Thursday 3 August 2017

I'm Mother of Two

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah berkurunnnn tak upate blog harini dapat sedikit masa nak luangkan depan pc ni.. yeay!

Seperti tajuk tertera, yup Alhamdulillah now I am a mother of two wonderful kids.

Selamat melahirkan anak kedua kami, a baby boy pada 22 Mei 2017. It is on my birthday!!! Subhanallah tak sangka betul. hehehe

Seminggu sebelum aku bersalin tu aku dah tak sabar-sabar nak bersalin almaklumlah semua kawan-kawan yang sama-sama mengandung dah selamat lahirkan anak masing-masing. Aku je duk mengandung lagi, jadi ketidak sabaran tu memang terpancar nauu diwajahku ini. hahahaa

21hb Mei, bangun pagi sebelum solat subuh tengok ada tompok air di seluar, bagitau husband. OK jap lagi pergi cek. Sampai PAC Hospital Kangar, cek-cek ok memang leaking. Admitted. Masa tu bukaan dah 3cm. Doktor round malam cakap tak perlu induce ni sebab dah 3cm. Kalau boleh bersalin sendiri kita proceed je kalau tak esok tolak labour room dan bagi pitocin untuk banyakkan contraction. Ya Allah masa tu berdebar-debar. Harap-harap dapat normal delivery kalini.

22hb Mei, Tunggu punya tunggu, hurm takde strong contraction. Makanya pukul 9 pagi macam tu aku pun di tolak ke labour room. Alhamdulillah husband sentiasa ada je temankan aku yang dah kecut perut habis ni. Aku ambik epidural. Husband yang bagi. Doktor pecahkan air ketiban, dan 30minit lepas tu start iv pitocin. Baru masuk 1cc IV Pitocin, heart beat baby drop dan drop.. Ya Allah T_T. It's happened again! The same experienced as before. Sebijik macam masa bersalinkan Airis.

Doktor call Specialist, specialist datang dan decided emergency ceaser. Aku taktahu kenapa aku rasa epidural yang husband aku bagi masa dalam labour room tak jalan hahahaa. Sakit perut macam contraction yang memulas-mulas masa dalam perjalanan ke bilik pembedahan. Sampai bilik bedah, doktor test sikit pisau kat perut aku. Aku rasa sakittttt! hahahaaa.. Sepantas kilat husband aku decided bagi bius penuh. Fuhhh tak sedar terus. Legaaaa.. jaga-jaga siap! Anak kat sebelah Alhamdulillah. hehehe

Kami namakan anak kedua kami Aisar Fahim :)


Tuesday 13 December 2016

Suamiku Encik Doktor

Assalamualaikum

Disebabkan stress kerja yang aku dah taktau nak buat macam mana nak setelkan harini jadi tetiba macam rajin pulak nak update blog huahuahua

Semalam aku tidur kat Hotel Seri Malaysia Kangar sebab nak setelkan kerja aku yang melibatkan orang yang berada di Kangar ni. Lepas setel kerja aku pun naik bilik hotel, sebelum tidur tu macam biasa duk godek-godek tengok handfon, tengok facebook update terkini, cehh terkini la sangat kan.

Pastu nak dijadikan cerita terbaca satu post kawan aku ni yang baru berkahwin "Officially became Mrs Dr. blablabla (nama suami beliau)" tetiba aku gelak sorang-sorang, suami aku yang tengah baring jugak tengok pelik. Apasal gelak sorang-sorang. Aku pun cakap la,

Aku:  "takde ni ada kawan baru kahwin dengan orang kerja doktor, lepas ni dia senasib dengan ayang ler"
Suami: "senasib macam mana?"
Aku: "Yer la selalu ditinggalkan, kuikuikui"
Suami buat muka: " Huh"

Kehkehkeh. Apapapun aku ucapkan tahniah kepada sahabat aku tu dan semua yang berkahwin dengan suami yang bergelar doktor perubatan yang terlibat dengan kerja Oncall aku ucapkan "selamat bertabah" hihihi

Kalau biasa hidup menyendiri takde masalah. Tapi bila dah dikurniakan anak, memang kena bertabah. Bertabah sebab apa? sebab ada masa yang kritikal kau kena handle seorang diri. Contoh masa kritikal bagi situasi aku:

1. Anak sakit (huaaaaa), kau kena jaga sendiri sebab suami kena jaga orang sakit kat hospital. Jadual oncall diorang dah siap sebulan dan memang pack. Memang bertuah sangat lah kalau ada doktor lain yang sudi nak tolong buatkan oncall bagi pihak suami kau memandangkan diorang pun mungkin bertindih jadual plan yang diorang dah buat siap-siap selama sebulan tu.

