Tuesday 14 May 2013

MENGIGAU



Tiba-tiba entry second terus pasal mengigau kan. Haha. Ini memandangkan ia berkait rapat dengan hidup aku walaupun berkali-kali aku jerit NYAH KAU MENGIGAU DARI HIDUP AKU! hoho

Nak dijadikan cerita, pagi tadi semasa bersiap nak gi keja, housemate aku yang selalu tido kat sebelah aku cakap “Akak nak tau, akak mengigau semalam. Pastu akak cakap Tetttttttt” Aduh malunya aku. Rasa nak telengkup muka dalam tanah. Apesal la ko ni kalam, mengigau je kojenye. Dengan muka selamba je aku cakap, "dah stop xnak dengar" sambil sengih. Dalam hati terjerit2 malu.





Terus pagi ni aku nak google apakah itu mengigau. Kalau ikut sorang pakar psikiatrik dari Universiti Hassanudin, Dr. Erlyn Limoa, dia kata mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam.

Yang part bagus siket nyer Doktor Erlyn ni ada gtau mengigau tidak berbahaya kerana ia hanyalah mainan tidur. Tapi part tak bestnyer dia kata setakat ni, belum ada cara untuk menghentikan kebiasaan itu. Huhuhu cedih kut. Ni ayat yang dia guna "Selagi ia tidak mengganggu dan tidak merugikan orang yang mengalaminya, tiada sebab ia perlu dirawat,"

Tapi doctor, ia mengganggu emosi sy, apabila rasa nak telengkup muka dengan guni beras akibat malu kut. Haha. So apa yang aku buat, search lagi. Apa punca orang mengigau ni. Dah tau punca baru kita rawat. Setuju?? Mesti la setuju dah panadol tak leh guna untuk rawat. Hehe.

Ni internet la kata, kalau dia tipu marah dia ye. Tapi rasa macam betul dah. Haha. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat.  Haa dah kena dengan diri sendiri tak. So apa yang perlu aku buat sekarang adalah mengamalkan hidup sihat tanpa tekanan dan emosi memandangkan aku mngigau something yang melibatkan emosi.. DUSSHHH tumbuk muka sendiri. X_X

Lagi satu caranya, jangan lupa basuh kaki sebelum tido. Baca doa tido. ni tak main tido je. hehe. Malam ni kita try buat eksperimen ye. pasang cctv skali. ;)

No comments:

Post a Comment