Thursday 21 November 2013

satu tahun

Assalamualaikum

Pantasnye masa berlalu. Dah hampir setahun dah aku berpijak kat atas bumi penang ni.. hehe. Alhamdulillah

Tiba2 hari ni rasa rindu pada kawan2, mungkin sebab kerja yang tak sudah, dengan preparation untuk audit datang..tak de sapa pulak nak diceritakan betapa peningnya otak aku so disinilah tempat aku luahkan. Hikhikhik

Hurm best sebenarnya kerja penguatkuasaan ni, ada part yang kena dengan jiwa aku. Contohnya, dulu kat hospital aku tak suka sangat2 kalau kena kaunseling patient sebab aku tak suka cakap banyak2 dengan orang yang aku tak biasa tapi bila kerja bidang penguatkuasaan ni bos aku letak aku kat bahagian pintu masuk. Nahh ambik ko. Duduk je sorang2 menghadap pc buat kerja2 penapisan barang. Memang boleh bilang lah berapa patah perkataan yang aku keluarkan seminggu. hihi

Lepas tu kerja penguatkuasaan ni best sebab takdak oncall. Kihkihkih. Disebabkan nama aku mmg paling glamer dulu asyik naik banyak je dalam roster oncall so aku tersangatlah bersyukur bila dah start kerja bidang penguatkuasa ni, dah tak dak oncall. Part tak best nyer, banyak kursus lah pulak..kalau banyak kurus ok jugak hakhak.

Bidang penguatkuasa ni especially jaga pintu masuk dia tak banyak guna tenaga tapi banyak guna otak. Contoh, hari ni punya kes..

(Antibiotik dan ubat kategori B)

kalau ikut undang-undang antibiotik dan list B poison kena ada prescription doktor jika personal item, dan memerlukan lesen A kalau dibawa masuk oleh company.. Tapi kes ni, prescription xde, lesen A tak de.. Item sangat banyak tapi kuantiti setiap item sikit. (x faham kan.. xpe, x payah faham biar aku je faham. haha) 
jadi tugas aku pikirlah apa nak buat. Buku akta sentiasa kena ada atas atau bawah meja. huhu. 

Sepanjang aku kerja kat sini, whatsapp lah salah satu talian hayat aku. hahaha. Kalau memang dah blur giler nak buat keputusan. Terus send gambar kat bos then tnya apa yang perlu aku buat. kalau bos memang busy tak reply tuh, dengan tak da belas kasihan aku rampas je dulu lepas tu pandai2 lah customer ni kemukakan surat rayuan kat bos aku. mihmihmih

Lagi apa best kat sini, best sebab senang nak dapat cuti. haha. Dulu masa kat hospital ingat lagi, ayah aku sakit jadi aku memang dah terketaq-ketaq nak balik kedah nih, sekali bos aku kata tak boleh! sebab tak apply sekurang-kurangnya 2 minggu awal. Grrrr! kalaulah aku nih ahli nujum boleh tau bila ayah aku nak sakit ok jugak.. huhu.. Tapi kat sini, asalkan ada orang nak gantikan kerja ko dan cuti ko masih berbaki insyaAllah cuti lulus.. hihi.. Heaven kan?? kihkih

Saje aku tulis semua yang best kerja penguatkuasa ni sebab hari ni serabut banyak kerja, pastu rindu nak balik kerja hospital. Bila tulis macam ni barulah rasa bersyukur sikit Allah bagi aku kerja nih. Alhamdulillah..

Dan nanti mana tau kalau kena tranfer masuk hospital balik bolehlah aku baca balik yang aku tulis nih, hikhik. memang heaven kerja kat sini tapi kalau dah kahwin mestilah kena ikut titah perintah suami sebab heaven aku dah kat bawah kaki en suami dah masa tuh.. gulp takut tiba2. huhuhu. okey dah2 stop pikir jauh2!!! 

Next, Apa yang tak best kat sini... Huuuu kat sini dah tak dak kawan2 macam dulu... T_T Kalau dulu ada geng tengok bola, geng tengok citer korea, geng shopping, geng tengok wayang, ada group usrah.. sekarang dah takdak geng.. Sedih ngat aih.. kihkih

Jum nak share gambar2 ngn geng2 aku.. Rinduuuuuuu

Ni kitorang spend night kat grand lexis PD. Ala2 bachelorette party lah konon sebab ainul nak kahwin, sekarang dah nak bersalin dah dia.. cepatnyer masa berlalu

Ni gi jalan2 kat I-City. Aduhai macam budak2 semua

Izzzati. Salah sorang kawan baik aku dulu sampailah sekarang, hp aku mmg penuh dengan msg dia je. haha

Aiman. Antara yang paling rapat dengan aku, dia je yang boleh cakap utara dengan aku kat seremban dulu. hehe



Kat penang pun aku ada kawan2. Antara kawan2 yang terawal yang aku ada.. 

