ati) heeee

Mungkin ni tarbiyah Allah untuk aku sebelum bergelar isteri.. Acehhhh.. hikhikhik. Dah practise siap2 tahun ni, tahun depan mana tau kan kalau dah sampai jodoh senang. Ish tak habis2 berangan!! PANGGG sekali lagi kena penampor..

Untuk preparation ramadhan kali ni, benda pertama yang aku buat ialah AISKRIM MALASIA. Nyum2~ upah untuk sapa yang pegi terawikh. hikhik.


(gambar ni google image je sbb smlm tak sempat nak snap gambar. Tapi semalam aku pun buat perisa bandung ngn jagung so kira valid la gambar ni kan. hehe)


Pastu aku beli 2 kilo ikan temenung. Haa puas hati ko. penuh peti ais ngn ikan je. haha. So menu ikan seminggu. Minggu depan tumbuh misai jadi kucing. haha. 


(Ni pun google image gak, nak tunjuk ni la rupa ikan yang aku beli tu. erk.. perlu ke..)


Barang2 lain tu macam susu, tepung, agar2, telur masin.. etc. semua pun aku borong semalam. Semangat x?! hahaha.. 

Apapun yang penting, esok puasa!! Alhamdulillah syukur Ya Allah.. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik untuk aku dan kalian semua. Mana tau tahun depan dah takda lagi ramdhan untuk kita. Kalau sempat buat la target untuk ramadhan kali ni. Baru laa semngat sikit kan. hehe. Antara contoh2 target yang boleh dibuat..

Target
1. Solat terawikh, sebanyak yang termampu (tak kat masjid pun, kat rumah pun boleh buat)
2. Al-quran, khatam insyaAllah
3. Solat malam, sebanyak yang termampu

Ya Allah lapangkanlah masa dan kuatkan ku dan semua pembaca sekalian untuk beribadah sepenuh hati dibulan barakah ini. Terima lah ibadah kami ya Allah dan semoga amalan yang kami lakukan dapat diteruskan dibulan2 seterusnya. Permudahkan lah Ya Allah.. Amin ya Rabb.. 

Selamat berpuasa semua. Niat puasa jgn lupa =)


Monday 1 July 2013

Hi my name is MAX

Assalamualaikum

hari ni nak citer pasal ahli keluarga baru aku.. hikhik..
bukan anak, bukan suami, bukan anak sedara.. tapi ANAK KUCING.. haha

                         (hello... tuan caye kasi caye nama max.. maximum kut nama penuh caye.. hikhik)

Housemate aku si Farhana yang beli. Mmg teruja giler first time tgk, maklumla stkat ni pernah bela kucing yang bulu 2cm je, hohoho. Skali tgk kucing bulu 5cm panjang bulu, Gebu mcm bear.. Excited giler.. hehehe

Tang nama dia aku tak berkenan.. MAX. kalau boleh nak namakan "abu hurairah" ke.. sbb teringat sahabat nabi yang diberi gelaran abu hurairah sebab cayang ngat kat kucing =)  Tapi sbb dia skali panggil max terus lari pecut menuju ke arah kite, terus tak jadi tukar nama.. Kang konfius identiti lak. hehe

Si max ni sangat manje, best part pasal dia ni ialah dia suka kejut orang bangun pagi tau.. sweet ngat macam gule2.. pagi tadi kul 5pagi dia dah gigit2 kaki aku. (ummi bangun2! waktu tahajjud dh nak habis nih) ni kut dia cakap.. hehehe. So aku pun ckp.. Tima kasih max cyg.. nnt ummi upah whiskas. kihkih

Aku ngn farhana dah jadi mcm mak org dah, hehe. semalam pegi pet shop. Konon nak belikan sumthing kat Max.. MasyaAllah, pet shop tu dah macam mini zoo. Suma binatang ada. haha. Ko nak bela apa.. kucing, anjing, ular, hamster, racoon, burung kakak tua, ikan (ratus2 jenis) Tapi ni kedai Pet ye so ada pet je la ye.. kambing, lembu, ayam, buaya tu tak masuk dalam senarai. harap maklum. ngeehhngeehh

            (Ni sebahagian je ikan2 yang ada kat situ.. tak muat memori phone klu nak snap semua. hehe)

Kedai ni pun menawarkan barangan pet, suma ada. makanan, sangkar, tilam, pakaian, ubat-ubatan, pampers pun ada. haha. Comel2 semua.

Tak rugi buat baik kat binatang ni, sebab binatang2 ni sebenarnya selalu mendoakan kita. kita je tak dengar. BAik hati kannn diorg.. hehehehe

ok sebagai penutup, jum renungi pesan Rasulullah SAW ni.. There is reward for kindness to every living thing. Subhanallah.. rindu Rasulullah.. Jum selawat jum =)