Tuesday 10 December 2013

IBU

Assalamualaikum

Hari ni nak citer2 pasal ibu, mak, ummi, mama, mum, mummy, mok, mek (eh ada ke.. hihi) dan seangkatan dengannya la..

Besarnye makam ibu ni, fuh hanya tuhan yang tahu.. yelah tercakap uhh pun dah kira menderhaka.. gulp!

kenapa terlalu besar makamnye? makam ke mekam? hehehe.. tak kisahlah yang penting kenapa tinggi ngat darjat ibu ni? 

Sebab dia yang bersusah payah muntah2 pening2 masa mengandungkan kita, mungkin terpaksa berlapar kerana terlalu teruk morning sickness.. 

sakit pinggang, sakit belakang mengusung kita selama 40minggu..

Tu tak kira lagi mood swing masa mengandung sebab hormone changing, semua benda tak kena.. hati sedih, cepat nak marah, tapi dikuatkan jugak sebab nak jaga kita dalam kandungan..

Nak lagi? 

Masa melahirkan, tuhan je tahu sakitnya ibu bertarung nyawa.. 

lepas lahir..

Sakit pula dijahit luka untuk mengeluarkan kita..

Tengah letih lagi lepas melahirkan.. kena berjaga malam pulak untuk menyusukan kita.. tukar lampin.. dodoikan... kalau dapat anak yang macam aku ni (yang kuat nangis mak aku kata..huhu) lagi la...

masa kecik, mak yang masak, suapkan makanan, basuhkan baju, kemaskan barang kita..

pastu proses tu berterusan.. dan selain membesarkan, di didiknya juga kita sampailah besar..  

(Saje je aku bold kan biar aku ni ingat sikit jasa mak aku.. huhu)


Semuanya dilakukan dengan kasih sayang.. Tak mengharapkan balasan. Subhanallah

"maka nikmat tuhanMu yang manakah yang engkau dustakan" -surah Ar-Rahman;13

Tanpa kita sedari, sebenarnya ibu itu adalah salah satu nikmat terbesar yang Allah anugerahkan buat kita, cuma kadang2 kita terlupa. Mungkin dia sentiasa ada dengan kita, jadi kadang2 kita ambil mudah nikmat tersebut.. ibarat nikmat tangan.. bila hilang barulah terasa betapa besarnya nikmat tangan tersebut.

Ni petikan nasyid faveret aku.. dari kump Far East

..setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan.. 
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam.. ~azimat ibunda (Far East)


Ibu kita juga manusia, biasalah kalau dia tersilap dan mungkin menginggung perasaan kita. Pemikiran mereka yang sudah menginjak usia tua jua semestinya berbeza dengan pemikiran orang muda seperti kita.. tapi ingatlah taraf kita ini hanya sekadar anak. Darjat kita terlalu rendah dibandingkan dengan darjat seorang ibu. Syurga kita diatas keredhaan ibu. Jadi andai ada tersalah faham, kita lah yang perlu memohon maaf biarpun kita rasa itu bukan salah dan silap kita..

Bagi yang masih mempunyai ibu, syukurilah kehadiran mereka. Kita tak tahu sampai bila Allah sudi pinjamkan kita dengan ibu kita.

Kelak, tika kita bergelar ibu.. moga2 Allah hadirkan pula kita dengan anak2 yang sentiasa menghargai.. menyenangi.. dan  menggembirakan hati kita. Amin..Amin..Amin Ya Rabbal Ala Min =)

~mood rindu mak


gambar zaman kita muda2 dulu.. kekeke 








No comments:

Post a Comment