Monday 23 September 2013

kisah hati caye

Fuhh.. dah lama tak menulis, tiba2 je nak tulis pasal cinta2 plak.. ngehngeh

Nak buat macam mana jodoh dah sampai.. hikhik (gelak gatai.. dushh)

meh citer sikit la pasal tunang aku ni.. (heh, dah bertunang dah lepas raya hari tu.. 11/8/2013)
Nama dia Khairul, haih.. 8 bulan kenal tapi sampai sekarang rasa mcm tak kenal.. huhu
kitorg kenal pun dikenalkan oleh orang je walaupun aku ni sebenarnya manusia paling tak bersetuju sekali dengan arranged marriage ni, tapi nak buat macam mana kan dah takdir.. hehehe

Mula2 jumpa kat secret recipe. kihkihkih.. dalam hati.. erm.. skemanye mamat ni.. blh ke ni nak buat laki.. aku gelak sorang2 kot nnt.. asyik cakap pasal medical world je.. adoi caner ni.. hukhuk
tapi lama2 lepas berkenalan melalui msg, kenal family dia.. barulah bekenan di hati.. kuikui

Walaupun banyak makan hati dengan sikap dia mula2 mungkin sebab dia tak banyak bergaul dengan perempuan so dia tak tau cara nak ambil hati perempuan.. Ingat lagi dulu nak msg pun dia tnya, "ada apa?" kihkihkih.. tapi part bestnye dia ni kalau di tegur, akan bersungguh2 berubah. So aku pun rasa macam perasan la siket macam aku dah banyak merubah dia.. Daripada seorang yang dulu payah sgt nak dapat msg dari dia.. 2/3 hari sekali tapi sekarang tiap2 hari dan lebih caring gitew.. mihmihmih

Masa berlalu cepat sangat, 4 bulan pertama takda phone call. semua by msg je.. cakap call gerenti gagap. dua2 senyap.. dengar bunyi angin je kat talian.. hahaha.. tapi sekarang Alhamdulillah dah rasa chemistry tu, boleh la nak discuss pasal kahwin dalam phone.. rekod paling lama cakap phone dengan dia setakat ni 28minit.. hikhik

Tapi bila dating.. takde la dating berdua ye.. mesti mak dengan adik dia ikut sekali.. setakat 8 bulan kenal ni baru 4 kali keluar bersama.. Haa tu pun berteman lebih 2 orang okey.. Dan of couse la aku still malu.. muka takleh nak cover malu lagi bila berdepan.. mungkin sebab jarang jumpa.. tapi takpe, InsyaAllah lepas kawin ok kut.. InsyaAllah

So after 1 month lepas bertunang tarikh kawin ditetapkan 24 & 26 March 2014

Doakan semuanya berjalan lancar ye.. amin..

Nervous tahap z kuasa 56 bila pikir pasal kahwin.. takut la.. masak pun tak pandai gi nih.. hukhuk..


No comments:

Post a Comment