Wednesday 25 September 2013

My Sweetheart

Assalamualaikum

Macam  yang aku janjikan post yang lepas, aku nak cerita pasal aku pegi melawat anak2 sedara aku kan..

Lepas balik kerja semalam aku pun berangkat la ke rumah mak mertua abang aku dekat bayan lepas penang, dekat je dengan tempat kerja aku ~20minit.

Jumpa la budak2 ni..

 Umar Wafi dan Iman Hasya

Ummi diorang iaitu kakak ipar aku ke Jepun 2 minggu untuk settlekan hal2 pHD dia, abang aku pulak kerja di Shah Alam so tinggalkan lah dua beradik ni kat rumah nenek diorang kat sini.. Cian ngat.. Si adik demam panas baru je sihat.. mungkin rindu sangat kat ummi dia.. hukhuk

Untuk merubat hati budak2 comel nih.. aunty diorg yang sweet ni pun bawakkan diorg hadiah.. hikhikhik

Taadaaa~~~ 



Dah shopping time hujung2 bulan so dapat beli ni je la.. bujet tak cukup nak beli  yang Barbie dolls dan robot2 hebat nyer set.. isk3.. doakan makteh kaya ye sayang2 sekalian, nnt makteh beli hadiah lagi besor.. hehe

Haa dan beli ni jugak..


Hasya suka pinky2 things macam princess.  Tu yang aku suka tu.. Shopping barang2 pink memang kesukaan aku ler.. hikhik

Umar punya tak kisah la sebab boy,  asalkan bukan warna pink semua jalan. hehehe

Walaupun dapat jumpa kejap je tapi rasa happy sgt sebab dua2 dah sihat dan happy.. Tak mo sedih2 okey sampai ummi balik Malaysia.. budak baik takleh sedih lama2.. muahhh from makteh

xoxo


Tuesday 24 September 2013

ARGHH SMK MAKE ME FEEL SICK

Tau tak SMK tu ape? Bukan Sekolah Menengah Kebangsaan ye.. tapi Sistem Maklumat Kastam.

Sistem ni untuk lepaskan barang2 yang masuk ke dalam Malaysia. Kira tapisan kastam la. Disebabkan aku ni jaga bahagian farmasi kat bangunan kastam ni so aku pun perlu la menggunakan system ni untuk lepaskan barang yang berkaitan dengan farmasi.. ubat.. kosmetik.. chemical.. etc..




Aduhai siapa la cipta benda alah ni.. Masalah utama dia adalah bila banyak barang yang tak di register dengan betul  tak dapat di detect bila nak lepaskan barang. (mesti korg tak faham kan.. huuu) Senang citer  bebanan kerja semakin bertambah.. Ase nak nangis je datang kerja sekarang.. Tiap2 hari menghadap pc sampai nak keluar biji mata.. hukhuk

Agen2 pun turut merungut dan confius.. Aku? Double triple confius O_o

Tapi takpe la.. bila lagi nak bersusah payah membanting tulang mencari sesuap nasi kan.. over! Ngehngeh


By the way nak share gambar ni.. hari tu pergi melawat anak kawan aku, Adam Darwisy nama dia. Nama comei macam tuan. Hihi.  amacam ada gaya2 macam ibu mithali x???  mihmihmih

Baby nanges.. tak pandai pegang.. hehhe.. cowwy baby..


Petang ni aku nak pi ziarah anak2 sedara aku pulak.. nanti aku citer kat sini ye.. k lah tu je.. nak sambung menghadap SMK.. huuuu x_x 

Monday 23 September 2013

kisah hati caye

Fuhh.. dah lama tak menulis, tiba2 je nak tulis pasal cinta2 plak.. ngehngeh

Nak buat macam mana jodoh dah sampai.. hikhik (gelak gatai.. dushh)

meh citer sikit la pasal tunang aku ni.. (heh, dah bertunang dah lepas raya hari tu.. 11/8/2013)
Nama dia Khairul, haih.. 8 bulan kenal tapi sampai sekarang rasa mcm tak kenal.. huhu
kitorg kenal pun dikenalkan oleh orang je walaupun aku ni sebenarnya manusia paling tak bersetuju sekali dengan arranged marriage ni, tapi nak buat macam mana kan dah takdir.. hehehe

Mula2 jumpa kat secret recipe. kihkihkih.. dalam hati.. erm.. skemanye mamat ni.. blh ke ni nak buat laki.. aku gelak sorang2 kot nnt.. asyik cakap pasal medical world je.. adoi caner ni.. hukhuk
tapi lama2 lepas berkenalan melalui msg, kenal family dia.. barulah bekenan di hati.. kuikui

Walaupun banyak makan hati dengan sikap dia mula2 mungkin sebab dia tak banyak bergaul dengan perempuan so dia tak tau cara nak ambil hati perempuan.. Ingat lagi dulu nak msg pun dia tnya, "ada apa?" kihkihkih.. tapi part bestnye dia ni kalau di tegur, akan bersungguh2 berubah. So aku pun rasa macam perasan la siket macam aku dah banyak merubah dia.. Daripada seorang yang dulu payah sgt nak dapat msg dari dia.. 2/3 hari sekali tapi sekarang tiap2 hari dan lebih caring gitew.. mihmihmih

Masa berlalu cepat sangat, 4 bulan pertama takda phone call. semua by msg je.. cakap call gerenti gagap. dua2 senyap.. dengar bunyi angin je kat talian.. hahaha.. tapi sekarang Alhamdulillah dah rasa chemistry tu, boleh la nak discuss pasal kahwin dalam phone.. rekod paling lama cakap phone dengan dia setakat ni 28minit.. hikhik

Tapi bila dating.. takde la dating berdua ye.. mesti mak dengan adik dia ikut sekali.. setakat 8 bulan kenal ni baru 4 kali keluar bersama.. Haa tu pun berteman lebih 2 orang okey.. Dan of couse la aku still malu.. muka takleh nak cover malu lagi bila berdepan.. mungkin sebab jarang jumpa.. tapi takpe, InsyaAllah lepas kawin ok kut.. InsyaAllah

So after 1 month lepas bertunang tarikh kawin ditetapkan 24 & 26 March 2014

Doakan semuanya berjalan lancar ye.. amin..

Nervous tahap z kuasa 56 bila pikir pasal kahwin.. takut la.. masak pun tak pandai gi nih.. hukhuk..


Tuesday 17 September 2013

Bila Dugaan Datang Menyapa

Duhai hati
kuatlah wahai si daging kecil,
mengumpul semangat melawan arus hidup ini

Duhai diri
tak usah mengeluh atas ketentuan Ilahi
mungkin Allah mahu menyentuh lembut hati
Yang sering kali lupa dan lalai sekali..

Duhai mata
Usah kau basahkan lagi pipinya
cukuplah untuk menghilang beban di dada
teruslah kering mengharung arus dunia

Duhai kaki
terus lah melangkah memijak bumi
tanpa takut pada dugaan menanti
langkahmu menjadi saksi
saksi kekuatan diri

Biarlah hanya Dia yang mengerti.. Biarlah hanya Dia yang memahami..

Moga dikuatkan hati dan diri..

Allah humma Yassir Wa' la Tuassir.. Rabbi Tammim bilkhoir.. aminnn