Masa Airis 7bulan, dia pernah kena warded dan husband kena oncall time doktor yang merawat Airis cakap dia dah boleh discharge. Aku terpaksa mintak doktor tu lewatkan discharge sehari sebab suami takde nak uruskan semua. Aku lah uruskan semua Airis yang merap tak ingat dunia dan dengan kena pump susu lagi sebab airis taknak direct feeding time tu.

2. Kena kerja jauh dan perlu balik lewat di saat suami oncall. Siapa yang harus berkorban, Yeayyy haruslah anak yang perlu berkorban. Balik dari rumah pengasuh lewat. Dan diri sendiri pulak yang sangat penat, balik lewat dan kena uruskan rumah dan anak sendirian.

3. Orang datang rumah, dan rumah bersepah tak sempat nak kemas memandangkan terpaksa uruskan sendirian tanpa bantuan sesiapa.

Dan beberapa situasi lain yang aku sangat kritikal untuk di handle seorang diri.

Tapi.. tapi Allah tak bagi ujian pada seseorang kecuali orang tu mampu betul tak?? Betul! Sangat Betul!

Disebalik semua kesusahan yang aku rasa ya Allah aku tak kuat, tapi semua yang aku tulis ni dah berlalu pun. Semua aku dah lalui dengan jayanya walaupun ada juga berendam air mata.. huehuehue.
Ini mmbuktikan Allah tahu aku dan kau para isteri kepada doktor yang busy sekalian pun boleh.

Good point yang aku rasa aku kutip sepanjang 3 tahun berkahwin dengan seorang yang bergelar doktor yang perlu aku syukuri sentiasa ni adalah

1. Aku akan lebih hargai suami aku bila dia postcall, legaaa bila nampak dia balik dengan selamat, bila dah hampir 2 hari tak jumpa.

2. Jadual oncall seorang doktor keluar sebulan sekali, jadi bolehlah kalau nak plan apa-apa awal-awal apa-apa yang nak dibuat bersama-sama bila suami cuti. Bukan secara mengejut tetiba suami kena kerja ke, at least mental pun dah ready kan takdelah meroyan setiap kali ditinggalkan hehehee. Suami pun boleh request time mana taknak oncall sebelum jadual tu disiapkan, kalau ikut aku nak je suruh jangan oncall terus tapi suami aku jawab hamboi manyak cantekk. Sila buka hospital sendiri. heehee.

3. Disebabkan suami adalah seorang doktor jadi aku rasa diorang punya sifat semulajadi adalah pembersih. Ye lah nak handle patient dalam bilik pembedahan, dengan pesakit yang pelbagai penyakit, dan segala peralatan yang digunakan di sterilekan jadi nature diorang adalah pembersih. Oleh yang demikian, bila suami aku postcall (balik dari oncall) ataupun kerja shift pm, selalunya bila aku balik kerja.. Tadaaaa rumah dah berkilat dia bersihkan, siap mop satu rumah tau.. heheheheee. Alhamdulillah lah pembersih dia takdelah tahap sampai OCD yang sentiasa peluk penyapu bersihkan habuk tu, kalau tahap tu aku pun sakit kepala wei. kihkih

4. Paling lama suami aku takde kat rumah adalah 36jam. Harini kitorang kerja sama-sama, esok petang tadaaa dah terpacak dia kat rumah. Disebabkan dia takdelah kena outstation ke apa, cuma oncall kat hospital saje. Tapi bila oncall every other day tu kadang berangin la jugak aku.. "hey sapa yang buat jadual bulan ni? kenapa abang je asyik kena oncall ni.." Ceyy ayat tak puas hati aku.. hehehee, suami tenang je, nak buat macam mana tak cukup orang bulan ni, ramai tranfer..suami jawab.. hehhee okay sejuk balik..

Dan bila apa yang aku lalui ni, bila berbual dengan kawan-kawan yang turut berkahwin yang lain, masing-masing ada dugaan yang tersendiri. Suami kena balik lewat setiap hari, suami kena outstation slalu, suami askar kena kerja jauh berbulan-bulan, suami dan isteri PJJ dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya, Allah akan bagi pasangan yang memang sesuai ngam ngam dengan kita. Sesuai dengan kemampuan kita, sesuai dengan peribadi kita, sesuai dengan kehidupan kita.

