Monday 28 November 2016

Second Pregnancy

Bismillah

Aduhai cepatnya masa berlalu dah lamanya tak update blog hee

Airis pun dah besar dan nak jadi jadi kakak dah lagi 6 bulan insyaAllah yeayy..

Second pregnancy with different experience. Ya Allah tuhan je tahu betapa mencabarnya first trimester pregnancy kali ni. 6 weeks macam tu aku dah jadi bisu. Haaaahaa bukan sebab apa sebab terlalu mual sampai air liur keluar melimpah tak terkata sampai tak leh nak berkata-kata.

3 Weeks
-Aku dah agak dah aku pregnant sebab rasa mual sentiasa. hehee
-Tapi aku tak berani la nak confirm kang tak pregnant sedih plak, actually we was planning to have another baby and try to conceive about 2 months before tapi asyik negative je result so kali ni tak berani nak happy sangat bila rasa mual sikit-sikit ni.
-Lagi 4 hari sebelum due period aku dengan yakinnya buat pregnancy test and alhamdulillah positif!!! Yeayy :)

6 Weeks
-This is the starting point where the nightmare begins. huargghh
-Rasa mual yang sangat-sangat. Air liur keluar tak henti-henti. Allah.. mood of course la bertukar jadi moody, huuuhuu

7-10 weeks
-Allahurabbi, masa ni tuhan je tahu betapa tak kuatnya aku.
-Semua selera makan takde, rasa lapar sangat-sangat tapi bila hadap makanan dapat jamah secubit dua sahaja.
-Membisu tu adalah aku, heehee. takde perkataan keluar dari mulut ni kecuali kalau tersangat terpaksa je sebab air liur ni sentiasa keluar.
-Paling kesian husband lah, kerja rumah memang aku tak buat dah. Semua dia je buat. Anak aku pun tak uruskan dah. Dialah semua. Even aku pun dia uruskan. IV drip tu berbotol-botol dah dia bagi kat aku kat rumah. huhuuu
-Berat turun mendadak, dari berat 47kg sampai 43kg dah lepas sebulan.
-Ada suatu hari husband kena cari pengganti masa tengah oncall terpaksa lari balik sebab aku dah tak boleh nak berdiri dah, muntah dan cirit tanpa henti dan tak boleh makan dan minum pada masa yang sama. Badan ni dah terlalu lemah. Ya Allah ya tuhan ku Kau rahmatilah suamiku.

10-12 weeks
-Masa ni aku dah recover sikit-sikit. Alhamdulillah. Ada la makanan yang dah terasa nak makan dan adalah masa rasa nak bercakap. heehee

this week is week 14 Alhamdulillah
Rasa makin sihat, makan pun berselera sangat dah hehehe

Sekarang rasa nak balas balik jasa suami dan nak ganti balik masa yang biarkan airis selama hampir sebulan lebih tu.
Harap dapat jalankan tugas sebagai isteri dan ibu dengan sebaik mungkin dan jaga kandungan ni dengan sebaiknya insyaAllah.

Kalau ada orang nak tanya aku tips macam nak mana nak hadapi morning sickness yang sangat teruk ni mintak maaf aku takde specific tips, apa yang boleh aku bagitahu kena banyakkan bersabar. Tak boleh nak undur balik dah, kena pandang ke depan. Hadapi dengan kesabaran, semoga Allah kurniakan insan-insan yang membantu dan menyokong anda di waktu saat genting dan down ni yer.
Jangan pendam sorang-sorang sebab rasa ni boleh menyebabkan awak depress kalau pendam sendirian.

Okeh nak share gambar Airis masa baby dan gambar sekarang.. dah besar dah kakak Airis ni.. Ibu rindu..


Gambar atas masa Airis 6 bulan, Gambar bawah 1 tahun 10 bulan... owh cepatnya anak ibu besar. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

No comments:

Post a Comment