Monday 4 November 2013

Little Angel

Assalamualaikum

Wah-wah cepatnyer masa berlalu, dah bulan November dah..

Statement diatas takde kena mengena pun dengan post hari ni.. hehe. hari ni cerita pasal this little angel

helo everyone, nama caye Rania. Panggil kite Nia okey ^_^

Haa super cute kan si Nia ni.. Cute tahap infiniti kut O_o

Macam mana aku berkenalan dengan budak cute ni? Nak jadi citer semalam aku menghadiri majlis kenduri bos aku kat Perak, Carpool la reramai, Sepupu Nia ni angkut sekali dia.. hehhe

Mula2 tengok kawan aku gengdong si Nia ke arah keta.. expectation aku.. huish biar betol nak bawak budak kecik ni skali. Dah la jauh perjalanan ni, Dan semestinya cuaca panas kat rumah kenduri nanti lagi.. Boleh ke ni baby ni bertahan. Kalau menangis, merengek camner nih.. Mak dia kasi plak kawan aku ni angkut skali...hoho. Tulah yang aku pikir.. 

Tapi expectation aku merudum dan meleset 110%. Baiknya budak ni MashaAllah. Langsung tak menangis. Cakap banyak lagi adalah.. Cakap cara dia laa.. Kang cakap betul2 masuk newspaper plak baby 8 bulan blh bercakap.. hikhik. Lagi best nak bagi dia tidur pun senang, bagi susu.. zikir sikit.. tepuk2.. terus tido.. 

Aku sebagai co-pilot dalam perjalanan semalam pun mengambil alih menjaga Nia, hehe.. Syok la jaga budak yang tak banyak songeh camnih.. Rasa macam nak ambik jadi anak angkat plak tapi bila pikir balik anak kucing sekor pun nak jaga tak lepas lagi, ni plak anak orang. Harapan je la.. haha

So apa yang menarik pasal Si Nia ni, Mak dia dah tinggalkan dia sejak dia beberapa bulan je. Jadi Maklong dia iaitu mak kawan aku yang menjaga dia. Kesian kan... =(

Semalam otak aku tak boleh nak digest, kenapa mak dia sanggup tinggalkan dia macam tu je. Dah la comel2 camnih.. Isk2 sumpah tak faham. Disebabkan tahap tidak faham aku dah macam waktu aku belajar statistic time kat universiti dulu, aku mengambil keputusan untuk buat2 faham.. Ni mesti Mak dia ada sebab yang kukuh untuk tinggalkan dia. Mana tahu dari jauh mak dia tak pernah putus2 setiap saat doakan kesejahteraan Nia, Setiap saat mungkin mak dia sedang rindukan Nia.. Kan? Kan? :)


Tidurlah sayang, Usah gusar Allah sentiasa bersama mu

Untuk Nia..

Tak perlu sedih sayang.. Biarpun dikau tiada insan bergelar ibu disisi, yakinlah Allah sentiasa bersamamu.. setiap saat.. setiap masa..

Hati ini sudah terpaut saat pertama kali bertemu dengan mu, sudah mampu menyayangimu walau kali pertama bertemu..

Jadi sudah pasti insan2 lain yang sentiasa mendampingi mu jua pasti terpaut padamu.. Jelas kasih sayang itu sentiasa Allah salurkan buatmu biarpun bukan dari insan bergelar ibu..

Teruslah membesar menjadi insan yang sentiasa takutkan tuhan. 

Teruslah berjalan dalam kebenaran dalam dunia yang mencabar ini sayang..

Andai suatu hari nanti dikau bertemu dengan ibumu, usah di benci dia kerana dia tetap ibu yang bersusah mengandung dan melahirkanmu..

Tapi ambillah pengajaran, suatu hari nanti saat dikau bergelar ibu.. sayangilah anak-anakmu..

kakak sentiasa doakan Nia dari jauh.. (Kakak kot.. taknak mengaku makcik! kihkih)


Ambil lah pengajaran, bersyukurlah andai kita masih mempunyai ibu..

Entah bila pulak boleh berjumpa Nia. Semoga kita berjumpa lagi.. Nanti mana tau kot2 leh buat menantu ker (tuu menyempat lagii.. hahahha)


No comments:

Post a Comment