Friday 24 April 2015

Dugaan Breastfeeding mummy :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Sekarang ni aku kerja kat cawangan penguatkuasa farmasi Perlis, baru 2 minggu bertukar kerja kat sini. Alhamdulillah setakat ni semuanya baik-baik aje. Takde geng nak hu-ha-hu-ha macam kat Penang tapi still best sebab bos kat sini baiikkkkkk sangat. Suruh kitorang panggil dia kakak instead of Puan ke Cik ke.. Hui respect ler bos camnih.

Kerja pun semua perfect. Idak ler nak kata bos kat Penang tak perfect. Perfect jugak tapi kat sini macam boleh buat kawan gitew.  hewhewhew

Yang nak citernye, tadi waktu lunch bos ajak pergi melawat office mate bersalin. Aku pun ikut la.. Pergi ramai-ramai. Sampai sana kakak yang bersalin ni tengah susukan badan kat baby dia. Alahai rindunyer masa mula-mula lahirkan Airis dulu. Kakak ni pun mengadulah, baby dia asyik nak menyusu je. Mak dia dah suruh topup dengan susu formula dah. Haish aku pun dengan semangatnye cakap Jangannn kak..hehehe

Actually tu lah salah satu dugaan nak susukan baby ni. Benda baik kan memanglah banyak dugaan nye.

Meh aku list kan dugaan yang aku lalui sepanjang 3 bulan lebih susukan Airis.

1. Hari kedua lahir, Airis menangis walaupun lepas menyusu.
So aku ingat susu badan aku takde. Sekali ada kakak ni kata bukan dik, baby ni takut. Dia biasa duduk dalam perut 9 bulan, rasa macam orang tengah peluk dia. Ni baru 2 hari lahir terlentang tidur sorang-sorang ko expect dia nak relax je ke. Mestilah nak ibu dia peluk dia. Nak rasa panas-panas kulit ibu sentuh ngn pipi dia, sebab tulah dia nak menyusu je. Atau kata lain nak mengempeng je. Aduhh kesian Airis. Ibu budak baru belajar nak..hehehe

2. Breast aku membesar 3 kali ganda
3-4hari lepas bersalin production milk aku memang banyak. Breast membesar sampai 3 kali ganda daripada biasa. Owh mestilah aku gabra. Adakah akan kekal begini. NOOOOO!!! Perlukah aku berhenti menyusu kalau begini.. hukhuk
Pastu kakak lactation consultant kata, tak dik.. Badan awak tengah belajar nak adapt. Otak pun taktau lagi berapa banyak dia kena produce milk untuk baby awak so dia buat la sesuka hati dia. Nanti lepas 3-4 hari ok lah. Memang betul kot.. Lepas 2-3hari breast dah kecut balik. Tapi still besar sikit pada biasa lah sebab ada susu kan. hehehe. Alhamdulillah

4. Baju sentiasa basah dengan susu
Ni masa dalam pantang, memang tak pakai bra sebab bra tak muat. mihmihmih
Baju memang akan selalu basah. Memang berbau satu badan. Bayangkan, basah yang lencun tu. Kena tukar selalu baju. Kalau baby hisap belah kanan, belah kanan komfom basah. Tersangatlah tak selesa.
Aku memang spare tuala mandi bila nak menyusu Airis. Nak tidur pun aku letak tuala dalam baju. Kalau tak bangun tengah malam basah lencun.. huhu. Tapi bila dah start aktiviti mengepam susu, Alhamdulillah masalah ni beransur hilang.

5. Nipple luka
Ya Rabbi sakit yang amat tiap-tiap kali baby nak menyusu. Mak aku petua lepas habis menyusu sapu susu aku kat kawasan nipple tu pastu biar dia kering. Alhamdulillah memang berkesan.

6. Bengkak Susu
Masa mula-mula bersalin susu aku tersangat banyak. Kalu lambat sikit menyusu memang akan bengkak susu dan bengkak susu adalah sangat menyakitkan!!! Seriously!!!
Kali pertama aku bengkak susu, suami oncall. Seorang diri dengan baby kat rumah mertua. Allahurabbi.. memang menangislah sorang-sorang. Baby pulak merengek-rengek.

Langkah-langkah yang boleh diambil kalau bengkak susu ialah
 a)Tuam dengan tuala suam - setengah orang berkesan, tapi aku tak jalan pon. huhu
 b) Mandi dengan air suam - yang ni pun aku tak jalan, setengah orang ok.
 c) Susukan baby sekerap mungkin - yang ni memang betul. Kalau pump ko mahal tahap ribu riban pun takkan mampu nak lawan babynyer hisapan. Baby punya hisapan lah penolong sebenar hilangkan bengkak susu.
 d) Kalau tak jalan, minum air suam. Minum milo suam ke, pastu susukan baby. Ni cara aku. Memang berkesan!! Sekejap je rasa bangkak tu surut.


