Tuesday 4 June 2013

Banana Muffin

Assalamualaikum

Haa sapa suka makan muffin kat kenny rogers? Saya! (aku ler tu. hikhik) Obsess yang agak melampau dgn muffin dan dibantu lagi dengan aktiviti sorang kenalan yang buat banana muffin with walnut, aku pun mencuba lah buat sendiri. Tapi aku punya takde walnut (kurangkan kolestrol. hoho. Tipu sgt!)

Alhamdulillah percubaan pertama menjadi.

Nak resepi? senang je..

Bahan A

Pisang 5/6 biji
(lenyekkan)

Bahan B

Tepung Gandum 2 cawan (~400gm)
baking powder setengah sudu teh
soda bikarbonat setengah sudu teh
(ayak tepung dan gaulkan semua sampai sebati)

Bahan C

Gula 1/2 cawan (~150gm)
Garam 1/2 sudu
Essence vanilla satu sudu teh
Buttercup yang dah dicairkan terlebih dahulu (~125gm)
Telur 2 biji
(Campurkan semua bahan, gaul sampai sebati)

Lepas siap buat adunan, masukkan bahan B dalam bahan C sikit2 sambil gaul. Pastu masukkan pisang. 

Masukkan dalam oven, 180 degree celcius selama 30 minit.

then SIAP!!! Tadaaa.... hasilnya..



Lepas ni kita buat durian muffin lak ye.. hahaha

No comments:

Post a Comment