Wednesday 23 October 2013

STRUGGLE... bila hanya Dia yang tahu

Manusia.. mana pernah lari dari masalah

Ni kata2 yang aku ambik dari dalam fb tau.. entah sapa penulis dia. Tapi setiap kata2 dia buat hati ni tersentuh, sebab kadang-kadang ada masalah yang kita hadapi terpaksa kita diamkan.

Hati memberontak, tapi wajah perlu dimaniskan demi menjaga hati semua orang. habis siapa yang tahu, siapa yang mengerti hati yang terluka itu.. siapa lagi.. mestilah sang pemiliknya.. Allah SWT

Struggle

A struggle is when only Allah knows all about it

A struggle is when you cant even say it out to others

A struggle is when no word could describe

A struggle is when only Allah able to provide u the strength

A struggle is when the eyes is full with tears during sujood

A struggle is when you fighting hard with your nafs and with your desire

A struggle is when you know every bits of these is for Allah alone

Bak kata, 'sederhanaindah' ~teruskan tersenyum dan sembunyikan duka dari manusia. tunduk berdoa dan menangislah cuma di hadapan Allah.

Kerana hanya Dia maha Mengerti :)

Monday 14 October 2013

HARI ARAFAH

Assalamualaikum

Sihat ye semua? Hari ni 14 oktober 2013 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1434H.

Apa yang special nye hari ni ialah, hari ni adalah hari wukuf di Arafah bagi yang menunaikan ibadah haji. Jadi kita namakan hari arafah.

Hari ni umat islam disunatkan berpuasa, dan besar ganjaranya.. Bagi kaum wanita yng uzur dan tidak dapat berpuasa tu jangan sedih2.. Ingat Allah tu Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.. Dia tahu awak tu nak puasa sebenarnya tapi tak berpeluang jadi banyakkan lah berdoa pada hari ini.

Waktu wukuf di Malaysia dijangka jatuh pada waktu 5.10pm-8.30pm, time hujung nak berbuka dan waktu berbuka serta lepas berbuka. Waktu ni mustajab doa. So jangan la lepaskan peluang ni. Doa banyak2 insyaAllah.


ini adalah doa yang dibaca oleh jemaah haji pada hari arafah

DOA ARAFAH
(Dalam Bahasa Melayu)

Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.


Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.


Ya Allah! Bah
awasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya. 

Aamin Ya Rabbal Alamin

*crying... so deep and meningful.. 


Subhanallah.. Jum ingatkan orang tersayang betapa hebatnya hari ini agar kita sama2 dapat manfaatnya =)

Wednesday 9 October 2013

THERE IS A LIMIT

Assalamualaikum

Orang kata jangan update blog ketika hati sedang marah, terluka mahupun sedih sebab penulisan kita akan membawa aura negative kepada pembaca, tapi disebabkan aku pasti berapa kerat je yang terbuka dan terbaca penulisan aku so aku ignore la kata2 tersebut.. kihkih (mohon ampunn buat yang terbaca post ni.. sila ambik yang positive buang yang negative)

Beberapa hari ni aku berhadapan masalah komunikasi dengan seorang hamba Allah. Aku dah cuba sedaya upaya nak baikkan keadaan tapi haihh.. kenapa lah susah sangat.

Sabar itu ada limitnya, mungkin jika tiada jalan keluar berdiam diri itulah yang terbaik. Biar masa jadi pengubat. Tak usah di pujuk lagi hati itu. Dan mungkin aku bukan lah teman yang terbaik buat dia. Aku doakan Allah temukan dia dgn teman yang lg baik dari aku jika begitu pengakhirannya.

Hati ini terlalu fragile sebenarnya, kadang2 bila dah terlalu terluka susah lagi hendak sembuhkan. Kena cepat2 dapatkan antibiotik untuk elakkan sepsis (jangkitan kuman dlm sistem darah). Antibiotik aku adalah doa agar kuat.

Allah.. lemah nye hamba ini.. ase letih dah Ya Allah.. teruknye la diri ini.. sikit je dugaan yang Kau hantar dah jadi lembik camni.. ampunkan aku.. Kau tentukan kan lah yang tebaik ya Allah..

