Tuesday 9 September 2014

Inikah dinamakan Takdir

Pernah bayangkan tak seorang yang dilahirkan dan di campak ke tepi longkang, lalu dikutip diletakkan di rumah anak yatim. Dia dibesarkan tanpa mengenal kasih sayang ibu dan ayahnya. Itu takdir hidupnya. Siapa kita yang mahu merubah takdir.

Begitu juga takdir hidup seorang janda yang kematian suaminya. Terpaksa membesarkan anak-anak sendirian, Itu juga takdir hidupnya.

Takdir manusia juga bila berkahwin namun dibenci ipar duai.. bercerai berai, hidup porak peranda..

Ahh siapa kita untuk menentukan takdir hidup sendiri. Takdir itu di tangan Nya. Kita? Ya memang kita tidak boleh merubah apa yang telah berlaku. Tapi kita mampu merubah bagaimana cara kita menerima takdir tersebut.

Hidup tak selalunya indah. Dugaan datang tak kira masa mahupun usia. Layakkah kita menghukum manusia lain kerana terlalu sedihkan takdir hidup kita. Dan patutkah kita menyalahkan diri sendiri atas takdir yang telah tertulis.

Tuhan itu tahu, Maha Tahu. malah Maha Mendengar serta Melihat. Tatkala hambanya jatuh tersungkur meratapi nasib hidupnya, merintih hiba mengharap belas kasihan dariNya.. Itulah mungkin saat terbaik seorang hamba dengan Tuhannya.

Mungkin kita lah manusia paling hina disisi manusia, tapi sanggupkah kita juga menjadi manusia paling hina disisi Tuhan. Menyalahkan takdir dan membuat perkara yang di murkai Nya. Biar.. Biar manusia menilai, mengutuk, mengeji..asalkan tuhan masih di hati.. istighfar masih di hujung nafas..

Dunia ini hanya sementara. Mungkin esok atau lusa kita kembali pada Dia.. biarlah kembalinya kita dalam keadaan redhanya tuhan menerima kita.

Allah.. terasa kerdil dan hinanya diri ini.. :(

No comments:

Post a Comment