Bersyukur kita punya suami. Seorang kakak cakap, selagi suami kita solat 5 waktu tak tinggal dan tak pernah angkat tangan tu adalah nikmat yang tak ternilai yang amat perlu kita syukuri. Bila kita dipersimpangan, dan perlu memilih pastikan kita memilih jalan untuk bahagia.

Aku doakan kau dan aku sentiasa bertabah dan sentiasa bahagia yer. Ameennn






Monday 28 November 2016

Second Pregnancy

Bismillah

Aduhai cepatnya masa berlalu dah lamanya tak update blog hee

Airis pun dah besar dan nak jadi jadi kakak dah lagi 6 bulan insyaAllah yeayy..

Second pregnancy with different experience. Ya Allah tuhan je tahu betapa mencabarnya first trimester pregnancy kali ni. 6 weeks macam tu aku dah jadi bisu. Haaaahaa bukan sebab apa sebab terlalu mual sampai air liur keluar melimpah tak terkata sampai tak leh nak berkata-kata.

3 Weeks
-Aku dah agak dah aku pregnant sebab rasa mual sentiasa. hehee
-Tapi aku tak berani la nak confirm kang tak pregnant sedih plak, actually we was planning to have another baby and try to conceive about 2 months before tapi asyik negative je result so kali ni tak berani nak happy sangat bila rasa mual sikit-sikit ni.
-Lagi 4 hari sebelum due period aku dengan yakinnya buat pregnancy test and alhamdulillah positif!!! Yeayy :)

6 Weeks
-This is the starting point where the nightmare begins. huargghh
-Rasa mual yang sangat-sangat. Air liur keluar tak henti-henti. Allah.. mood of course la bertukar jadi moody, huuuhuu

7-10 weeks
-Allahurabbi, masa ni tuhan je tahu betapa tak kuatnya aku.
-Semua selera makan takde, rasa lapar sangat-sangat tapi bila hadap makanan dapat jamah secubit dua sahaja.
-Membisu tu adalah aku, heehee. takde perkataan keluar dari mulut ni kecuali kalau tersangat terpaksa je sebab air liur ni sentiasa keluar.
-Paling kesian husband lah, kerja rumah memang aku tak buat dah. Semua dia je buat. Anak aku pun tak uruskan dah. Dialah semua. Even aku pun dia uruskan. IV drip tu berbotol-botol dah dia bagi kat aku kat rumah. huhuuu
-Berat turun mendadak, dari berat 47kg sampai 43kg dah lepas sebulan.
-Ada suatu hari husband kena cari pengganti masa tengah oncall terpaksa lari balik sebab aku dah tak boleh nak berdiri dah, muntah dan cirit tanpa henti dan tak boleh makan dan minum pada masa yang sama. Badan ni dah terlalu lemah. Ya Allah ya tuhan ku Kau rahmatilah suamiku.

10-12 weeks
-Masa ni aku dah recover sikit-sikit. Alhamdulillah. Ada la makanan yang dah terasa nak makan dan adalah masa rasa nak bercakap. heehee

this week is week 14 Alhamdulillah
Rasa makin sihat, makan pun berselera sangat dah hehehe

Sekarang rasa nak balas balik jasa suami dan nak ganti balik masa yang biarkan airis selama hampir sebulan lebih tu.
Harap dapat jalankan tugas sebagai isteri dan ibu dengan sebaik mungkin dan jaga kandungan ni dengan sebaiknya insyaAllah.

Kalau ada orang nak tanya aku tips macam nak mana nak hadapi morning sickness yang sangat teruk ni mintak maaf aku takde specific tips, apa yang boleh aku bagitahu kena banyakkan bersabar. Tak boleh nak undur balik dah, kena pandang ke depan. Hadapi dengan kesabaran, semoga Allah kurniakan insan-insan yang membantu dan menyokong anda di waktu saat genting dan down ni yer.
Jangan pendam sorang-sorang sebab rasa ni boleh menyebabkan awak depress kalau pendam sendirian.

Okeh nak share gambar Airis masa baby dan gambar sekarang.. dah besar dah kakak Airis ni.. Ibu rindu..