Farhana dan Kakzira. Sorang tu dah aku anggap macam kakak sendiri, dan lagi sorang aku anggap macam adik sendiri. Diorang lah housemate aku masa mula2 aku dtg penang.

haih sudah2! Stop feeling-feeling  petang2 nih. Apapun hidup perlu diteruskan. kerja perlu disiapkan. Hahaha. Dah hilang semua serabut2, jum sambung buat kerja. semangat2!!!


Wednesday 20 November 2013

PESAN-PESAN PADA HATI

Assalamualaikum

Hari ni nak pesan-pesan pada hati. Hati siapa? hati kite laa :)

Nak pesan.. pilih lah untuk bahagia..

Nak share kata2 ni.. ~ dari akuislam


Pilihlah untuk bahagia
kadang-kadang bila hati terluka, its hard for you to forgive apatah lagi to forget.

Believe me, once kita pilih untuk bahagia forgive and forget dua-dua kena ada. Ye, mungkin payah but at the end awak sendiri yang akan bahagia.


Hidup awak, pilihan awak.


Pilihlah untuk bahagia, kenapa perlu cipta duka? kasih sayang itu tak pernah pudar.


Sayang orang lain macam mana awak sayang diri awak. Macam mana awak taknak diri awak terluka, please jangan lukakan hati orang lain. 


Khas untuk bidadari syurga, moga sedikit sebanyak membantu kamu kembali senyum.


Allah loves you!




Haa terasa terhentuk tak kepala sendiri.. Tak terasa? Aku je terasa.. hikhik

So mulai hari ni, jum kita menjaga hati orang lain agar hati kita terjaga insyaAllah. Mulakan dengan menjaga hati orang tua kita. kemudian kawan2 kita, orang2 sekeling kita. Kan rasulullah ada pesan "Hurt no one so that no one will hurt you"

Tak mengapa orang lain tak nak jaga perasaan kita. Allah ada tolong jagakan hati kita. Mungkin itu didikan terus dari Allah agar kita menjadi orang yang sabar.




Jika tidak ada orang yang melakukan kesalahan kepada kita, mana mungkin kita mendapat pahala sabar? 

Jika tiada orang yang bersalah dengan kita, kita yang rugi.. kerana tidak berpeluang mendapat pahala memaafkan, sedangkan sabar dan memaafkan itu sangat besar pahala serta nilainya di sisi Allah 

~Ustaz Pahrol Mohd Juoi



Kadang2 terbabas juga kan.. termarah juga.. sebab kita manusia biasa. Istighfar lah, betulkan kesilapan dengan harapan orang tersebut dapat memaafkan.

Pesan-pesan pada hati tabahlah

Pesan-pesan pada hati sabarlah :)






Friday 8 November 2013

Getting Stronger

Assalamualaikum

Alhamdulillah ya Allah, tiap2 kali ujian datang melanda, hambamu ini sentiasa terasa Engkau ada memeluk aku agar menjadi lebih kuat.

Aku menjadi semakin yakin akan takdir Mu

Aku menjadi semakin matang untuk membuat keputusan

Aku menjadi semakin yakin dengan apa yang aku lakukan

Biar pun hati ini hancur luluh, segalanya terubat dengan hanya selepas bersujud hina di hadapan Mu

Benarlah diri ini terlalu kerdil untuk menghadapi segalanya bersendirian

Benarlah diri ini terlalu lemah untuk berdiri andai tiada kekuatan dariMu ya Allah

Bantulah daku untuk terus berjalan..

Tentukan lah yang terbaik buatku, bantulah aku untuk berlapang dada melepaskan sesuatu yang bukan Engkau takdirkan buat diriku.

Bantulah aku untuk memaafkan, redha, dan melupakan setiap apa yang berlaku

Allahumma Yassir Wa La Tua'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir.


Wednesday 6 November 2013

Perbezaan itu Indah

Assalamualaikum

Fuhh awal pagi dah update blog, sementara tunggu barang nak masuk meh aku keluarkan apa yang bermain kat otak aku ni.. hehe

Semalaman aku berfikir.. Kenapa manusia itu diciptakan berbeza.. Berbeza dari banyak segi pulak tu, kelakuan, pemikiran, persepsi..etc.. rupa paras dikecualikan laa.. Kang semua muka sama susah pulak aku nak kenal mana satu mak aku mana satu bukan.. hikhikhik

Setiap yang Allah ciptakan itu pasti ada hikmahnya.. Kan.. Setelah berpikir.. pikir.. dan pikir.. (Ceh, takde la byk sgt pikir pon..hehe) Sebenarnya perbezaan itu indah. Dengan perbezaan lah seseorang itu dapat belajar untuk saling mengenali, saling memahami, dan saling bertolak ansur.

Kalau semua orang sentiasa sama je pendapatnya, mana mungkin lahirnya idea2 yang hebat.. Mana mungkin dunia ini akan berkembang dan menjadi harmoni.

Contoh terdekat, Mak dan ayah aku, kakak dan abang ipar aku.. dan seangkatan dengannya la. Sudah semestinya mereka mempunyai cara berpikir yang berbeza, tapi cara mereka menguruskan perbezaan itu membuatkan kehidupan menjadi indah. Cara menguruskan anak misalnya, kakak aku sangat garang ala2 Lion King (ampunnn kakya.. hehehe) tapi abang ipar aku sangat lah baik hati dengan anak2 dia.. Lalu kombinasi itu membuatkan keadaan menjadi sempurna..