Cukuplah kut sampai sini dulu

Buat apa nak sedih.. Allah kan ade :)



Tuesday 8 October 2013

SAYANG. Nak 2 kilo blh?!

Assalamualaikum

Kalau la boleh boleh ukur rasa sayang.. boleh sekat rasa sayang.. boleh beli rasa sayang.. sekarang jugak aku nak gi ukur.. berapa kilo hari ni? So aku boleh buat keputusan esok nak maintain ke nak reduce or increase rasa sayang tu.. Haaa canggih betol kan. Huahaha

Bila tiba hari yang geram tu cepat2 je, kurangkan laa rasa sayang ni. Buang 10 kilo biar tinggal 2 kilo je buat benih, kihkihkih

Tapi bila pikir.. pikir.. dan pikir..Andai la sayang tu boleh di ukur, di sekat, di beli.. rasa-rasa manusia akan kurang terluka.. atau mungkin lebih terluka?? Hurm...

Jum ber imiginasi..


Situasi  1

Cik Tipah: sekejap2 bang.. sebelum pergi kerja. Nak timbang dulu “sayang” abang dekat ayang berapa kilo hari ni..

Abg Din: ok cepat2, dah lambat ni..

Cik Tipah: Ok siap.. ok “sayang” abang pagi ni kat ayang 56 kilo.. eh.. eh.. sama dgn berat ayang la! Ni nak kena tambah berat badan ni..kihkih. Balik kerja nanti berat “sayang” abg pada ayang kena maintain ok, kalau nak tambah lagi pun xpe J

Abg Din: ok ayang, don’t worry..  “sayang” abang lagi berat sebenarnya tp sebab kecik hati semalam ayang  lambat reply msg abang tu yang turun sikit berat tu.. oklah dah lewat pegi keja. bye2..

Cik Tipah: ok nanti ayang reply cepat2. Bye2...


Hohoho.. ye ke macam ni??!

Tapi manusia ni mana ada yang sempurna..


Real situation maybe cik tipah mungkin akan kata: hah??? 56 kilo je???? Banyak ni je abg sayang ayg.. smp hati.. Ayang ingat berat sampai penimbang rosak.. ke abg ada labur berat “sayang” tu kat orang lain???


Yer.. itu lah jadinya mungkin.. hakhakhak

So itulah hikmahnya sayang tak boleh di ukur2 aku rasa..

Cuma di sebabkan aku ni suka berimiginasi atau dalam kata lain suka berangan. Imiginasi aku.. kalau lah sayang  tu boleh dikontrol-sekontrolnya.. ada butang move, pause, stop, previous.. fuhhh syoknya hidup. Hari ni my command to my heart is to pause the love for 24 hours! kihkihkih

Ok lah dah mengarut dah.. Bak kata seorang kenalan..

Pada Allah lah kita memohon sebab Dialah pemilik hati.. Biar sayang dan rindu itu hadir pada waktu yang tepat. Hilang bila tiada perlu. Bertambah buat yang perlu.

Tetiba ada orang cakap macam ni..
Nah Ambikk Ko!! Dushhh x_x

Errk.. Baik.. Baik.. Saya cuba InsyaAllah.. (Sambil garu2 kepala, hidung, dagu serta gigi yang tak gatal)



Sekian salam sayang.. muahhh

Thursday 3 October 2013

heavy raining inside my heart

Assalamualaikum

Hai hati ni, asyik nak sedih je beberapa hari ni. Takpe lah mungkin dah selalu sangat gembira Allah bagi la sedih sikit. Moga andai ada insan terluka disebabkan aku dapat memaafkan segala silap yang aku lakukan.. huuuuuuuu T_T

Hari ni nak berkongsi satu buku ni, macam biasa lah daripada pengarang favourite aku.. prof Muhd Kamil.. heehee

Benar.. Dia Maha Mendengar

Susunan ayat yang mudah dan menusuk terus ke hati, terasa ikhlasnya hati penulis menceritakan pengalaman diri beliau. Saat-saat sedih kalau baca ni mau air mata turun macam hujan taknak henti-henti, siap ada guruh dan petir la.. huhu

Yang pasti apa yang nak disampaikan dalam buku ini adalah Allah itu Maha Mendengar..
Hadapilah setiap ujian dengan sabar dan solat. Baik bagi kita, belum tentu terbaik di sisi Allah.

