Wednesday 28 May 2014

Anugerah Tuhan

Diary Ummi

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. setelah 2 hari lewat datang period aku buat keputusan untuk membuat Urine pregnancy test. Alhamdulillah positif.. Tak tergambar perasaan gembira tu..

Syukur Ya Allah..

Masa tu baru 4 minggu prenancy, tiada apa-apa tanda, selera makan macam biasa, cuma rasa letih je.

Minggu ke 5 pregnancy, sudah terasa lain. Selera makan semakin bertambah dan sangat letih. Pantang ada peluang untuk tidur pasti aku akan tidur.

Minggu ke 6, aku tekad mahu bertukar ke Perlis. Dekat dengan suami. Simptom-simptom kehamilan makin terasa. Bila tengahari terasa mual sehingga malam. Lapar tetapi tidak mahu makan kerana takut muntah. Susah hendak tidur bila terasa sangat mual. Saat ni hati rasa sangat sedih. Sangat berharap ada orang yang tersayang sentiasa menemani.

Semalam 27 Mei 2014 suami datang menemani aku membuat buku merah, Allah.. prosedurnya sangat banyak tapi hati girang sebab ada suami di sisi. Alhamdulillah selesai urusan tersebut. Scan juga turut di buat, Fetus Heart masih belum nampak dan perlu repeat scan lagi sebulan nanti. Ya Allah hati ini runsing memikirkan hal tersebut.

Hari ini 28 Mei 2014, ketika datang pejabat dengan semangat berkobar-kobar ingin memohon pertukaran, skali lagi aku di uji. Bos tidak mahu tandatangan surat pertukaran selagi tiada pengganti yang akan menggantikan aku dari cawangan penguatkuasa negeri lain. Allah... sedih..

 Tapi takpe, untuk baby ummi kena kuat. Tak boleh sedih sebab perkara macam ini. Tiba-tiba aku bersembang dengan seorang kerani yang juga hamil 11 minggu, menurut beliau ketika scan untuk ketiga-tiga anaknya, fetus heart juga tidak kelihatan walaupun sudah 10 minggu. Allah.. hati terubat.. terus hati terasa tenang. Takpelah tiada pertukaran buat masa terdekat. Hati gembira asalkan anak ummi membesar dengan sihat.

InsyaAllah sayang, berkat doa ayah, tok, tokwan.. insyaAllah ummi akan dapat bertukar nanti. Ummi dan ayah akan besarkan sayang bersama-sama insyaAllah.

Apalah sangat dugaan aku jika nak di bandingkan dengan orang lain.. Pengorbanan Siti Hajar contohnya. Ditinggalkan seorang diri di padang pasir saat mengandungkan Nabi Ismail. Mengandung dan melahirkan bayinya bersendirian, tiada sebarang pertolongan, tidak dapat menghubungi suami tersayang apatah lagi keluarganya.. Subhanallah. Hebat. Sangat Hebat. Kerana hatinya yakin ada Allah yang akan menjaga dia dan bayinya..

Ya Allah kuatkan hamba lemah ini, lindungi anakku ini, bagilah dia membesar dengan sihat dan sempurna di dalam rahim ku. Permudahkan dan selamatkan kelahirannya nanti. panjangkan umurnya, murahkan rezekinya, baikkan akhlaknya dan cantikkan lah rupa parasnya. Jadikan lah dia anak soleh/solehah penyejuk mata, penawar hati buat aku dan suamiku .. aminn ya rabbal alamin..



Rindu.. Allah kuatkan hambamu ini..

1 comment: