Thursday 16 April 2015

Alhamdulillah 4 bulan sudah!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Dah 4 bulan tak update blog, harini baru ada kesempatan.

Terlalu banyak yang dah jadi dalam tempoh 4 bulan ni.

1. Aku dah jadi ibu!

Alhamdulillah selamat bersalin pada 12 Januari 2015. Baby girl. 2.95kg
Kitorang namakan dia Airis Humaira binti Mohd Khairul Fadzly


2. Preparation nak masuk rumah baru

Rumah baru kat Mergong, dan siap prepare dalam 90%, tinggal nak cuci dgn tunggu kabinet dapur pastu boleh pindah masuk. Yeayyy Alhamdulillah


3. Aku dapat transfer ke Perlis

Syukur tak terhingga. Punyalah risau macam mana nak jaga Airis sorang-sorang kat Penang, tapi Alhamdulillah dah dapat pindah balik.. Cuma kena berulang alik la dari Kedah-Perlis, apapun asalkan dapat besarkan anak sama-sama dengan suami dah cukup baik dah. Syukur


 4. Dah start bekerja selepas cuti 3 bulan

Alhamdulillah, dapat bahagian cawangan penguatkuasa farmasi jugak kat Perlis ni. Takde lah kekok sangat nak mulakan tugas. Kat sini yang bestnye dapat bilik sendiri. Ada la privacy nak pam susu. Lepas tu state ni kecik ketot je jadi beban tugas tak banyak. hehe

Yang tak bestnye, ada jadual jaga pintu masuk kat Padang Besar dan Wan Kelian. Kenapa x best? Sebab Padang besar tu jauuuuhh, pastu kena kerja 8-6pm, dan kena kerja weekend T_T
Dulu tak kisah sangat kerja weekend maklumlaa nak kumpul off hour, tapi sekarang hadoiiii stressnye nak kna tinggalkan anak kalau kerja weekend.. hukhukhuk

Tapi takpelah. Apapun mestilah ada pro and cons kan.. Nak best semua berenti kerja dok rumah je jaga anak.. huhu

banyak sebenarnya aku nak kongsi kat blog ni pasal pengalaman membesarkan Airis Humaira. Apapun nanti akan aku update lagi blog ni. Ada bilik sendiri ni senang. kihkihkih :)


No comments:

Post a Comment