Tuesday 11 June 2013

Peringatan untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum

Huish dah lama tak menjengah blog sendiri. Sibuk kalah kerja kat jabatan perdana menteri. heehee

Disebabkan aku ni adalah manusia yang seringlah lupa dan lalai, aku nak catatkan jadual hari aku kat blog ni. Sekurang-kurangnya nanti bila aku lupa aku boleh buka balik dan ingatkan diri sendiri yang selalu lupa ni.. huhu.

Untuk jadi manusia yang produktif kena usaha lah sikit walaupun kadang2 musuh dalam selimut iaitu MALAS selalu menjadi penghalang kan.. Aduhai. kuat sikit ye wahai diri.

ok wake up now!!!

5.00pagi: Bangun, Mandi. Solat sunat. (sekarang subuh dah awal, bangun la awal sikit)
Jangan malas2 ye. Kuat sikit!! Lembik sangat nih. nak tidur lama2 buat apa, nanti kat kubur tidur la puas2. Sekarang siapkan diri untuk tidur dalam kubur dulu. Sehari Allah bagi 24jam kut. Takkan dalam masa 30 minit takleh nak spend masa untuk dating ngn Allah. Dengan bf boleh plak berjam2 kan. huhuhu.. (Astaghfirullah)

6.00pagi: Dah masuk subuh ni. Solat subuh. (kusyuk2 sikit)
Macam nak mati hari ni jugak. (Astaghfirullah) Then siap2 la gi kerja.

7.00pagi: Ok time utk keluar rumah pergi kerja
Jangan lupa baca ayat kursi setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah. Ayat kursi tu macam askar yang akan jaga kita sepanjang hari kita kat luar.. Allah yang jaga la actually, perumpamaan jer =) pastu masuk kenderaan jangan lupa baca doa kenderaan. So gerak. Bismillah, aku gi kerja kerana Allah.

8.00-5.00pm: Kerja la betul2. Rezki tu yang nak makan nanti kan. Jangan nak buat benda lain. (Astaghfirullah)

5.00ptg: Balik, klu sempat dan takde kerja sebelum tu boleh la solat asar siap2 kat tempat kerja. Takda la melewatkan solat sangat bila dah sampai rumah. Kalau perlu pergi la bersenam petang2. Macam pergi main badminton kat taman belia. Kalau puasa tu dikecualikan lah, Kang pengsan sapa nak angkat. Dah ler badan saya macam gajah obesiti.. hukhukhuk

7.00pm: Balik, mandi. Prepare bahan nak masak. Pastu dah masuk maghrib solat dulu. Baca quran. Kalau dah x sempat sangat baca sebelah muka surat pun takpe, asalkan baca jugak! tak kira quran wajib kena baca jugak dalam sehari. Train diri mcm tu.

8.00pm: Masak untuk dinner. walaupun tak pandai masak, bak kata orang practice makes perfect kan. hihi. Masak yang simple2 pun xpe untuk alas perut je. Selalu aku masak sup atau bubur nasi je. Kalau lebih boleh hangatkan buat sarapan atau sahur esok =)

8.50/9.00pm: Solat isyak. Kalau tak sempat baca quran time lepas solat magrib tadi, bacalah lepas solat isyak.

9.00-10.30pm: rehatkan diri. reward diri sebab hari ni dah buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau rajin, beleklah buku apa2 kejap tambahkan ilmu yang sememangnya sentiasa kurang tu ye cik diri sendiri. Usahakan tidur awal supaya esok boleh bangun awal.

Jum elakkan benda2 nih jum..


Semoga Allah redha dan permudahkan segala urusan =)

1 comment:

  1. Menarik.... U berjaya buat I rasa nak cuba bgn awal..

    ReplyDelete