Tuesday 4 February 2014

Helo February :)

Assalamualaikum

Hello February :)

How time flies.. huhu..

Sekarang sibuk dengan persiapan perkahwinan, Haihh banyak lagi tak settle. Tapi tak pe, xnak stress2. Kita settlekan ikut flow. Lagi sebulan lebih untuk settlekan apa yang patut..

Ni list yang aku jatuhkan hukum wajib keatasnya untuk aku settlekan weekend ni.. kihkih

Kalau dapat settlekan semua ni, boleh lah pergi trip ke sabah dengan senang hati nanti :)

Dan sekarang aku tengah bertungkus lumus nak habiskan baca buku nih..

Walaupun aku rasa banyak input dia setiap kali aku baca dialog aku.. Errrr..Ye Ke mcm ni?? hoho
tapi sebab dah beli so baca je la. 

Basically buku ni nak ceritakan perbezaan cara wanita dan lelaki berfikir, bertindak, dan beremosi. Meh aku buat rumusan sikit setakat yang aku baca, baru suku muka surat aku baca sebenarnya tapi sibuk dah nak buat rumusan..kihkih

Okey rumusan suku muka surat, author buku ni dia banyak cerita pasal pengalaman perkahwinan dia dan pengalaman orang2 yang dapat kaunseling perkahwinan dari dia. Yang erti kata lain, perkahwinan tu tak semudah yang kita sangka. 

Lelaki suka kalau dia sentiasa rasa diperlukan. Perempuan suka kalau dia sentiasa rasa dihargai.

Lelaki suka menyendiri dan berdiam diri kalau ada masalah. Perempuan suka bercerita bila ada masalah so lelaki selalu rasa dia nak jadi mr fix untuk betulkan keadaan, walaupun sebenarnya tak pelu pun. Err ye ke?? LOL

Dan banyak lagi la.. naik pening baca buku ni sebenarnya.. hahhaha.. ntah pape. Tak pelah, hargai lah pandangan Dr John Gray, dah penat2 dia mengarang mesti ada isi kandungan tu yang relevan bagi sesetengah pasangan.

Dan bila bercakap pasal setiap orang ada sikap dan cara tersendiri nak beremosi, bila aku baca buku ni baru aku faham kenapa ramai orang suka meluahkan rasa dia laman sosial. Sebelum ni, kalau terbaca post emo2 kat fb ke kat blog ke, selalu aku terfikir.. kenapa diorang nak tunjukkan emosi kat satu dunia, dapat settlekah masalah bila post kat fb, apatah lagi selalu post pasal keburukan pasangan masing2. owhh nauzubillah. 

Tapi sekarang baru faham.. Ooh manusia itu suka kalau diberi perhatian, mungkin itu cara mereka nak bagitau dunia, mereka punya masalah dan mereka berada di pihak yang benar dan mungkin jugak beban yang ditanggung akan berkurang. Mungkin.. siapa tahu.. So lets stop judging other people. "Judge nothing, you will be happy. Forgive everything, you will be happier. Love everything, you will be happiest" ~quote

Tapi cara yang paling baik, bila ada masalah cari lah tuhan.. sebab kadang2 Allah kirimkan dugaan kerana rindu mendengar rintihan hambaNya.. :)

my bestfriends. kakak dan adik2.. tempat aku meluahkan rasa.. hehe

Oklah, sebab dah lama tak menulis so nak tulis tak henti2.. mihmih. dah jum sambung kerja :D





No comments:

Post a Comment