7. Berjaga malam
Ni adalah benda wajib ye. Baby akan lapar setiap 2-3 jam. Memang kena bangun susukan dia. Huii masa mula-mula tu aku demam kut sebab tak cukup tidur. Tapi sekarang dah biasa dah. Dapat tidur 3 jam straight tu dah kira besar tuah lah. Memang segar dah lepas tu. Airis pun dah macam tidur lama dah sekarang.

8. Nipple cracked
Yang ni aku alami masa start bekerja. Kawasan nipple sangat-sangat kering. Bila pam dan baby menyusu terus terluka. Arrrghhh sakitttt. Lepas tu bila luka makin besar, baby pun refuse nak menyusu sebab mungkin rasa luka tu, apa lagi bengkak susulah. huaaaaaaa sakittt lagi T_T

Masa ni rasa down giler, ye lah aku baru start keja. Seharian tinggalkan Airis kat rumah pengasuh, balik rumah aku tak boleh nak direct feeding dia. Sedih sedih. Setiap dua jam aku kena bangun pam susu untuk bagi dia minum. Letih, mengantuk, sakit breast lagi..Hukhukhuk

9. Susu kering
Aku pergi penang, seharian tinggalkan baby kat rumah. Masa tu untuk buat serahan tugas sebelum pindah ke Perlis, disebabkan terlalu banyak kerja nak kena setel aku tak pam susu seharian. Balik-balik terus demam dan susu aku tak de langsung.

Airis menangis giler-giler, ye lah hisap angin je kan. Sedih sangat-sangat. Nasib baik ada stok susu yang aku dah freezekan. Bolehlah Airis minum. Alhamdulillah. Lama-lama bila selalu pam susu pun ada balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..

 10. Nursing Strike
Apa benda ni, ni adalah bila baby refuse nak direct feeding. Sanggup nangis kuat-kuat lapar tapi bila offer bagi susu by direct feeding dia tak nak. Bila bagi by botol baru dia hisap. Ni disebabkan baby trauma, adalah kita terjerit kat dia masa dia tengah menyusu ke ataupun kita tercubit dia masa menyusu ke.. contoh lah. Nak lagi senang ni fasa baby merajuk dengan mak dia. huhuhu

Airis pernah "merajuk" dengan aku. Sebabnye aku terjerit dan tekan pipi dia masa dia tengah menyusu sebab tak tahan sangat sakit bila dia gigit nipple aku yang luka tu T_T huuuu soooorry baby..

Untuk selesaikan masalah ni, aku kenalah pujuk dia balik. Usap dia cakap, sayaaaangg Airis.. Belai kulit dia. then lama-lama dia nak susu badan balik Alhamdulillah.



Banyak lagilah dugaan yang aku hadapi, tapi yang ni je mampu aku senaraikan.

Tau tak bila aku selalu dapat dugaan-dugaan macam ni, contohnye bengkak susu, nipple cracked.. selalunye bila aku merajuk dengan suami ataupun tercakap pasal orang ke. Allah nak bayar cash gamaknye, huhuhu.

Jadi, setiap kali ada dugaan menyusu ni penyelesaian yang terbaik selain usaha-usaha lain ialah istighfar banyak-banyak. Mintak maaf kat suami kalau ada salah silap.

Kalau mampu, buatlah solat sunat, mengadu pada Allah. Tak buat solat sunat, solat fardu pun boleh. Yang penting mengadu pada Allah, Ya Allah aku nak susukan anak aku ni, mudahkan lah Ya Allah.. Sebab yang bagi susu ni Allah kan..

Banyak kali aku suarakan kat suami, patutkah kita bagi anak kita susu formula.. Tapi kitorang sentiasa hold dulu, takpe selagi kita ada stok susu kita bagi Airis minum dulu. Kalau betul-betul takde stok baru kita bagi. Alhamdulillah stok tu sentiasa ada sampai sekarang.

Aku taktau sampai bila aku mampu susukan Airis, tapi selagi aku termampu, aku akan usaha yang terbaik. Moga usaha aku ni dikira satu jihad seorang ibu buat anaknya.

 "Nanti Airis besar jangan lupa doakan ibu bila ibu dah takde ye sayang..."





No comments:

Post a Comment