Allah.. terasa lemah jantung ni.. sedih.. Ampuni kami Ya Allah..


Wednesday 2 October 2013

Nota Hati Bakal Isteri

Assalamualaikum

Sihat iman hari ni?? hee

hari ni terbaca blog iluvislam.com. Tercuit hati nak share di blog sendiri. Nota hati buat bakal2 isteri.

Sungguh bukan mudah nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri, Ye la nak hidup dengan orang asing yang kita baru kenal. Dengan latar belakang yang berbeza, dibesarkan dengan suasana yang berbeza, pemikiran berbeza, kehendak dan cara hidup yang mungkin berbeza.

Tapi tak usah gusar sangat lah, Jodoh kan aturan Allah.. Dah comei sangat dah Allah atur. Dah sampai masa tepat, pasti Allah temukan kita dengan si dia. Dan bila ditemukan oleh Allah itu, bermakna dia lah terbaik buat kita. Bak kata ustazah Fatimah Syarha, usah terlalu mencari tapi perlu menjadi. Jadi apa.. Haa jum muhasabah tengok, boleh dak jadi yang di bawah ni..

Wahai Diri..

Adakah keperibadian seperti diriku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami?

Adakah karekter sepeti diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai isteri yang dipimpin?

Mampukah aku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu satu kelemahannnya?

Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?

Mampukah diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suami setulusnya?

Kelak adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?

Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka dengan ku?


Gulp! Telan air liur 2 timba. huhu.. Tak mudah kan.. Ye memang.. sebab..

Syurga itu mahal harganya


Takpe.. Takpe jangan susah hati..
Sementara ada masa ni sebelum bergelar isteri jum tambah ilmu di dada..

Ingat.. Allah pandang dan nilai usaha hamba Nya.

Allahumma ya sir wa'la tu assir,  Rabbi tammim bil khoir.



Tuesday 1 October 2013

Tuhan itu Dekat

Assalamualaikum

Pernah x rasa sedih.. mesti la pernah? hikhik

Kadang2 kalau kita perasan, bila kita terlalu selesa dengan kehidupan kita.. Bila tiba2 rasa cinta pada makhluk menghilangkan kusyuk solat kita.. Bila kesibukan kerja menyebabkan kita lupa untuk membaca ayat2 Allah.. Bila nyenyaknya tidur kita melambatkan subuh kita setiap pagi..

Dan tiba-tiba...

Suatu hari orang kita sayang menyakiti hati kita.. tiba2 tidur nyenyak kita terganggu dengan batuk berpanjangan.. tiba2 kesibukan kerja kita terganggu dengan masalah berpanjangan.. Keluarlah perkataan Stress.. Sedih.. Aduhai kenapa begini..

Sebenarnya Allah sedang menyentuh lembut kita.. Duhai hati.. kenapa mesti jauh dari tuhan mu..

Tak usah mengeluh dan berkeluh kesah sendirian.

Kembali pada tuhan

Wahai diri yang sentiasa lupa!

Hidup ini semntara, tak usah menyinta yang belum pasti melebehi segalanya..

Usah mengharap kepada yang belum pasti.

Persiapkan diri.. Pasti kau terasa mahalnya dirimu.

Bila terasa sedih tu, dan tersedar bahawa Allah menyentuh mu.. Teruslah bersyukur.. Allah.. Engkaulah pemilik hati ini.. Jagalah hati ini Ya Allah.. kerana aku tak mampu menjaganya.. seringkali daku campakkan ke tempat yang salah.

wanna share something with you guys


Haa sweetkan.. kalau nak anak yang solehah.. Nak menantu solehah.. so Jum lah cuba2 solehah kan diri.. InsyaAllah.. Moga Allah mudahkan.. Amin...