Tuesday 13 December 2016

Suamiku Encik Doktor

Assalamualaikum

Disebabkan stress kerja yang aku dah taktau nak buat macam mana nak setelkan harini jadi tetiba macam rajin pulak nak update blog huahuahua

Semalam aku tidur kat Hotel Seri Malaysia Kangar sebab nak setelkan kerja aku yang melibatkan orang yang berada di Kangar ni. Lepas setel kerja aku pun naik bilik hotel, sebelum tidur tu macam biasa duk godek-godek tengok handfon, tengok facebook update terkini, cehh terkini la sangat kan.

Pastu nak dijadikan cerita terbaca satu post kawan aku ni yang baru berkahwin "Officially became Mrs Dr. blablabla (nama suami beliau)" tetiba aku gelak sorang-sorang, suami aku yang tengah baring jugak tengok pelik. Apasal gelak sorang-sorang. Aku pun cakap la,

Aku:  "takde ni ada kawan baru kahwin dengan orang kerja doktor, lepas ni dia senasib dengan ayang ler"
Suami: "senasib macam mana?"
Aku: "Yer la selalu ditinggalkan, kuikuikui"
Suami buat muka: " Huh"

Kehkehkeh. Apapapun aku ucapkan tahniah kepada sahabat aku tu dan semua yang berkahwin dengan suami yang bergelar doktor perubatan yang terlibat dengan kerja Oncall aku ucapkan "selamat bertabah" hihihi

Kalau biasa hidup menyendiri takde masalah. Tapi bila dah dikurniakan anak, memang kena bertabah. Bertabah sebab apa? sebab ada masa yang kritikal kau kena handle seorang diri. Contoh masa kritikal bagi situasi aku:

1. Anak sakit (huaaaaa), kau kena jaga sendiri sebab suami kena jaga orang sakit kat hospital. Jadual oncall diorang dah siap sebulan dan memang pack. Memang bertuah sangat lah kalau ada doktor lain yang sudi nak tolong buatkan oncall bagi pihak suami kau memandangkan diorang pun mungkin bertindih jadual plan yang diorang dah buat siap-siap selama sebulan tu.

Masa Airis 7bulan, dia pernah kena warded dan husband kena oncall time doktor yang merawat Airis cakap dia dah boleh discharge. Aku terpaksa mintak doktor tu lewatkan discharge sehari sebab suami takde nak uruskan semua. Aku lah uruskan semua Airis yang merap tak ingat dunia dan dengan kena pump susu lagi sebab airis taknak direct feeding time tu.

2. Kena kerja jauh dan perlu balik lewat di saat suami oncall. Siapa yang harus berkorban, Yeayyy haruslah anak yang perlu berkorban. Balik dari rumah pengasuh lewat. Dan diri sendiri pulak yang sangat penat, balik lewat dan kena uruskan rumah dan anak sendirian.

3. Orang datang rumah, dan rumah bersepah tak sempat nak kemas memandangkan terpaksa uruskan sendirian tanpa bantuan sesiapa.

Dan beberapa situasi lain yang aku sangat kritikal untuk di handle seorang diri.

Tapi.. tapi Allah tak bagi ujian pada seseorang kecuali orang tu mampu betul tak?? Betul! Sangat Betul!

Disebalik semua kesusahan yang aku rasa ya Allah aku tak kuat, tapi semua yang aku tulis ni dah berlalu pun. Semua aku dah lalui dengan jayanya walaupun ada juga berendam air mata.. huehuehue.
Ini mmbuktikan Allah tahu aku dan kau para isteri kepada doktor yang busy sekalian pun boleh.

Good point yang aku rasa aku kutip sepanjang 3 tahun berkahwin dengan seorang yang bergelar doktor yang perlu aku syukuri sentiasa ni adalah

1. Aku akan lebih hargai suami aku bila dia postcall, legaaa bila nampak dia balik dengan selamat, bila dah hampir 2 hari tak jumpa.

2. Jadual oncall seorang doktor keluar sebulan sekali, jadi bolehlah kalau nak plan apa-apa awal-awal apa-apa yang nak dibuat bersama-sama bila suami cuti. Bukan secara mengejut tetiba suami kena kerja ke, at least mental pun dah ready kan takdelah meroyan setiap kali ditinggalkan hehehee. Suami pun boleh request time mana taknak oncall sebelum jadual tu disiapkan, kalau ikut aku nak je suruh jangan oncall terus tapi suami aku jawab hamboi manyak cantekk. Sila buka hospital sendiri. heehee.

3. Disebabkan suami adalah seorang doktor jadi aku rasa diorang punya sifat semulajadi adalah pembersih. Ye lah nak handle patient dalam bilik pembedahan, dengan pesakit yang pelbagai penyakit, dan segala peralatan yang digunakan di sterilekan jadi nature diorang adalah pembersih. Oleh yang demikian, bila suami aku postcall (balik dari oncall) ataupun kerja shift pm, selalunya bila aku balik kerja.. Tadaaaa rumah dah berkilat dia bersihkan, siap mop satu rumah tau.. heheheheee. Alhamdulillah lah pembersih dia takdelah tahap sampai OCD yang sentiasa peluk penyapu bersihkan habuk tu, kalau tahap tu aku pun sakit kepala wei. kihkih

4. Paling lama suami aku takde kat rumah adalah 36jam. Harini kitorang kerja sama-sama, esok petang tadaaa dah terpacak dia kat rumah. Disebabkan dia takdelah kena outstation ke apa, cuma oncall kat hospital saje. Tapi bila oncall every other day tu kadang berangin la jugak aku.. "hey sapa yang buat jadual bulan ni? kenapa abang je asyik kena oncall ni.." Ceyy ayat tak puas hati aku.. hehehee, suami tenang je, nak buat macam mana tak cukup orang bulan ni, ramai tranfer..suami jawab.. hehhee okay sejuk balik..

Dan bila apa yang aku lalui ni, bila berbual dengan kawan-kawan yang turut berkahwin yang lain, masing-masing ada dugaan yang tersendiri. Suami kena balik lewat setiap hari, suami kena outstation slalu, suami askar kena kerja jauh berbulan-bulan, suami dan isteri PJJ dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya, Allah akan bagi pasangan yang memang sesuai ngam ngam dengan kita. Sesuai dengan kemampuan kita, sesuai dengan peribadi kita, sesuai dengan kehidupan kita.

Bersyukur kita punya suami. Seorang kakak cakap, selagi suami kita solat 5 waktu tak tinggal dan tak pernah angkat tangan tu adalah nikmat yang tak ternilai yang amat perlu kita syukuri. Bila kita dipersimpangan, dan perlu memilih pastikan kita memilih jalan untuk bahagia.

Aku doakan kau dan aku sentiasa bertabah dan sentiasa bahagia yer. Ameennn






1 comment: