Wednesday 17 July 2013

Tiada yang Mustahil

Assalamualaikum

Tetiba je kan hari ni nak cakap pasal tiada yang mustahil pulak. hehe

Memandangkan kita masih dibulan yang penuh barakah lagi mulia ni.. Saje je suka2 nak ingatkan diri sendiri dan org yang terbaca post ni.. Bulan puasa doa kita mustajab tau. Terus sampai kat Allah tanpa hijab sebab kita kan berpuasa.

Haa tunggu apa lagi jum doa banyak2 sebab aku sure setiap orang pasti ada something yang dihajati kan? kan? hikhik

Tiada yang mustahil untuk Allah kabulkan permintaan kita. "Kun Fa Ya Kun"
Tapi jangan la plk ko saje nak buat giler tiba2 mintak 'Ya Allah tukarkanlah kucing ini kepada ketulan emas sebab dia suka kacau aku tido'. Hurm *geleng kepala berkali2.. Tu mmg x dapat la. Jangn la mintak yang melawan hukum alam. Hadoii..

Aku tertarik ngn post ni yang aku tertengok kat fb pg tadi

(Tengok, hebatnya Allah.. Tak mustahil bagi pasangan yang mempunyai kekurangan untuk memiliki seorang anak yang sempurna walaupun kalau kita lihat dari konsep medical iaitu keturunan, baby tersebut ada high posibility dapat apa yang mak ayah dia ada.. Subhanallah)


Apa tunggu lagi. Jom start berdoa bersungguh2 jom, Doa nak jadi kaya ke.. Nak kawin cepat ke.. Nak jadi cun ke..CONTOH la... hehehe.. Tak payah tunggu lepas solat.. setiap saat pun boleh berdoa. Allah kan maha mendengar =)

psssst.. sambil berdoa tu jangan lupa doakan sedara kita kat mesir, syria, palestin, gaza sama okey? Kita sedap je penuh tangan dengan plastik makanan borong kat bazar ramadhan, sedara kita kat sana belum tentu dapat menjamah sebiji kurma pun untuk berbuka. Jum doakan kemenangn islam jum =)

Penutup..

Alhamdulillah wa syukrulillah. Dah masuk hari ke-8 berpuasa. Pantasnya masa berlalu.

Checklist hari ini..
Bacaan quran on track x? sempat tak khatam nnt?
terawikh ada yg dh tertinggal ke?
hari2 jaga lidah tak? ada ckap pasal org lain lagi ke?
Solat malam dah start buat belum?

Tak lama lagi ramadhan dah nak meninggalkan kita.. belum tentu jumpa ramdhan lagi nanti jadi jum tingkatkan amalan!! semangat2!! ngeee :D

No comments:

Post a Comment