Wednesday 18 December 2013

MERUNGKAI HIKMAH

Assalamualaikum

Wah pantasnya masa berlari, tak terkejar aku. Sudah pertengahan Disember dan hampir menuju ke tahun baru, sedang aku berpikir2 mahu memasak visi yang baru tersedar aku, hampir aku terlupa visi dan misi yang lalu belum sudah pun aku penuhi. Allah.. cepatnya waktu berlalu pergi..

Merungkai hikmah, dalam setahun perjalanan ini semestinya banyak yang aku lalui. Daripada aku yang dulu terlalu lah keanak-anakan, kini insyaAllah boleh berhenti sejenak berfikir sebelum melontarkan keputusan mahupun jawapan. Tapi tak pastilah keputusan mahupun jawapan itu masih di tahap bawah umur atau sudah boleh memenuhi requirement jawapan sebenar.. hehe

Jika Allah panjangkan umur menuju ke tahun depan, sudah jelaslah di hadapan ku lagi banyak ranjau dan dugaan yang bakal aku hadapi. Mungkin tahun ini, Allah hidangkan aku dengan secebis dugaan untuk aku belajar erti sebenar kehidupan. Betapa diri ini sebenarnya sering kali memandang dan menghakimi orang lain melebihi diri sendiri.. Diri sendiri yang terlalu banyak salah, di salahkan pula orang lain. Diri sendiri yang terlalu ego, dianggap pula orang lain yang tak mahu mengalah. Muhasabah diri semalam membuat aku tersedar, terasa seperti ditampar laju2. Memang layak ditampar mahupun dihayun tong gas pada diri sendiri kot. Dushhh! huhu

Kadang terlalu memikirkan kesulitan menyebabkan aku terlupa nilai sebuah kesyukuran.. Contoh, aku selalu gelisah memikirkan masa depanku, bakal bersuamikan seorang doktor yang semestinya tidak punya banyak masa buatku nanti.. Ahh kenapa harus aku berpikir begitu, sepatutnya aku bersyukur, diberi peluang oleh Allah untuk menemani seseorang yang banyak berbakti kepada manusia yang lain. Bukankah Allah sudah berjanji, kita mudahkan kesulitan orang lain Allah mudahkan kesulitan kita. Bakal suamiku membantu manusia lain, InsyaAllah pasti Allah bantu urusan kami sekeluarga pula nanti. Masih tak mahu bersyukurkah aku..

Diakhir-akhir tempoh pertunangan ini, sudah semestinya lah banyak dugaan yang datang tanpa diundang. Insan yang ditolak berkali-kali datang lagi menyapa tanpa jemu, kesibukan kerja yang menghalang dari menyapa bertanya khabar, dan banyak lagi persepsi yang diwujudkan sendiri tanpa usul dan periksa. Dan aku pasti, dugaan mungkin menyapa si dia di sana. Ya Allah.. tetapkan hati kami. Mudahkan urusan ini. Jalan ini jalan menuju syurga, jalan untuk meraih kasih Ilahi sudah semestinya dugaan datang tanpa henti.

Berdebar jantung rasanya, masa terus berlalu. Tidak pasti bila ajal menjemput namun selagi peluang hidup masih diberi, diri harus diperbaiki.

Tahun hadapan, tahun baru dan jika sempat status baru. kehidupan baru. Allah.. mudahkan lah.. semaikan lah benih kasih-sayang dalam jiwa kami. Jauhkan benci. Singkapkan hikmah diatas setiap yang terjadi.

Allahhuma yassir wala tuassir, Rabbi tammim bil khoir




No comments:

Post a Comment