Gambar atas masa Airis 6 bulan, Gambar bawah 1 tahun 10 bulan... owh cepatnya anak ibu besar. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Sunday 10 July 2016

Syawal 2016

Alhamdulillah dah raya ke 3 bersama suami dan raya ke 2 bersama Airis Humaira.

Airis dah 1 tahun 6 bulan.

Dah pandai cakap beberapa perkataan.. 'Ayah.. Sejuk.. cucu(susu).. Kakak.. Bear.. Babai.. Hello..' dan banyak lagi lah. Alhamdulillah.. Trantum pun makin tak terkawal oleh ibu ayah. adeh..hihi

Saat anak dah besar ni teringin jugak nak menambah tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Takpe kita usaha plus doa lepastu serahkan pada Dia..

Kalau betul dah sampai masa insyaAllah adalah rezeki nanti kan.. Yang penting hidup ini bukan perlumbaan. Hitung kesyukuran pasti akan dapat nikmat kecukupan.

Sempena hari raya ni, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Maaf Zahir Batin.

Semoga hari-hari mendatang adalah yang terbaik buat kita semua.

Takde gambar raya. Letak gambar Airis time baby.. owh cepatnya masa berlalu..

Tuesday 3 November 2015

Me and Airis

My husband is a doctor, selalu jugak oncall. Seminggu sekali tu mesti, bertambah passive call jadi seminggu kadang-kadang 2 hari bermalam di hospital. 

At first, aku rasa susah giler bila suami oncall. Well everyone pun mesti rasa susah kan, first time jadi parent and you need to do everything by yourself. Pagi-pagi pukul 5.30 pagi, kena buat-buat takdengar anak nangis sebab nak mandi. Cepat-cepat kemas barang dan baju anak. Salin pampers, baju, etc.. then baby and I will travel from Alor Setar to Kangar. 

Lama-lama keadaan dah jadi mudah. Walaupun sampai sekarang Airis akan nangis sambil ketuk-ketuk bilik air masa aku tengah mandi dan mintak aku dukung dia lepas mandi tapi Airis dah tidur malam sampai pagi. She makes me have enough sleep every day. Thank you baby.. Mummy loves you so much.



Apa yang penting. Think positive insyaAllah semua yang positive je datang. Aku selalu susah hati dulu masa mula-mula kena jaga Airis sorang-sorang. Then you know what happened, suddenly our house when black out, no electricity and only me and Airis in the house. Ya Allah takutnya tuhan yang tahu. Tapi I learned from that, no worries Allah ada. Allah will take care of us. lepas tu semuanya okey Alhamdulillah.

Airis makin besar. Dialah kekuatan aku untuk terus mengharungi hari-hari mendatang. Aku tak pandai segala hal pasal nak jadi ibu ni, tapi sebab tanggungjawab aku pada Airis aku belajar sikit-sikit. Semoga aku dapat jadi ibu yang baik untuk dia. 




.  

Thursday 1 October 2015

breastfeeding journey Airis humaira 2

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Lagi seminggu Airis Genap 9 bulan dan aku masih meneruskan breastfeeding her. Alhamdulillah

It is not an easy journey for me as I went through so many challenges and obstacles. Million thanks to my husband of cause for always supporting me!

Ok now the tips that I have been doing to increase my breastmilk supply.

1. Keep breastfeeding my daughter via direct feeding
I always offer my daughter to direct feeding when she with me. This totally help a lots. Tengah-tengah malam aku setiap kali dia nangis aku terus offer. Pastu setiap kali nak bagi dia minum aku cakap "meh susu" So sekarang bila aku cakap "nak susu?" mulut Airis dah siap nganga dah. hahaha. Tau je ea. Bab nak minum susu laju je budak tu..

2. Pumping on time
Bila kat office aku dah tetapkan masa, 2 kali wajib pam susu. Dulu 3 kali tapi sebab sekarang susu dah kurang, aku pam 2 kali je. Pukul 1 dan pukul 4.30ptg. Jadi bila aku konsistenkan pam macam ni, kalau terlambat sikit breast aku dah penuh dah. Alhamdulillah. Happy lah aku sebab pernah dulu breast aku sepanjang hari takde susu tau. Bila breast penuh hati ni macam berbunga-bunga.. Alhamdulillah rezeki Airis Humaira ni. Ni la perasaan mak mak ye.. lagi seronok tengok rezeki anak dari rezeki sendiri.

