Tuesday 1 October 2013

Tuhan itu Dekat

Assalamualaikum

Pernah x rasa sedih.. mesti la pernah? hikhik

Kadang2 kalau kita perasan, bila kita terlalu selesa dengan kehidupan kita.. Bila tiba2 rasa cinta pada makhluk menghilangkan kusyuk solat kita.. Bila kesibukan kerja menyebabkan kita lupa untuk membaca ayat2 Allah.. Bila nyenyaknya tidur kita melambatkan subuh kita setiap pagi..

Dan tiba-tiba...

Suatu hari orang kita sayang menyakiti hati kita.. tiba2 tidur nyenyak kita terganggu dengan batuk berpanjangan.. tiba2 kesibukan kerja kita terganggu dengan masalah berpanjangan.. Keluarlah perkataan Stress.. Sedih.. Aduhai kenapa begini..

Sebenarnya Allah sedang menyentuh lembut kita.. Duhai hati.. kenapa mesti jauh dari tuhan mu..

Tak usah mengeluh dan berkeluh kesah sendirian.

Kembali pada tuhan

Wahai diri yang sentiasa lupa!

Hidup ini semntara, tak usah menyinta yang belum pasti melebehi segalanya..

Usah mengharap kepada yang belum pasti.

Persiapkan diri.. Pasti kau terasa mahalnya dirimu.

Bila terasa sedih tu, dan tersedar bahawa Allah menyentuh mu.. Teruslah bersyukur.. Allah.. Engkaulah pemilik hati ini.. Jagalah hati ini Ya Allah.. kerana aku tak mampu menjaganya.. seringkali daku campakkan ke tempat yang salah.

wanna share something with you guys


Haa sweetkan.. kalau nak anak yang solehah.. Nak menantu solehah.. so Jum lah cuba2 solehah kan diri.. InsyaAllah.. Moga Allah mudahkan.. Amin...

No comments:

Post a Comment