Wednesday 2 October 2013

Nota Hati Bakal Isteri

Assalamualaikum

Sihat iman hari ni?? hee

hari ni terbaca blog iluvislam.com. Tercuit hati nak share di blog sendiri. Nota hati buat bakal2 isteri.

Sungguh bukan mudah nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri, Ye la nak hidup dengan orang asing yang kita baru kenal. Dengan latar belakang yang berbeza, dibesarkan dengan suasana yang berbeza, pemikiran berbeza, kehendak dan cara hidup yang mungkin berbeza.

Tapi tak usah gusar sangat lah, Jodoh kan aturan Allah.. Dah comei sangat dah Allah atur. Dah sampai masa tepat, pasti Allah temukan kita dengan si dia. Dan bila ditemukan oleh Allah itu, bermakna dia lah terbaik buat kita. Bak kata ustazah Fatimah Syarha, usah terlalu mencari tapi perlu menjadi. Jadi apa.. Haa jum muhasabah tengok, boleh dak jadi yang di bawah ni..

Wahai Diri..

Adakah keperibadian seperti diriku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami?

Adakah karekter sepeti diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai isteri yang dipimpin?

Mampukah aku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu satu kelemahannnya?

Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?

Mampukah diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suami setulusnya?

Kelak adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?

Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka dengan ku?


Gulp! Telan air liur 2 timba. huhu.. Tak mudah kan.. Ye memang.. sebab..

Syurga itu mahal harganya


Takpe.. Takpe jangan susah hati..
Sementara ada masa ni sebelum bergelar isteri jum tambah ilmu di dada..

Ingat.. Allah pandang dan nilai usaha hamba Nya.

Allahumma ya sir wa'la tu assir,  Rabbi tammim bil khoir.



No comments:

Post a Comment