3. Minum banyak susu + kurma dan air
Aku sekarang selalu pastikan kat dalam fridge rumah aku tu sentiasa ada fresh milk. Ada orang petua blend kurma dengan fresh milk, aku pernahlah buat 2-3 kali. Wui sedap giler. Tapi disebabkan aku ni bukan lah rajin sangat dan nak cepat selalu aku selalu minum susu sambil gigit-gigit kurma 3-4 biji. Hurm best tau. Bagi aku berkesan la jugak sebab aku rasa lebih bertenaga gitew. hewhew.

4. Selalu positifkan minda
Kadang-kadang aku ni terlebih stress tau so perasan bila stress susu jadi kurang. Especially bila husband oncall hui stress taktau nak cerita. Bukan apa, nak kawal si Airis tu memang kadang-kadang tak sempat nak makan. Airis semakin membesar makin aktif dia. Memanjat merata. Nak berdukung je tak pun mesti nak aku ada sebelah dia je. Kalau hilang kejap hah startlah meraung. Memang stress sebab tak boleh buat apa-apa. Letih tahap z tau naik turun tangga sambil berdukung hukhuk Pergi kerja dengan rumah bersepah sobs sobs. Bila husband ada bolehlah dia melayan si Airis sementara aku nak mandi ke makan ke kemas rumah ke. Ha nampak tak stress aku kenapa.. Jadi susu macam drop bila aku stress. So aku dengan inisiatip aku yang tak berapa nak inisiatip pon ni, aku selalu cakap.. ok tak mau stress nanti susu kurang. Tak mau Takmau! Tarikkkk nafas.. hembusssssss.. hihi

5. Doa yang tak putus-putus
Ni lah yag menjadi sumber kekuatan aku yang teramat lemah ni. Aku doa banyak-banyak kat Allah. Ya Allah banyakkan susu untuk anakku minum sampai dia rasa kenyang ya Allah.. Doa doa dan terus berdoa. Alhamdulillah susu masih keluar hingga saat ini buat anak aku sorang tu. Alhamdulillah


Ni adalah antara usaha-usaha aku.. Lain orang lain usahanya, ada orang lagi power, bangun tengah malam buat power pumping which is very effective way to increase breastmilk supply tapi aku ni jenis yang susah sikit kalau tak cukup tidur, esok kompom melelong drive pergi kerja. maklumlah tiap-tiap hari pukul 5.30 pagi dah kena bangun untuk bersiap-siap. Pukul 6.30pagi dah keluar rumah ke pejabat memandangkan jarak rumah dengan pejabat hampir sejam perjalanan. Malam-malam pun selalu terjaga untuk susukan Airis jadi kalau ada kesempatan tidur aku pastikan aku tidur secukupnya masa waktu malam so esok takdelah mengantuk masa driving kan.

Apa pun goodluck all mommies out there! we can do it for our baby!! Fighting!!

My sweetheart!! My apple pie!!


Friday 4 September 2015

Breastfeeding journey 8 months old Airis Humaira

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Next week genaplah 8 bulan umur anak dara makcik sorang tu, hehe

Sekarang dah pandai duduk sendiri dah so agak senanglah kitorang nak bawak pergi makan kat kedai makan. Kalau sebelum ni hai punyalah susah nak makan, semua yang kita makan dia pun nak makan jugak. Tapi sekarang aku dah prepare siap-siap makanan dia. Sambil kitorang makan kitorang suapkan dia dengan makanan dia. Haa barulah dia rasa adil dan saksama. hehehe

Sekarang new habit si konet tu adalah berjaga pukul 2-3 pagi sampailah kadang-kadang pukul 5 pagi baru tidur balik. Kalau bangun buat hal sendiri tak pe lah jugak, tapi kes budak sorang ni dia paksa aku bangun sekali. Dengan kuasa memanjat dia tu, dia panjat badan aku sambil gigit2 badan aku. Huaaaaaaa terpaksalah bangun. Aiii ikut hati rasa nak je gigit-gigit tangan kecik si konet tu.. grrrrr gerammmmm. Esoknya datang kerja apa lagi, aku dah macam zombie kampung pisang lah. Blur tak tau nak buat apa. Anak punya pasal layan je lah. huuuhuu



Sekarang Airis Humaira still fully breastfeeding. Susu aku dah berkurang sangat-sangat. Oleh sebab memikirkan kepentingan Airis memandangkan dia masih kecil dan perlukan susu untuk membesar mana cukup makan nasi je, kang pendek lagi kontot lah anak aku sebab tak de kalsium kan. eheh Jadi kami ambil tindakan drastik untuk belikan susu formula.