Jangan lah terlalu mencari perbezaan sampai lupa akan titik persamaaan. Bila kita sudah pandai uruskan perbezaan secara tidak langsung kita akan belajar untuk menjadi lebih matang, lebih sabar dan lebih positif. Barulah tiada konflik. Aku dah macam orang tua2 pulak nih.. hikhik.. taye muda lagi laa..

persamaannyer, mestilaa muka diorang. Ni mesti tukar2 uniform je nih.. hehehe

Syukur, thanks to someone that makes me think about this. InsyaAllah saya akan terus belajar dan belajar..

Benar hidup ini indah sebenarnya. terima kasih ya Allah :)


Monday 4 November 2013

Little Angel

Assalamualaikum

Wah-wah cepatnyer masa berlalu, dah bulan November dah..

Statement diatas takde kena mengena pun dengan post hari ni.. hehe. hari ni cerita pasal this little angel

helo everyone, nama caye Rania. Panggil kite Nia okey ^_^

Haa super cute kan si Nia ni.. Cute tahap infiniti kut O_o

Macam mana aku berkenalan dengan budak cute ni? Nak jadi citer semalam aku menghadiri majlis kenduri bos aku kat Perak, Carpool la reramai, Sepupu Nia ni angkut sekali dia.. hehhe

Mula2 tengok kawan aku gengdong si Nia ke arah keta.. expectation aku.. huish biar betol nak bawak budak kecik ni skali. Dah la jauh perjalanan ni, Dan semestinya cuaca panas kat rumah kenduri nanti lagi.. Boleh ke ni baby ni bertahan. Kalau menangis, merengek camner nih.. Mak dia kasi plak kawan aku ni angkut skali...hoho. Tulah yang aku pikir.. 

Tapi expectation aku merudum dan meleset 110%. Baiknya budak ni MashaAllah. Langsung tak menangis. Cakap banyak lagi adalah.. Cakap cara dia laa.. Kang cakap betul2 masuk newspaper plak baby 8 bulan blh bercakap.. hikhik. Lagi best nak bagi dia tidur pun senang, bagi susu.. zikir sikit.. tepuk2.. terus tido.. 

Aku sebagai co-pilot dalam perjalanan semalam pun mengambil alih menjaga Nia, hehe.. Syok la jaga budak yang tak banyak songeh camnih.. Rasa macam nak ambik jadi anak angkat plak tapi bila pikir balik anak kucing sekor pun nak jaga tak lepas lagi, ni plak anak orang. Harapan je la.. haha

So apa yang menarik pasal Si Nia ni, Mak dia dah tinggalkan dia sejak dia beberapa bulan je. Jadi Maklong dia iaitu mak kawan aku yang menjaga dia. Kesian kan... =(

Semalam otak aku tak boleh nak digest, kenapa mak dia sanggup tinggalkan dia macam tu je. Dah la comel2 camnih.. Isk2 sumpah tak faham. Disebabkan tahap tidak faham aku dah macam waktu aku belajar statistic time kat universiti dulu, aku mengambil keputusan untuk buat2 faham.. Ni mesti Mak dia ada sebab yang kukuh untuk tinggalkan dia. Mana tahu dari jauh mak dia tak pernah putus2 setiap saat doakan kesejahteraan Nia, Setiap saat mungkin mak dia sedang rindukan Nia.. Kan? Kan? :)


Tidurlah sayang, Usah gusar Allah sentiasa bersama mu

Untuk Nia..

Tak perlu sedih sayang.. Biarpun dikau tiada insan bergelar ibu disisi, yakinlah Allah sentiasa bersamamu.. setiap saat.. setiap masa..

Hati ini sudah terpaut saat pertama kali bertemu dengan mu, sudah mampu menyayangimu walau kali pertama bertemu..

Jadi sudah pasti insan2 lain yang sentiasa mendampingi mu jua pasti terpaut padamu.. Jelas kasih sayang itu sentiasa Allah salurkan buatmu biarpun bukan dari insan bergelar ibu..

Teruslah membesar menjadi insan yang sentiasa takutkan tuhan. 

Teruslah berjalan dalam kebenaran dalam dunia yang mencabar ini sayang..

Andai suatu hari nanti dikau bertemu dengan ibumu, usah di benci dia kerana dia tetap ibu yang bersusah mengandung dan melahirkanmu..

Tapi ambillah pengajaran, suatu hari nanti saat dikau bergelar ibu.. sayangilah anak-anakmu..

kakak sentiasa doakan Nia dari jauh.. (Kakak kot.. taknak mengaku makcik! kihkih)


Ambil lah pengajaran, bersyukurlah andai kita masih mempunyai ibu..

Entah bila pulak boleh berjumpa Nia. Semoga kita berjumpa lagi.. Nanti mana tau kot2 leh buat menantu ker (tuu menyempat lagii.. hahahha)