Disepanjang usaha aku nak kenalkan Airis Humaira dengan susu formula ni, aku masih breastfeed dia. Masih pump susu. Cuma kuantiti susu tak banyak, kami risau Airis tak kenyang.

Mula-mula kami beli formula sebab aku kena oncall jaga pintu masuk tapi stok susu takde langsung. Zeroo. Airis menangis lapar. So malam tu aku dengan suami pun pergi lah cari susu yang paling mahal. Cewwah konon-konon paling baguih la sebab paling mahal. haha. Kami beli Enfalac A+, harga Rm115 kut satu tin kecil. Balik-balik punya semangat bancuh, bagi kat Airis dia hisap sekali rasa pastu tak nak hisap. Puas paksa.. Lepas tu tutup mulut rapat. Haiyooooo

Esoknya, lepas dengar dari kawan-kawan aku, kebanyakannya kasi anak diorang susu anmum. Aku pun suruhlah suami belikan, dan Airis minum, Lepas beberapa jam naik rashes seluruh badan. Arggghh nooo. Aku terus bagi susu badan sampai hilang semua rashes.

Kami cuba lagi, bagi Enfalac biasa. Dia tak nak minum bila kami bagi tapi kat rumah pengasuh Airis minum, Few days lepas tu dia start muntah lepas minum susu Enfalac. Minum je muntah. Jadi kami kata memang tak sesuai. Aku belikan susu Lactogen sebab ada kawan ofic yang anaknya hanya minum susu lactogen tapi Airis muntah lepas menyusu. Kami stop kan dulu.

Kat pejabat aku ada sorang kakak nama Noorsuriani, Aku panggil dia Kaksu, Kaksu ni banyak susu Jadi aku mintak tolong kaksu jadi ibu susuan Airis. Tolong topup susu aku yang sikit tu. Dia setuju. Alhamdulillah.

Disebabkan kaksu masih ada baby yang 2 bulan lagi tua pada Airis jadi kami taknak bebankan dia nak bekalkan Airis dengan susu dia, nak buat stok untuk baby dia lagi so kami still cari alternatif susu formula untuk Airis. Suami kata apa kata kita ubah kepada susu kambing, jadi kami beli susu kambing Karihome, Airis tak nak langsung. sikit pun tak nak hisap. hukhukhuk. Tak putus asa lagi, Lepas bincang-bincang mungkin airis ni sesuai susu yang murah je, so kami belikan susu dutch lady, yup memang dia minum. Nak dekat dua minggu dia minum. lepas 2 minggu Airis start muntah lepas menyusu susu dutch lady. Aku dah try bagi dia duduk relax dulu lepas menyusu, tapi 30 minit lepas tu dia akan muntahkan balik semua. pastu baru ok. hukhukhuk. Bila minum susu badan ok je tak muntah pulak.

 Last sekali kami cuba susu frisolac, sekali minum, 10 minit lepas tu dia muntahkan balik semua. So kami decide kami stop kasi susu formula!! That is. Cukuplah. Anak ini adalah anak susu ibu. Dia tak nak susu formula.

Salah aku jugak, ada satu time period tu aku stop pump susu  atas beberapa sebab
1. breast pump aku rosak! kejap pump kejap berenti dan disebabkan suami aku beli madela pump tu kat amazon so taktau nak hantar servis kat mana. sobsobsob
2. sekeliling nipple aku kering, bila pump terus pecah dan berdarah. Bayangkanlah sakit dia macam mana. Aku macam trauma dan stopkan pump susu sementara.
3. Masa tu Airis baru discharge ward, masa time hari raya. Airis merengek nak kat aku je, taknak kat orang lain even suami aku jadi aku tak boleh nak pump susu langsung. Direct feeding pun dia hisap tak banyak sebab dia tak berapa sihat time tu.

Sekarang aku dah start pump susu balik. Susu pun dah makin banyak. Aku janji dengan diri aku, aku akan cuba sedaya mungkin untuk bekalkan Airis susu badan aku sebanyak mungkin.

Nanti next post aku citer usaha-usaha aku untuk banyakkan balik susu ea. Stay tuned. BYE